Lengkapkan Sarapan pagi dengan meminum segelas susu Dutch Lady PureFarm


🥛Pantun Sarapan Pagi🥛

Bangun pagi gosok gigi,
Tak sempat nak sediakan sarapan pagi,
Tapi jangan lupa badan perlukan nutrisi,
Segelas susu Dutch Lady PureFarm mencukupi.

Badan kita memerlukan tenaga,
Nutrisi dan khasiat sangat penting untuk kesihatan,
Tidur awal adalah sepatutnya,
Nikmati kesegaran untuk meneruskan aktiviti harian.

Sarapan pagi bersama keluarga,
misi yang ingin dipenuhi oleh Dutch Lady Malaysia,
selama 55 tahun telah berusaha,
galakkan makan sarapan pagi untuk warga Malaysia.

Susu adalah sumber protein yang mudah didapati,
Bukan sahaja memberi tenaga dan zat,
malahan kaya dengan vitamin dan nutrisi,
untuk pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat.

Bukan kanak-kanak sahaja memerlukan nutrisi dari susu,
Bukan hanya untuk tumbuseran tulang sahaja,
orang dewasa dan warga tua pun perlu minum susu,
Untuk mata berfungsi dengan baik, aktif dan bertenaga !


🥛 Permulaan Hari Yang Kuat dengan Protein daripada susu

Amalan meminum susu sebenarnya bukanlah amalan rakyat Malaysia. Tapi kebanyakan dari kita amat gemar meminum minuman yang manis seperti teh tarik berbanding susu. Dengan tabiat seperti ini setiap hari tahukah anda Malaysia mempunyai rakyat mengidap masalah kesihatan seperti obesiti dan kencing manis paling tinggi di dalam Asia. Tak percaya bolehlah gunakan carian google untuk lihat sendiri statistik penyakit ni.

Oleh sebab itu kita digalakkan untuk mengubah gaya pemakanan supaya lebih sihat, kuat dan bertenaga sepanjang hari dengan mengamalkan meminum segelas susu setiap hari. Tiada apa yang senang jika tidak mahu berusaha untuk berubah.

I teringat nasihat seorang doktor kalau nak gemuk jangan makan sarapan pagi. Ayat yang paling ringkas tapi memang menusuk dikalbuku. Sejak dari tu I sendiri tekad taknak 'skip' sarapan pagi walaupun culas kadang-kadang. Nak berubah sangat senang tapi nak istiqomah tu bukan sesuatu yang mudah.

Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari. Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Tetapi kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita.

Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian. Sarapan pagi sering diabaikan kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah satu hidangan yang paling penting.

Selama 5 hari berturut-turut I telah bersama susu Dutch Lady PureFarm dalam melengkapkan sarapan pagi untuk suami, anak-anak dan I sendiri - sebenarnya ianya sedikit sebanyak telah membantu memberi idea untuk I menyediakan menu sarapan yang berkhasiat kaya dengan vitamin, nutrisi dan memulakan hari yang kuat dengan protein daru susu. Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan.

🥛 Kenapa mesti Dutch Lady Purefarm ?

Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting dan ianya merupakan susu Nombor 1 di Malaysia. Antara nutrisi yang ada di dalam susu ni adalah seperti :
  • Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik.
  • Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif.
  • Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja.
  • Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein.
  • Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
Menurut Tan Huey Ghee iaitu pakar pemakanan dari Dutch Lady Malaysia meminum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah.

Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita. 

Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain 2 . Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperolehi protein yang berkualiti tinggi untuk membentuk keluarga yang kuat.

🥛 Misi Dutch Lady Purefarm ?


Menurut Ramjeet Kaur Virik iaitu Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia pula berkata sejak dari tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat.
Selama 55 tahun , Dutch Lady Malaysia menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat.



Terima Kasih Dutch Lady Malaysia hantar sarapan pagi untuk I menikmati segelas susu
dalam mengharungi cabaran sepanjang pagi sebagai seorang ibu, seorang isteri,
seorang pengurus di rumah, dan sebagai seorang blogger.


Walau berapa pun usia anda, jangan abaikan pengambilan susu dalam 
rutin harian dan pastikan ia diambil dengan secukupnya.

Tahukah anda walaupun tiada menu makanan lain untuk sarapan pagi, meminum segelas susu pada waktu pagi pun sudah memadai memberi bekalan tenaga untuk meneruskan rutin harian.

IDEA MEMADANKAN MENU SARAPAN PAGI BERSAMA DUTCH LADY PURE FARM

🥛Menu pertama hari Isnin bersama Dutch Lady Pure Farm🥛


Permulaan Hari yang Kuat dengan Protein daripada Susu Minum segelas susu 
Dutch Lady PureFarm untuk melengkapkan sarapan pagi I.


🥛 Nasi Lemak Makanan Kegemaran warga Malaysia

Nasi Lemak, telur rebus, ikan bilis, kacang dan sambal antara menu kegemaran rakyat Malaysia dan walaupun ianya merupakan salah satu hidangan yang boleh dikatakan tinggi dengan kalori untuk hidangan 100 gram : 169 kalori. Nasi lemak bukanlah sarapan harian yang wajib untuk masyarakat Melayu pada umumnya tapi ianya merupakan satu bentuk makanan untuk para pesawah padi dan penoreh getah tau. Lagi satu rasa yang enak dan lazat daripada kepedasan sambal nasi lemak ni membuatkan menu nasi lemak ni bukan sahaja pagi ada tapi malam pun gerai tepi jalan jual. Nampak tak betapa ikonik nya makanan kegemaran Malaysia yang bergelar Nasi lemak ni.


🥛Menu Kedua hari Selasa bersama Dutch Lady Pure Farm🥛


Menu kedua hari Selasa I ialah dengan menyediakan sesuatu yang mengenyangkan dan 
boleh tahan dari kelaparan sehingga waktu tengahari, 
buat kerja waktu pagi pun tenaga masih ada tau.


🥛Roti Wholemeal berinti sardin, Telur Ayam Kampung Suku Masak, Sayur Campur ialah satu trend untuk mereka yang rajin di hari Selasa

Roti adalah sumber karbohidrat tapi mengikut jenis roti. I dah berhenti dari mengambil roti putih sebagai sumber karbohidrat kerana ianya menukar sumber karbohidrat kepada gula dengan cepat dan bila mengenangkan kembali masalah GDM yang pernah I alami satu ketika dahulu, I telah berusaha menukar roti putih ke roti wholemeal kerana ianya kategori karbohidrat yang kompleks di mana akan mengambil masa yang lama untuk bertukar kepada gula dalam badan. Menurut Azhafizah apabila proses perlahan  ianya akan mengurangkan peluang untuk tenaga membentuk menjadi lemak. Roti wholemeal juga membuatkan I rasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.

Inti Roti Whomeal pula I gunakan sardin iaitu sejenis ikan yang kaya dengan omega-3 mampu mencegah serangan jantung, mengekalkan sistem imun yang sihat dan membantu dalam pertumbuhan sel - lagi menarik I masak inti ikan sardin ni dengan minyak zaitun.

Telur ayam kampung pula I rebus suku masak je sebab husband I memang suka makan telur ayam kampung sebelum ke ofis, telur ayam kampung pun mengandungi sumber omega-3 yang tinggi khas untuk pembentukan yang sihat, penglihatan mata yang baik, dan membekalkan kolestrol yang baik pada tubuh badan.

Sayur campur seperti cendawan  shiitake, lobak merah dan tomato I goreng dengan suhu yang perlahan dengan minyak zaitun bersama ikan bilis. Sayur-sayuran ni khasiat memang banyak yang tak boleh disangkal. Apa pun menu kali ni memang enak dan lazat apabila dipadankan dengan segelas susu Dutch Lady PureFarm.


🥛Menu Ketiga hari Rabu bersama Dutch Lady Pure Farm🥛


I percaya pemilihan sumber sayuran adalah sarapan pagi yang terbaik berbanding daripada menu makanan yang berproses dan mempunyai kandungan gula yang tinggi 


🥛 Jagung rebus, kentang putar dan pie coklat di hari Rabu untuk jalani aktiviti harian yang penuh cabaran

Jagung ialah sejenis sayuran dan juga ialah buahan. Menarikkan. Ianya adalah sejenis bijirin apabila dikeringkan. Tapi kali ni jagung yang I rebus ni ialah spesis jagung madu, walaupun tanpa direbus satu bijirin ni juga mempunyai rasa yang berlemak memang sedap tau. Dalam I rebusan ni I letakkan sesudu kecil garam bukit untuk berikan rasa yang lebih sedap. Jagung mempunyai khasiat yang banyak seperti serat, beta karoten, folat dan banyak lagi. Paling I suka ianya membantu untuk proses pencernaan dan boleh mengawal gula dalam darah. Banyak jenis menu masakan yang boleh buat dengan jagung antaranya jagung manis, bubur kacang dan ais krim jagung. Hehe.

Kentang putar, selalunya I gunakan kentang spesis Holland sebab ianya lebih murah, kadang-kadang I beli lebih 10 biji je baru RM3 lebih, rasanya pun enak dan memang kena dengan citarasa anak-anak I. Kentang putar ni senang je nak buat. Buang kulit kentang dan potong kecil-kecil masukkan dalam air rebusan dengan 2 sudu kecil garam bukit, rebus sehingga empuk lepas tu toskan air. Letakkan kentang Holland ni dalam mangkuk dan lecekkan sehingga halus. Lepas tu hidangkan atas pinggan buatlah bentuk bulat ke apa ikut citarasa masing-masing. I kalau kentang putar ni tak habis, I simpan dalam peti ais lepas tu air bentukkan jadi bulat-bulat lepas tu perap dengan telur ayam kampung terus jadi bergedil tau. Lagi pun kentang ni kaya dengan anti-oksidan yang boleh mencegah radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh badan.

Pie Coklat pula sejenis manisan untuk meningkatkan selera. Coklat tu ramai sebenarnya kata boleh menggemukkan tapi coklat sebenarnya ada banyak kandungan yang baik seperti boleh memberikan hormon gembira dan boleh hilangkan stress tau ! Apa pun kena berpada-pada, coklat ni ada coklat yang terlebih gula ada coklat pahit, sebenarnya coklat pahit tu yang much better !

Apa pun hari Rabu I memang menyeronokkan sebab dapat lakukan aktiviti rutin harian tanpa perut menangis. Hehe.


🥛Menu Keempat hari Khamis bersama Dutch Lady Pure Farm🥛


Kentang adalah sumber makanan asas yang perlu ada di dalam setiap rumah dan 
percaya atau tidak anda boleh gunakan kentang untuk 
'substitute' nasi bagi yang alergik dengan nasi


🥛 Tauhu Bergedil dengan Sambal sos kicap pedas

Tauhu bergedil ialah menu makanan ringkas yang tengah popular di lama sosial. Cara penyediaan yang mudah ni sebenarnya sangat bagus untuk sarapan pagi. Tauhu kering ni boleh didapati dikedai berhampiran sebab ianya banyak digunakan di dalam mee kari. Tak sangka ya dengan idea orang ramai tauhu bergedil ni memang seronok dinikmati pada bila-bila masa. Dalam tauhu kering ni disumbat dengan bergedil kentang dan ayam, memang puas hati dan kenyang kalau makan macam ni je. Lagi syok dicicah pula dengan sambal sos kicap pedas memang membangkitkan rasa nak sarapan pagi dengan penuh ceria tau.

Resepi Tauhu Bergedil :



🥛Menu Kelima hari Jumaat bersama Dutch Lady Pure Farm🥛


Hari Jumaat ialah hari bekerja untuk I jadi make it simple, I beli je nasi lemak daun pisang 
di kedai area rumah I RM1 satu. Murahkan ?


🥛 Nasi Lemak Daun Pisang RM1

Nasi lemak daun pisang ni sebenarnya semakin lama semakin hilang zaman, I terkejut dengar bila Comel Azhar told me that susah dah nak dapat nasi lemak dengan daun pisang dibaluti dengan surat khabar. I rasa bertuah sebab masih ada lagi gerai di kawasan rumah I buat nasi lemak daun pisang dengan harga dalam lingkungan RM1-RM1.50 satu. Menu nasi lemak ni sebolehnya jangan hilang sebab ianya mempunyai sentimental value malahan harga yang murah dapat dinikmati oleh sesiapa sahaja. Rasa sambal yang enak, nasi dengan santannya cukup rasa, sedikit kacang, sedikit timun, sedikit ikan bilis dimuatkan dalam nasi lemak sebesar tapak tangan I ni. Nasi lemak dengan santan ni sangat bagus sebenarnya sebab santan mengandungi asid laurik yang kaya dengan anti bakterian dan anti viral. Seronokkan bila tahu nasi lemak ni sebenarnya not bad pun dimakan untuk waktu pagi sebab khasiat tu paling utama cuma kadang-kadang boleh mengantuk lepas makan nasi lemak.

Kepedasan dari nasi lemak daun pisang ni boleh dikurangkan dengan meminum segelas susu Dutch Lady tau.


I dah lengkapkan Sarapan pagi dengan meminum segelas susu Dutch Lady setiap hari, bagaimana pula anda? I harap dengan menu yang I pos sepanjang 5 hari berturut-turut di laman sosial yang I padankan dengan segelas susu Dutch Lady dapat membuahkan hasil idea untuk you all mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu DutchLady PureFarm sewaktu sarapan!

Satu lagi I harap you all dah sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com