Resepi Ikan Salmon Masak Tempoyak Cili Api

9/04/2015 02:48:00 PM

 Hi Selamat Tengahari semua !
Tak pasti nak masak apa waktu tengahari ? Selalunya mesti nak Makan Nasi dengan lauk Berkuah kan?

So harini saya nak kongsi resepi masakan tengahari untuk yang suka makan Ikan Salmon. Yes saya lah. Boleh cari ikan salmon lepas ni. Ada 2 jenis yang selalu ada dekat pasaran dalam Malaysia ni satu yang dari mana tah ikan salmon tu banyak tulang yang North wigen  punya paling da best especially yang nak buat sushi.

 
 Ikan salmon ni saya beli dekat AEON Taman Maluri, Bahagian yang sushi tu, tiba-tiba lak dia ada jual balance ikan dapat lah sebungkus lebih kurang RM8.90, Rasa macam berbaloi-baloi sebab masih segar lagi.

 Antara bahan yang diperlukan :
  • Tempoyak
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Terung Telunjuk
  • Serai
  • Halia
  • Kunyit hidup serta Serbuk Kunyit
  • Tomato ceri
  • Timun Jepun
  • Gula 1 sudu kecil
  • Garam

 
 Haa macam ni pes tempoyak nya lepas dikisar.

Cara-cara :
  1. Mula-mula ketuk serai, letak tepi.
  2. Bawang merah, bawang putih, halia,kunyit hidup, serbuk kunyit  dan tempoyak boleh lah dikisar - letak sikit air masa tengah kisar tu. ( Kisar sampai jadi pes )
  3. Panaskan periuk atas api dapur, masukkan minyak sikit, dan tumis pes tempoyak tadi.
  4. Lepas tu masukkan ikan salmon, buat macam goreng-goreng tapi perlahan2 supaya ikan tak hancur.
  5. Dah nampak macam bahan sebati dengan ikan.
  6. Masukkan air ikut banyak mana selera.
  7. Lepas tu masukkan gula dan garam secukup rasa.
  8. Biarkan menggelegak sampai dah nampak pekat sikit bahan bahan yang dalam periuk tu.
  9. Boleh dihidang ikut citarasa family korang.
  10. Selamat Berjaya.
  11. p/s : bagi yang kuat makan pedas boleh lah letak cili api ikut tahap kepedasan anda. :)


Tadaaa.. ni dia ikan salmon masak tempoyak. Sedap sangat sampai 2-3 kali tambah nasi. haha.

Coretan :
Kisah Ibu Muda
www.syafierayamin.com

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee