RichWorks Nak Bantu Lebih Ramai Orang Terkesan Pandemik

Program percuma untuk masyarakat sebagai sumbangan meringankan beban

Ramai yang terkesan dari Pandemik yang telah terjadi sejak dari awal bulan Mac 2020, rupanya wabak yang telah melanda dunia ini telah membuatkan ramai hilang pekerjaan dan hasil punca pencariaan. Bagi yang masih bertahan syabas diucapkan bagi yang tidak janganlah berputus asa kerana pasti ada hikmah disebaliknya.

Terima kasih pada RichWorks kerana tidak putus untuk membantu mereka yang terkesan dengan pandemik ini antaranya untuk membantu orang ramai termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pandemik untuk kembali bangkit dan menyaksikan perubahan yang lebih baik lagi.

Sebagai sebuah syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara pihak RichWorks percaya sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada negara dan rakyat berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam membantu bangsa usahawan bina bisnes yang berjaya kata Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd.

RichWorks telah membantu 1.1 juta orang yang menyaksikan perubahan dalam bisnes malah kehidupan yang lebih baik.


Ayuh, Jom Bina Bisnes Berjaya !

RichWorks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ingin membantu dan bimbing lebih ramai orang terutama bangsa usahawan untuk berdepan dengan cabaran dan kesusahan dihadapi ketika pandemik ini.

Adakah anda sudah bersedia ?

RichWorks telah membantu lebih 400,000 peserta melalui program-program virtual yang diadakan bagi memberikan sokongan dan bimbingan kepada orang ramai sepanjang pandemik melanda negara.


Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman beri ilmu melalui pengalaman

Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman asalnya dari keluarga biasa saja dapat bangkit dalam bisnes walaupun beberapa tahun alami kegagalan pelbagai bisnes dilakukan pada peringkat awal dan telah menjadikan pengalaman ini sesuatu yang berharga dengan mencipta Program Nak Ubah Hidup ini khusus untuk membantu usahawan di luar sana.

Melalui perjalanan bisnesnya, ilmu dan bimbingan diberikan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan dijadikan pembelajaran dengan langkah-langkah terbukti berjaya yang orang ramai boleh guna pakai bagi menyaksikan perubahan dalam hidup mereka nanti.

RichWorks akan mengadakan sebuah program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara percuma yang mana telah bantu ubah malah tambah baik kehidupan ramai orang. Perjuangan RichWorks dengan memberikan inspirasi, bimbingan dan menambah nilai kepada orang ramai terutama bangsa usahawan.

Sesiapa sahaja boleh ubah diri sendiri untuk berjaya

Tiada sesiapa dapat memaksa untuk berubah jika diri kita sendiri tidak mahu mungkin disebabkan selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak kesah dengan keadaan waktu ini. Bagi mereka yang ada kemahuan untuk hidup yang lebih baik, nak tingkatkan kewangan diri dan keluarga, suri rumah yang nak jana pendapatan bantu keluarga, usahawan yang serius nak berjaya dan sebagainya patut hadir dalam program ini.



Program ini dapat menjadi platform dan titik tolak untuk orang ramai mendapatkan kembali semangat dan ilmu penting untuk mereka dapat mulakan langkah pertama untuk keluar daripada situasi dihadapi sekarang. Bagi mereka yang nak mendapatkan keterangan lanjut, boleh layari laman web untuk pendaftaran www.BinaBisnesBerjaya.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com