Apa Nak Makan di Campur-Campur Kitchen @ Dpulze Shopping Centre


Selalunya kita ni biasalah, bila dah boring makan benda sama je hari-hari mestilah nak cuba menu lain, dah alang-alang ke Cyberjaya ni apa lagi benda utama nak cari mestilah kedai makan kan ?

Kalau you all rajin cuba naik ke level LG dalam Dpulze Shopping Centre, haa di level ni la terletaknya restoran Campur-Campur Kitchen.

Masa 1st dengar nama restoran ni kenapa nama Campur-Campur ya ingat matematik dah.. tambah tolak ya... rupanya bila korang tengok menu makanan, Amboii kemain  boleh rambang mata.. cuba tengok menu list kat bawah..


Amekkkk, barulah banyak pilihan sampai rambang matanya jadi hilanglah rasa bosan tu tak tahu makan apa, just in case korang tak ada idea nak makan apa korang pergi je la sini, boleh makan macam-macam.. dari Western sampailah Asean Delight.

Sebab kan I dalam tempoh diet tak mampulah I makan banyak-banyak tapi I ada cuba beberapa menu yang NOT bad ya rasanya.. rasa berbaloi dengan harga sebab portion yang besar, haih macam boleh makan anak beranak dalam satu hidangan..


Menu yang I sempat rasa ialah Cantonese Kuey Teow with Seafood harga RM 16.90, cuba je lah tengok udang yang ada dalam menu ni penuh, kepang..  tiram ada 2 ketol... kuah yang pekat siap ada isi ikan lagi.. wow memang puas hati !


Next I rasa juga Butter Chicken Chop harga RM 16.90, hidangan kali ni memang WAJIB ya makan sekali dengan hiasan cili api dan daun kari tu.. baru melengkapi rasanya.. macam-macam flavor dalam mulut...


Lepas dah makan sehingga kenyang begitu...
Then tibalah masa makan dessert iaitu  ! Banana Toast with Chocolate RM 7.90,
eh sedap tau rasa manis-manis di mulut.. lapisan roti yang disaluti dengan chocolate mesti you all rasa nak makan lagi..


Last not least ialah pilihan air kopi sebagai penutup kekenyangan, portion kopi dia tak nak kalah tau.. macam tak boleh tidur dibuatnya 2 hari tapi sebenarnya I tidur juga hehe..

Personally I akan rekomen dekat mereka yang tinggal berdekatan di Cyberjaya dan Putrajaya. Dekat Cyberjaya ramai students, mesti Dpulze Shopping Centre satu-satunya tempat students akan pergi untuk berhibur, cari makan and so on, memang perlu makan kat sini sebab harga yang ditawarkan macam berbaloi tau dengan portion, kuantiti dan kelazatan nya..

Selain daripada MENU yang I cuba ni,
kawan-kawan I sempat ya merasa semua menu makanan di Campur-Campur Kitchen.. haa tu la siapa suruh lambat sampai kan sebab tersalah masuk simpang 3x ikut map google nak ke situ.. lambat le tak dapat rasa ye menu lain, tu yang I tak boleh nak cerita rasanya, tapi you all boleh tengok reaksi masing-masing yang sempat cuba beberapa menu di sini :


Other than the Other food yang I tak sempat rasa tapi kawan-kawan I dah rasa, thanks Ida Baharum for sharing all the delicious meals di Campur-Campur Kitchen yang menggunakan menu popular dari Indonesia, Chinda dan Thai.. lebih dari 20 menu yang I guaranteed you akan terliur bila tengok semua gambar-gambarnya tau..

Appetizer Dan Menu Enak yang membangkitkan Rasa Selera :

  • Salted Egg Yolk Chicken Boxing RM 13.90
  • Crispy Baby Crab RM 12.90
  • Pan Fried Beef Kuey Teow RM 13.90
  • Butter Chicken Chop RM 16.90
  • Chicken Chop with Salted Egg Sauce RM 16.90

Menu utama tak lain tak bukan mestilah makanan heavy-heavy seperti karbohidrat seperti nasi tau.. ni memang betul-betul kegemaran rakyat Malaysia ni, antara menu makanan yang mengeyangkan you all boleh makan di Campur-Campur Makan ialah :
  • Salted Egg Yolk Baby Octopos Rice RM 16.90
  • Ayam Bakar Rice RM 15.90
  • Sambal Bamboo Clam Rice RM 16.90
  • Butter Chicken Rice RM 16.90
  • Chicken with Salted Egg Yolk Rice RM 16.90
  • Indonesia Flying Fish Rice RM 17.90
  • Indonesia Ikan Bakar Rice RM 17.90
  • Fried Prawn with Salted Egg Yolk Rice RM 19.90
  • Black Pepper Beef Rice RM 17.90
  • Campur Belacan Chicken Fried Rice RM 13.90
  • Thai Pineapple Fried Rice with Butter Chicken RM 17.90

Dessert pun jangan ketinggalan tau :
  • French Toast with Honey RM 6.90
  • Banana Toast with Chocolate RM 7.90
Air pulak jangan cakaplah, saiz GEDANG-GEDANG tu, wow !

Salah satu yang air dalam gambar kawan I Marou ordered ialah Hong Kong Style harga RM6.90. Huuu puas hati betul macam ni. Dia siap cakap nak bawa balik lagi kalau tak habis sedut ye.


Selain tu ada juga FREE SALAD dan FREE Pop corn, haih ni memang lah budak budak suka ya nak makan kat sini ! Mak ayah pun happy sebab ada benda boleh buat budak budak fokus makan ye.


Tengok masing-masing dah jamah selera tak tunggu I pun, nasib baik portion besar gila, dorang kongsi tau, ahh you guys ni, terharu I..


Actually bila you masuk Campur-Campur Kitchen ni, ruang dia BESAR tau ! memandangkan sekarang masih baru lepas dari pandemik Korona Virus walaupun ada meja berpangkah-pangkah untuk penjarakkan sosial tapi tetap rasa selesa nak makan bersama-sama kawan dan keluarga.


You all ordered je macam-macam, staff pun sangat friendly dan layanan cepat betul.


Ni lah muka masing-masing yang baru lepas makan dan happy dapat menikmati makanan yang enak dan lazat di Campur-Campur Kitchen.


Ada berita baik lagi ! Dah lah harga dah berbaloi tapi korang dapat lagi DISKAUN 20% dari pukul 3-6 petang setiap Isnin hingga Jumaat, korang rasa? 

Dah lah I tak nak bebel panjang, korang cuba rasa sendiri :

Campur-Campur Kitchen
UG18, Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya Selangor
Facebook | Instagram

1 ulasan :

  1. Ya awak... Portion dia banyak!
    Dah sharing sharing pun still kita tak habis ����
    Tak puas laaa kejap jer dapat borak bual kannn... Nanti kita gether² lagi ehh

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com