Aladdin dan lampu ajaib kini di Pentas Resort World Genting


Kali ni paling seronok I dapat bawa anak-anak I untuk menonton sendiri Aladdin dan lampu ajaib ala-ala muzikal yang secara penuh menggunakan seni 3D hologram membuatkan para penonton terpegun dan menikmati persembahan dari awal sehingga akhir, Serious anak-anak I ni agak awkward awal-awal lama-lama depa sendiri tak mo balik pula kan hehe. I rasa persembahan macam ni kanak-kanak memang terhibur dan I as a parent pun layan juga lah kan.



Aladdin dan Lampu Ajaib kali ni digabungkan dengan persembahan secara langsung dan juga seni 3D hologram iaitu produksi dari Teater Kanak-kanak China's DT akan membuatkan para penonton kagun dengan pelbagai kejutan dengan persembahan yang luar biasa mengenai kisah klasik dongeng Arab mengenai  seorang perantis yang telah menemui sebuah lampu ajaib yang terdapat seekor jin didalamnya.


Dengan menggunakan kepakaran dalam teknologi pentas terkini, Teater Kanak-kanak China's DT (merupakan kumpulan kanak-kanak DT Multimedia terbesar) mempunyai konsep salasilah untuk memupuk kanak-kanak yang berusia 4 hinga 12 tahun belajar mengenai nilai-nilai murni dan kerohaniaan dalam kisah tauladan Aladdin dan Lampu ajaib ni.

Cerita dongeng klasik dalam bentuk animasi ini memberi fokus mengenai keagungan hikayat lampau dan banyak animasi klasik ini telah popular terhasil di dalam produksi sehingga kini antaranya Finding The Wizard of Oz, Snow White, Pinnochio and Adventures of the Monkey King : The Golden Hooped Rod yang pernah dilakonkan di pentas Resort World Genting pada tahun lalu.


Aladdin dan lampu ajaib telah dimajukan oleh Teater DT Kids pada tahun 2015 dan telah dilakonkan secara perdana di Pusat Seni Shanghai Zendai Himalayas diarahkan oleh Zhang Yi manakala kareografi oleh Mic Thompson. Veteran produksi tarian Disney juga telah berkongsi pentas bersama Michael Jackson dan Jennifer Lopez.

Aladdin dan Jasmine dilakonkan oleh Zhao Zi Fu dan juga Yin Shi dimana mereka telah berlakon mengikut unjuran 3D dari segi tarian dan pergerakan dan paling menarik sekali apabila Aladdin di kejar oleh bola api dan bola air. Memang pelakon perlu mengikut tempo hologram 3D supaya boleh nampak blend tu.

Penulis skrip pementasan Aladdin dan Lampu ajaib ini ialah Ying Heng manakala muzik oleh Wang Lingyun. Pementasan ini di dalam bahasa Inggeris tayangan selama 65 minit. Bagi pelancong dari negara Cina jangan risau sebab ada sarikata bahasa cina turut disediakan agar kisah dongeng Aladdin dan lampu ajaib ini  lebih mudah untuk  difahami.









Aladdin dan lampu Ajaib akan ditayangkan bermula dari 9 Mac 2018 di Genting International Show Room sehingga 25 Mac 2018. Tayangan ini akan diadakan setiap hari dari pada 8.30 malam Isnin sehingga Sabtu manakala hari Ahad pula pada 4 petang. Terdapat tayangan tambahan pada 11 Mac  2018 pukul 2petang.

Harga tiket dijual pada rm86 (PS1), RM 116 (PS2) dan RM156 (VIP) serta diskaun 10% untuk harga ahli. Yuran pemprosesan tambahan sebanyak RM4 untuk semua pembelian tiket.


Selain daripada Aladdin dan lampu ajaib, banyak lagi aktiviti yang menarik boleh didapati di Sky Avenue, Genting Highland antaranya The Jurassic Research Centre, Alive Museum, The Zombie Outbreak, Ripley's Believe Or Not dan pelbagai lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
www.rwgenting.com atau sila telefon +603 6101 1118

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com