Pangkor Laut..
Rindunya rasa nak pergi Pangkor Laut lagi sekali..
Adelia yang berumur 6 tahun masih duduk ratib lagi di telinga I,
'Mama, Adelia nak pergi Pangkor Laut lagi, nak main air, nak duduk di Pavarotti Suites lagi sekali.. boleh tak mama?' tanya Adelia.
I cakap tak boleh sebab sekarangkan masih PKP, nak rentas negeri pun tak boleh.. tapi I pun belum tentu nak booking Pavarotti Suites lagi sekali, hee harga satu malam dah melebihi bajet kewangan.
Dapat pergi ke Pangkor Laut dan tinggal di Pavarotti Suites pun sebab I menang contest Lengkapkan Sarapan pagi dengan meminum segelas susu Dutch Lady PureFarm. Alhamdulillah.
Waktu tu memang bersyukurlah sebab dapat merasai layanan 5STARS ketika berada di Pangkor Laut. Bagi yang tak tahu Pangkor Laut ni bukan diPulau Pangkor tau. Pangkor Laut ni di bawah Pulau Pangkor. Another small private Island la.
Sedikit Sejarah mengenai Pangkor Laut Resort
Terletak di tengah hutan hujan purba, di sebuah pulau persendirian yang di sisiri dengan pantai berpasir putih dan perairan Emerald. Pangkor Laut Resort juga terletak di Selat Melaka, tiga batu dari Pantai Barat Malaysia telah menemukan syurga dunia sejak 2 juta tahun yang lalu.Pulau ni keluasan dalam 300 ekar yang dimajukan sebagai pusat peranginan dan estet mewah yang menenangkan dan sesuai untuk mereka yang sedang dalam tempoh 'honey moon.' Diisytiharkan sebagai sebuah syurga oleh mendiang Pavarotti dan sebelum ini diundi telah menjadi lokasi nombor 1 dalam dunia oleh Conde Nast Traveller.
Bangunan yang ada dalam Pangkor Laut ini diperbuat dari kayu ala-ala seperti berada di dalam hutan, dinding melengkung dihiasi dengan dedaunan, dan bumbung terbuka untuk melihat langit dirimbuni dengan pokok dan tumbuhan.
Terletak di bawah naungan hutan terbesar dan tertua, pulau ini bukan hanya merupakan rumah bagi salah satu pusat peranginan utama dunia tetapi juga pelbagai jenis hidupan liar. 'Macaques' iaitu seekor monyet berekor panjang dan burung enggang 'pied oriental' bertenggek di ranting pokok yang ada sudah menjadi tempat tinggal mereka sementara burung helang mengelilingi laut serta biawak besar sedang berjemur di atas permukaan batu-batu yang ada di Pulau tersebut.
Coral Bay - Spa Village |
Squid Bay |
Bahagian jendela santai Pavarotti Suites tingkat 2 |
Kalau ikutkan memang panjang nak menaip pengalaman di Pangkor Laut ni, memang sepanjang 3 hari 2 malam di Pangkor Laut ni I lebih banyak 'video recording' sebab nak kenang bunyi burung helang, burung enggang, ombak yang beralun, bunyi cengkerik di waktu malam sampai full card dibuatnya. Memang tak boleh lupa langsung tinggal di Pangkor Laut.
Sebelum terlupa I sampai sini dengan bot... harga bot(1trip) RM 160 untuk dewasa RM80 untuk kanak-kanak... Pergi balik total RM480 untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak.
Rindu nk pergi bercuti
BalasPadamKan lama snagat perap ni
Padam