Nasi Goreng Sambal Belacan

9/06/2015 01:14:00 AM


Al-kisah lapar sangat harini, nak keluar tak larat, nak makan luar katanya nak berjimat, jadi masak lah sendiri. Nak makan Nasi berlauk tapi malas la pulak 2-3x masak lauk lain, jadi terfikir nak masak Nasi goreng - fikir punya fikir, bosannya makan nasi goreng tapi apakan daya cuba juga, lately selera makan tak ada rasa nak makan nasi pon untuk waktu malam, tak tahu la pulak kenapa ? Pembawakan bayi mungkin.

Rasanya ramai dah reti masak Nasi Goreng Sambal belacan kan ?
Tapi saya nak share saya punya resepi style juga.

Bahan-bahan :
  • Ayam
  • Kacang buncis
  • Belacan
  • Cili Api
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Nasi 
  • Minyak 
  • Kicap
  • Garam
Cara-Cara :
  1. Mula-mula tumbuk cili api, bawang putih dengan belacan sampai pecah tapi jangan lumat sangat biar belacan je lumat. ( Pastikan bakar dulu belacan tu )
  2. Lepas tu bawang besar, kacang buncis, ayam potong kecil-kecil.
  3. Panaskan kuali masukkan minyak, masukkan semua bahan bahan termasuk sambal belacan tadi.
  4. Kacau sampai naik bau dan ayam dah mula masak.
  5. Baru letak nasi, gaul sampai sebati, lepas tu boleh letak kicap kalau nak kasi nasi tu nampak gelap sikit, kacau sampai sebati.
  6. Tutup api, letakkan garan secukup rasa.
  7. Boleh Hidang
Selamat mencuba !!

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee