Apa nak makan di Medan Selera Food Court @ Sky Avenue


Bila melawat Sky Avenue ni mestilah perut akan berasa lapar kan, tapi banyak-banyak restoran nak cari restoran yang boleh dikatakan mampulah nak makan kalau berada di Sky Avenue Genting ni I cuba rekomenlah Medan Selera food court ni. Baru sahaja dibuka sekitar bulan March 2018 yang dibuka dari 8 pagi hingga 10 malam setiap hari.




Yang menariknya medan selera food court ni menawarkan beberapa seleksi pilihan makanan yang kemungkinan besar akan menikmati citarasa sesiapa sahaja yang lapar perutnya. Dengan persekitaran yang selesa, bersih, senang untuk diakses ianya menawarkan lima hidangan kegemaran rakyat Malaysia antaranya :

1 : RICE & SPICE


2. LAKSA


3. NOODLES

4. WESTERN/ASIAN


5. CRISPY CHIPS


6. SALAD & DESSERT


7. BEVERAGES


8. SNACK & GO



8. GRAB & GO

Bagi yang jenis nak cepat sepanjang masa, korang boleh grab pergi ke stesen  salad dan dessert yang menawarkan salad segar, buah potong, puding, dan manisan tempatan seperti som som gula melaka, sago gula melaka di bahagian snack & go dan grab & go. Kuih-muih tempatan pun ada juga seperti karipap pusing inti ikan bilis atau ayam, pisang goreng, samosa kentang yang sebelah-menyebelah manisan seperti bahulu, dodol, kuih cakap ayam, kek lapis Sarawak yang sangat sesuai untuk satu gigitan guys. Hehe.




Rice & Spice menawarkan hidangan yang popular seperti nasi lemak, nasi briyani dan juga nasi kandar dimana korang boleh pilih side-dishes pelbagai pilihan antara yang menarik hari I ialah ketam berempah. Noodles station pula menawarkan hidangan yang pelbagai juga antaranya seperti Char Kway teow, mee bandung, Bakso pedas atau tak pedas dan juga Bihun Goreng ala-ala singaporean. Stesen Laksa pula lebih memberi fokus seperti hidangan mee yang popular di Malaysia seperti nonya laksa, laksa johor, laksa kelantan serta Asam laksa. Wow hampir menu 1 Malaysialah korang boleh dapati di Medan Selera Food Court ni tau.



Roti arab dan juga daging yang dipanggan merupakan hidangan yang korang boleh dapati di stesen Western Asian. Masakan yang sempurna pelbagai pilihan termasuklah ayam dan kambing shawarma, Ayam panggan Shish Tawook dan kebab bakal buar korang terliur tau. Peha ayam panggang, nasi makanan laut serta roti dari timur tengah seperti Zaatar Manakich, Mohamara serta roti keju pun ada juga disediakan di sini. Dan I percaya Medan Selera Food Court ni merupakan pusat hentian untuk you all mentekedarah selera you all tau. Selain tu ada lagi Ayam Goreng ranggup, ayam bertih jagung, ikan dan cip, calamari rings, serta kentang goreng akan memberi kepuasan untuk orang dewasa serta kanak-kanak.







Untuk menu makanan pagi pula, Medan Selera juga menawarkan menu ringkas yang berharga lebih kurang RM12 dimana para pengunjung boleh pilih hidangan seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, mee goreng, nasi goreng, roti telur, roti john, kari ayam dengan roti puree serta menu lain termasuklah hidangan minuman panas dan sejuk tau.













Apa-apa kalau you all naik Genting, lapar dan nak ikut bajet bolehlah singgah sendiri Medan Selera Food Court, Sky Avenue ni. Portion pun agak besar memang puas hati la nak makan lebih-lebih lagi Nasi Kandar Ketam Goreng Berempah, isi ketam memang awesome maa...

Apapun Medan Selerta ni lokasinya di Level G di pusat membeli-belah Sky Avenue dibawah Panggung Wayang Bona yang baru dibuka. Boleh memuatkan sekitar 270 orang. Buka setiap hari dari 8 pagi sampai 10 malam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.rwgenting.com atau telefon +603 27181118

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com