Sekiranya Anda Berada di Penang, Anda Mesti Mencuba Makanan Yang Sedap Ini


Rindunya nak pergi Penang lagi sekali, dah boleh rentas negeri ni rasa macam happy, seronok, teruja, sebab dah boleh hirup udara yang segar.

Penang negeri yang popular dengan pelbagai tradisi, budaya dan adat ni memang salah satu lokasi setiap Malaysian perlu lawat tau.

Penang amat menyerlah dengan sejarah yang semakin berkembang dengan keselesaan moden serta merupakan permata yang sangat berharga dari segi budaya dan warisan dengan kepelbagaian. Permata besar kolonial di bandar ini, rumah-rumah Peranakan dan rumah yang mewah duduk berdekatan dengan pencakar langit moden dan kafe-kafe yang unik. Tukang kraf tradisional masih berada di sekitar kedai-kedai runcit orang Cina sementara pembawa beca masih ada sehingga kini untuk membawa para pengunjung bersiar-siar di Penang. Pengiktirafan antarabangsa telah diberi perhatian kepada Penang kerana banyak perayaan yang diperbaharui. Pada tahun 2019, CNN telah menyenaraikan Penang sebagai salah satu daripada '"Best Places to Visit for the Ultimate Asia Experience"' dan menyenaraikan George Town sebagai salah satu "13 Bandar Paling Indah di Asia". Pada tahun ini, Penang menambah 'feather in its feather-laden cap : The Telegraph' juga menyenaraikan Penang dalam 'Six of the World's Most Thrilling Long Haul City Breaks.'

Meraikan kepelbagai Makanan & Gaya Hidup!


Makanan Jalanan di Penang amat terkenal di dunia dengan kepelbagaian dan kualiti makanan yang luar biasa. Pada tahun 2018, Conde Nast Traveler menamakan Pulau Pinang sebagai "Foodie City Next Greatie Asia". Pada tahun 2019, CNA Luxury memaparkan adegan makan yang hebat di Penang manakala Mirror Online menyenaraikan Penang sebagai salah satu daripada "30 Bandar Terkemuka Terbaik untuk Makanan Jalanan" di Dunia.

Asam Laksa, Cendol, Roti Canai, Durian, pelbagai jenis kuih mueh, Char Kuew Teow, Yong Tau Fu, Kari Kepala Ikan, antara menu yang Paling POPULAR yang you all boleh nikmati di Penang dengan harga yang berbaloi. 

Berita Baik buat Anda yang berada di Penang, sekarang mudah je dah boleh ordered Makanan dengan Food Panda, and you all boleh cuba Menu yang Enak dan menyelerakan, antaranya :

Nasi Ayam
Nasi Ayam merupakan makanan setempat yang Wajib sesiapa cuba sebab ianya dah jadi sebagai menu paling utama yang paling mudah untuk didapati di gerai-gerai berdekatan.

Cendol
Cendol merupakan 'dessert' paling menggiurkan untuk dinikmati ketika waktu tengari dalam musim panas dan lembab di Malaysia kerana ianya memberikan rasa kesegaran dan perasa yang paling tidak boleh dilupakan.

Cucur Udang
Cucur Udang antara snek paling sedap dan paling popular terutamanya orang Penang yang dicicah dengan kuah Kacang. Siapa sangka snek macam ni jadi pilihan masyarakat setempat untuk dinikmati pada waktu petang.
 Asam Laksa atau Mi Kari
Asam Laksa atau Mi Kari sememangnya tidak asing lagi jika anda berada di Penang, ianya telah menjadi menu paling Hangat pilihan masyarakat setempat dan juga pelancong yang datang ke Penang. Rasa Masam, berlemak manis telah menjadikan hidangan ini nombor 1 di Penang.

Satay
Satay juga sangat dikehendaki ramai terutamanya sebagai snek enak pada waktu malam yang dicicah bersama sambal atau kuah kacang yang dilengkapi dengan bawang, nasi himpit dan timun.

Roti Canai
Roti Canai adalah menu kegemaran 1 Malaysia yang boleh didapati di Penang juga, kalau nak rasa air tangan orang Penang Roti Canai ni mai lah singgah Penang ! Makanan rutin waktu pagi ni. Malam pun boleh dinikmati.

Subway pun ada.
Selain daripada Menu-menu enak terdapat juga 'Fast Food Sihat' iaitu Subway, orang Penang pung voleh nikmati selera ala-ala western dengan sayur segar ni dari Subway yang boleh di'ordered' melalui aplikasi FoodPanda.


Kesemua menu makanan yang enak-enak kini boleh didapati melalui FoodPanda. Lepas ni nak makan pun banyak pilihan, banyak menu enak-enak, tiba-tiba rasa nak tinggal kat Penang je because of the food. 

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com