Trailer Operasi X Filem Terbaru 2018 yang penuh Aksi dan Gempak


Filem Operasi X penuh aksi atau komedi

I baru je menonton Trailer Operasi X di > sini < I teruja sebab pelakon yang membintangi filem ni ialah pelakon yang popular seperti Dato Awie, Dato Yusof Haslam, Dato Aaron Aziz, Hairul Azreen dan Hefny Sahad. Mesti filem aksi ni rasa macam syok je kan nak layan nak pula hero hensem-hensem. Tapi ada Dato Awie la 'surely' filem ni bukan je aksi tapi mesti ada part komedi. Yerlah Dato Awie kalau tak buat lawak memang tak sah.

Barisan Pelakon dan Watak untuk Filem Operasi X :

Dato' Aaron Aziz sebagai ASP Redzuan
Dato' Awie sebagai Belut
Datuk Yusof Haslam sebagai Dato Mokthar
Hanna Aqeela sebagai Ayu
Hairul Azreen sebagai Pablo
Hefny Sahad sebagai Ali Mat
Hairi Safwan sebagai Inspektor Aman
Shima Aris sebagai Lady Lion
Amerul Affendi sebagai Mat Bong
Nashra sebagai Nash
Nasir Bilal Khan sebagai Bashah
Rahhim Omar sebagai DSP Anwar
GBob sebagai Janggut
Azzahra Ahmad sebagai Aishah
Zaidi Omar sebagai Wak Doyok

Lepas tengok trailer, I pasti filem Operasi X ni seperti mengisahkan tentang penyeludupan dan bagaimana kepintaran Polis DiRaja Malaysia menangani masalah jenayah yang boleh dikatakan agak berat juga lah dalam menyalahi undang-undang Malaysia.

Info mengenai Pengarah Filem Operasi X

Dah tengok trailer, I curious mengenai sinopsis Operasi X oleh Dream Pictures Production yang baru diwujudkan pada tahun 2017. Filem ini telah ditayangkan sejak dari 1 November 2018 yang lalu yang telah diarahkan oleh Sandosh Kesavan dimana beliau telah memenangi banyak anugerah antaranya Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Layar Skrin terbaik dan projek terbaik untuk filem pendek FELINA dalam Film and Video Festival Academy Film Malaysia pada tahun 1995. Antara filem arahan beliau ialah Aandal (2005), Gong (2006), Aanushtana (2013), Biasan (2015), Operasi X (2018), Felina (2019). I pula rasa macam tak sabar nak menyaksikan sendiri cerita Felina ni.

Mula-mula bila tengok trailer filem Operasi X I tak faham kenapa tiba-tiba di sini tiba-tiba di sana aksinya tapi bila dah baca sinopsis baru I faham kenapa, mengapa dan bagaimana terjadinya kisah tragedi yang berlaku pada ASP Redzuan.

Sinopsis Filem Operasi X

Filem ini bermula apabila Inspektor Aman sahabat baik ASP Redzuan meninggal dunia disyaki dibunuh oleh anggota polis sendiri. Akibat daripada tragedi penuh tragis itu telah membuatkan ASP Redzuan menyembunyikan identitinya di sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. Cikgu Ayu iaitu kekasih hati ASP Redzuan telah menjadikannya bukan setakat jatuh cinta dengan seorang wanita tapi jatuh cinta juga sekali dengan pulau tersebut sehingga tiada niat untuk meninggalkan tempat itu.

Tapi disebabkan kunjungan oleh Dato' Mokthar dan DSP Anwar dari Bukit Aman yang menjejakinya dalam tempoh yang agak lama juga telah membongkar siapakah dalang yang menyebabkan kematian sahabat baiknya itu. Mula-mula ASP Redzuan ni taknak tau tinggalkan pulau tu tapi lama-lama dia nak juga lah join misi menumpaskan dalang yang bunuh sahabat baik dia tu.

Apa pun I belum tengok lagi filem ni di pawagam, nanti I dah tengok I cerita lagi lanjut cerita tentang Filem Operasi X ni, tengok trailer macam gempak, macam best, macam kelakar part yang Dato Awie tu. Hmmph nantikan tau. Haih nama kumpulan watak jahat ni pun kelakar juga : Geng Belut pulak dah. Apa pun I teruja nak tengok cara barisan ahli operasi ni menumpaskan Geng Belut ni.

Pulau Pinang adalah lokasi peggambaran Filem Operasi X antaranya ialah Bukit Bendara dan Pulau Aman.

Hebat sangat ke Operasi X Movie ni dan adakah ianya bakal menjadi Filem terbaik 2018 dari Dream Pictures Production? Nah korang boleh tengok sendiri trailernya di sini :



Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Facebook Operasi X
#OperasiXTheMovie #OperasiX #DreamPicturesProduction

www.syafierayamin.com