Resepi Sahur : Carbonara Sihat, ;)

7/13/2015 05:17:00 PM

Hi semua, selamat sahur ye, saya kongsikan kan sikit resepi saya pagi- pagi ni sebab mengidam nak makan benda macam cheesy cheesy haha biasalah pembawakan budak.

Harini resepi saya untuk carbonara. simple-simple je tak sempat nak pakai tepung gandum dengan tepung jagung sebagai asas buat kuah lebih pekat, saya beli prego carbonara yang dah siap je untuk buat kuah pekat.

Bahan-bahan
bawang merah sebiji (potong ikut selera)
bawang putih 2 biji ( ketuk )
2x Crab stik ( potong kecil)
1x sosej ayam/daging(potong kecil)
sehelai daun pudina
2 biji cendawan butang(potong kecil)
separuh lobak merah (potong dadu)
Susu penuh krim
Prego spaghetti ( Boleh rendam dalam air panas sampai jadi lembut, toskan air dia )
Prego carbonara mushroom ( boleh pilih sebab banyak pilihan )
Parmesan( dekat AEON Keramat ada jual) nak dekat RM23 jugak lah sebungkus. :(

 

Cara-cara :
Potong semua bahan-bahan asas macam bawang merah, bawang putih, crab stik, sosej ayam, daun pudina, lobak merah, cendawan butang ( boleh ikut kehendak masing-masing tak perlu nak strict sangat ).


Lepas tu, goreng semua bahan yang dipotong tadi dengan minyak olive sampai rasa macam dah sedap bau dan cruncy la bahan-bahan asas tu.Pastikan sentiasa gaul kalau tak nak hangit. haha.


Lepas tu letak satu sudu je prego carbonara mushroom,  nak jimat lah malas nak beli baru. hehe.
Lepas tu masukkan susu lemak krim secawan, dan gaul lagi sampai rasa kuah jadi sedikit pekat.


Letakkan Parmesan sesudu juga, lepas tu gaul sampai kuah betul betul tak ada kesan ketul ketul..


Lepas tu masukkan spaghetti dalam bahan tadi, gaul sampai semua kena, lepas tu boleh dihidangkan.
Senang kan !
Selamat mencuba.

Resepi ikut kehendak ikut selera dan hati. Biasalah mengidam makan keju keju lak time hamil anak kedua ni. Haha ! ;)

Salam sayang
Kisah Ibu Muda
Syafiera Yamin.

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee