SPA 5 Bintang di rumah dengan 'Lulur Scrub' Asianic


Tak semestinya perlu ke Spa dengan kos yang mahal jika anda kreatif jadikan rumah anda ala-ala spa bertaraf 5 bintang dengan 'Lulur Scrub' Asianic. Anda boleh memiliki kulit sehalus kulit bayi dan bebas garisan halus di bahagian anggota badan yang perlu di scrub dan meninggalkan kulit bebas dari sel kulit mati serta lebih bersih dari sebelumnya.

(Delima, Betik, Susu Beras, Seri 7 Bunga)

Asianic menggunakan bahan yang diyakini suci, bersih, selamat dan mempunyai haruman yang wangi dan anda boleh memilih sendiri antara 4 jenis varian iaitu seri 7 bunga, Delima, betik dan juga susu beras.


Bagi bakal pengantin, anak dara mahupun mak dara Asianic telah menyarankan mandian 'Lulur Scrub' seri 7 bunga sebagai tradisi budaya untuk memberikan wajah bertambah berseri dan dapat mengelakkan perkara yang kurang baik.

Kelembapan kulit dapat dikekalkan dengan Lulur Scrub Betik yang menggunakan teknologi serba moden serta memudahkan pengguna tanpa membazir masa untuk mengekstrak sendiri bahan. Untuk pembentukan semula tisu-tisu badan, pengembalian sel kulit 'lulur scrub delima' adalah sesuai manakala 'lulur scrub' susu beras pula menjadikan kulit lebih lembut disamping merawat kulit agar sentiasa sihat dan cerah.



Lulur Scrub Asianic ni bagi I adalah produk yang paling sesuai untuk wanita moden yang tidak punyai banyak masa dan banyak komitmen untuk diselesaikan. Waktu yang sesuai digunakan tentulah ketika waktu mandi sekitar dalam 10-20minit. Tak perlu bersusah nak ke keluar drive bawa kereta ke spa bila lulur scrub Asianic ni dah berada di rumah. I paling suka Seri 7 Bunga walaupun ianya khas untuk wanita yang masih belum berkahwin bagi I yang dah berkahwin dan ada anak pun perlu senantiasa nampak berseri-seri bukan hanya untuk suami je tapi untuk kepuasan diri sendiri.

Scrub yang digunakan adalah amat halus tak berbuih, lembut dan boleh digunakan pada wajah 2x seminggu. Paling menarik produk 'Lulur Scrub Asianic' ni tiada paraben, bebas SLS dan tanpa bahan kimia yang berbahaya.


Hanya RM16.90 setiap satu kita semua sudah boleh menjadikan rumah sendiri ala-ala SPA bertaraf 5 bintang. Kini produk Asianic boleh didapati di hampir semua pasaraya besar di Malaysia, farmasi dan kedai-kedai runcit seluruh Malaysia. Produk Asianic juga boleh dibeli melalui talian antaranya AladdinStreet.com, Lazada, 11 Street, Coopmall.my, Cmasa.my, Facebook Asianic Halal dan juga melalui laman sesawang : www.wonderlandprimary.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com