Rindunya rasa nak pergi Pangkor Laut lagi sekali..


Pangkor Laut..

Rindunya rasa nak pergi Pangkor Laut lagi sekali.. 
Adelia yang berumur 6 tahun masih duduk ratib lagi di telinga I, 

'Mama, Adelia nak pergi Pangkor Laut lagi, nak main air, nak duduk di Pavarotti Suites lagi sekali.. boleh tak mama?' tanya Adelia.

I cakap tak boleh sebab sekarangkan masih PKP, nak rentas negeri pun tak boleh.. tapi I pun belum tentu nak booking Pavarotti Suites lagi sekali, hee harga satu malam dah melebihi bajet kewangan. 

Dapat pergi ke Pangkor Laut dan tinggal di Pavarotti Suites pun sebab I menang contest Lengkapkan Sarapan pagi dengan meminum segelas susu Dutch Lady PureFarm. Alhamdulillah.


Waktu tu memang bersyukurlah sebab dapat merasai layanan 5STARS  ketika berada di Pangkor Laut. Bagi yang tak tahu Pangkor Laut ni bukan diPulau Pangkor tau. Pangkor Laut ni di bawah Pulau Pangkor. Another small private Island la.

Sedikit Sejarah mengenai Pangkor Laut Resort

Terletak di tengah hutan hujan purba, di sebuah pulau persendirian yang di sisiri dengan pantai berpasir putih dan perairan Emerald. Pangkor Laut Resort juga terletak di Selat Melaka, tiga batu dari Pantai Barat Malaysia telah menemukan syurga dunia sejak 2 juta tahun yang lalu.

Pulau ni keluasan dalam 300 ekar yang dimajukan sebagai pusat peranginan dan estet mewah yang menenangkan dan sesuai untuk mereka yang sedang dalam tempoh 'honey moon.' Diisytiharkan sebagai sebuah syurga oleh mendiang Pavarotti dan sebelum ini diundi telah menjadi lokasi nombor 1 dalam dunia oleh Conde Nast Traveller.

Bangunan yang ada dalam Pangkor Laut ini diperbuat dari kayu ala-ala seperti berada di dalam hutan, dinding melengkung dihiasi dengan dedaunan, dan bumbung terbuka untuk melihat langit dirimbuni dengan pokok dan tumbuhan.

Terletak di bawah naungan hutan terbesar dan tertua, pulau ini bukan hanya merupakan rumah bagi salah satu pusat peranginan utama dunia tetapi juga pelbagai jenis hidupan liar. 'Macaques' iaitu seekor monyet berekor panjang dan burung enggang 'pied oriental' bertenggek di ranting pokok yang ada sudah menjadi tempat tinggal mereka sementara burung helang mengelilingi laut serta biawak besar sedang berjemur di atas permukaan batu-batu yang ada di Pulau tersebut.

'Nature is respected here, almost revered and it rewards visitors in ways that simply need to be experienced.'


Teluk yang berada di Pangkor Laut

I yang dah ada pengalaman tinggal di Pavarotti Suites di Pangkor Laut ni I nak kongsikan peta lengkap tempat peranginan ni. Terdapat beberapa teluk dalam Pangkor Laut iaitu Royal Bay, Coral Bay, Squid Bay dan Emerald Bay.

Royal Bay adalah tempat utama tempat pelancong turun naik bot, tak ingat belah mana bahagian yang naik' chapper' mungkin ditengah-tengah pulau. Kawasan Royal Bay ni juga terdapat tempat untuk Fine Dining iaitu The Straits. Untuk tempat 'scenic view' yang menarik you all boleh pergi ke bahagian Royal Bay Beach Club. Royal Bay kawasan matahari terbit.

Coral Bay pula bahagian Spa Villa. Antara Royal Bay dan juga Coral Bay ni terdapat restoran Fisherman's Cove diikuti dengan Jamu Bar. Area sini tak silap I kanak-kanak tak dibenarkan sebab sini tempat bahagian urut-urut badan dan juga belajar yoga. 

Squid Bay pula bahagian sangat privasi. I pergi situ naik bot kalau tak lalu hutan. I pergi situ sebab naik bot ala-ala cruise untuk dating dengan husband I sambil bawa anak-anak I.  Sini ada buaian tau. You all boleh tengok apa ada dekat Squid Bay dalam youtube channel I.

Emerald Bay ialah kawasan teluk 3 hari bercuti, 3 hari I dengan keluarga singgah. Sini anak-anak boleh mandi. Pemandangan waktuk matahari terbenam kat sini lah paling cantik. Eh rindu pula tempat ni tau hee.

Coral Bay - Spa Village

Squid Bay

Bahagian jendela santai Pavarotti Suites tingkat 2

Kalau ikutkan memang panjang nak menaip pengalaman di Pangkor Laut ni, memang sepanjang 3 hari 2 malam di Pangkor Laut ni I lebih banyak 'video recording' sebab nak kenang bunyi burung helang, burung enggang, ombak yang beralun, bunyi cengkerik di waktu malam sampai full card dibuatnya. Memang tak boleh lupa langsung tinggal di Pangkor Laut. 

Harap sangat ada peluang staycation sekali lagi pergi ke Pangkor Laut di Lumut Perak pada masa akan datang setelah PKP ditamatkan sebab I nak try tinggal di kawasan hotel Spa Village pula if possible.. walaupun masih PKP lagi I nak usha-usha juga mana tahu ada tawaran berbaloi yang I boleh dapatkan untuk pergi ke Pangkor Laut Resort sekali lagi dengan husband I tahun ni... yerlahh sempena ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun. heee... Insha Allah semoga dipermudahkan !

Sebelum terlupa I sampai sini dengan bot... harga bot(1trip) RM 160 untuk dewasa RM80 untuk kanak-kanak... Pergi balik total RM480 untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak.

Tengok Video I bercuti di Pangkor Laut pada tahun 2019 di Channel Youtube I tau. Kalau dapat pergi lagi sekali nak join aktiviti Jungle Trip yang disediakan.

2 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com