Kayu Resdung - penyelamat untuk hidung tersumbat

9/06/2015 12:42:00 AM


Hari ni aku berjalan-jalan dekat Jaya Grocer Bangi Gate away lepas balik repair gear kereta, kononnya nak makan ais krim, sebab tengah hari ni gila panas betul cuaca.. sampai kering tekak.

Dekat Jaya Grocer harini ada pameran perkahwinan, hee register je dapat minyak wangi percuma, sweet je, dia cakap boleh ambil 1 or 2 jadi saya ambil 2 la.

Jalan punya jalan kaki dah lenguh, jalan lagi tengok ada orang jual jeruk, sedapnya tapi tak lalu dah nak makan, lepas tu sebelah gerai jeruk tu ada lah geng makcik kat situ jual barang-barang jamu, ada akar fatima ada nanas batu dan sebagainya lah.. dekat Jaya GROCER bahagian booth depan yang banyak2 tu. Lepas tu sebenarnya teruja dengan Kayu resdung, sebatang acik tu jual RM4 kalau 3 batang RM10, tapi ambil sebatang je sebab  kata kat Acik tu nak cuba je, kalau beli banyak-banyak tak serasi rasa membazir je.

So dah balik rumah setelkan apa yang patut -kemas rumah masak semua... malam tadi baru aku try..

  • Bakar dulu sikit,
  • Nanti bila keluar asap - sedut asap tu pakai lubang hidung, atau pun makan asap tu pakai mulut..
  • Aku try bakar, asap tu pergi kat mata dulu -- azab gila mata aku pedih kot haha..
  • Percubaan kali kedua baru aku sedut asap tu..  boleh tahan tengit juga..dari hidung tersumbat terus rasa macam terbuka rongga.. selesa bila dia masuk dari hidung ke tekak rasa macam rongga yang ketat dan tersumbat tu terbuka laluan oksigen nak masuk.
  • Aku tak galakkan orang hamil sebab aku tengah hamil saja nak try sikit.. lepas  tu tak buat dah..
  • Tapi kalau hidung tersumbat mungkin aku buat lagi.. hee nak sihat punya pasal..
Aku tak tahu pulak fungsi ni untuk hapuskan resdung dalam hidung, tak pe la nak mencuba tak salahkan.. weee..

Selamat mencuba eh kawan-kawan..
;)

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee