Sayur Kailan Masak Ikan Masin

9/04/2015 05:49:00 PM



Semestinya hidangan takkan lengkap kalau tak ada sayur kan, so tengahari haritu ibu muda sempat lah masak sayur cara yang mudah dan ringkas je. Janji ada sayur tu yang sedap hehe.

Bahan-bahan :
  • Sayur Kailan
  • 1 biji kecil Bawang merah
  • Bawang putih 2-3 ulas
  • Cendawan Tiram ( tambahan)
  • Tomato ceri ( tambahan)
  • Ikan masin sepat ( dipotong kecil-kecil )
  • 4 sudu Sos Tiram adabi
  • Secubit garam
  • Minyak Masak 2 sudu besar
  • Air
Cara- Cara
  1. Mula, mula potong kecil-kecil bawang merah, tumbuk sikit bawang putih kasi pecah tapi jangan lumat, potong cendawan tiram dan belah 2 tomato ceri. 
  2.  Bersihkan sayur kailan dan potong, asingkan batang yang keras dan daun sayur kailan.
  3. Panaskan dapur, masukkan minyak masak 2 sudu besar.
  4. Masukkan bahan bahan asas seperti bawang merah dan bawang putih, Sos tiram, kacau sampai naik bau.
  5. Masukkan batang kailan, cendawan tiram, air sedikit serta ikan masin, gaul sampai kuah jadi sedikit pekat.
  6. Padam api, masukkan garam secubit dan akhir sekali baru masuk daun kailan, jangan panas sangat melecur daun tu nanti tak sedap nak makan pulak.
Selamat mencuba !

Salam sayang,
Kisah Ibu Muda
Syafiera Yamin





You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee