TOP 10 #WishList Barangan Kecantikan di Althea Korea yang I nak.



Dear Althea,

Memandangkan masa semakin pantas berlalu, tahun 2018 yang bakal menutup tirai, bulan yang penuh keajaiban, bulan untuk tukar-menukar hadiah, bulan untuk membuat kebaikan dan bulan untuk membuat senarai azam baru, jadi dengan ini I cuba buat senarai 10 'wishlist' apa yang I nak sangat dari Althea Korea.

I yang semakin lama semakin berusia tetapi masih lagi mengalami masalah kulit kering, jerawat dan berparut sekarang terpaksa menghadapi masalah kulit terbaru iaitu proses penuaan. Ianya seperti berlaku serentak. Garisan halus semakin 'visible', pipi semakin mengembang, 'double chin' seperti nak jadi 'triple chin.' Bila pergi ke kedai orang ingat I ni taraf Makcik-makcik dah padahal umur baru 28 tahun. So nak tak nak I have to fit the situation. Tapi sebolehnya I nak guna ungkapan 'Age is just a number,' biar nampak muda sebelum usia. So Yes I memang kerap kali layari laman sesawang Althea untuk 'figure out' produk yang sesuai untuk masalah kulit yang I alami.

Antara  10 produk yang I dah letak dalam 'wishlist' Althea Korea I ialah :


1. Laneige Two Tone Lip Bar (2g) In Pink



Laneige dua tona lip bar ni sangat mudah untuk bentukkan bibir menjadi 'ombre looks' dimana ianya tidak memerlukan 2 atau lebih dari 1 gincu untuk nampak bibir lebih luar biasa dari yang biasa. Paling best gincu dari Laneige ni ada formula untuk melembabkan bibir selain bibir nampak cantik kalau nak kemana-mana terutamanya pergi majlis atau keluar makan-makan dengan kawan kawan I. Lebih dari 10 tona warna untuk sesuaikan dengan warna kulit tapi I sangat suka 'Dear Pink' shade sebab kena dengan jiwa dan personaliti I.

2. Dear, Klairs Illuminating supple blemish cream ( 40ml )


Seperti mana I 'described' mengenai masalah kulit I, I rasa Illuminating supple blemish cream dari Dear Klairs mungkin membantu untuk menutup cela pada wajah I dan sembunyikan tekstur yang tak rata. Paling best I tengok formula dalam ni ada bahan seperti asid hyaluronik dan ekstrak aloe vera untuk memastikan kulit lembab dan bersinar sepanjang hari. Nak pakai hari-hari pun I tak rasa takut sebab bahan yang digunakan berkualiti tinggi untuk cegah penuaan, mencerahkan kulit wajah dan I suka sangat sebab ada perlindungan tabir suria 40 PA ++.

3. Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX (12G)


Secara asasnya, I dah ada satu sebab I rasa bedak mineral ni sangat efektif untuk I dan anak-anak. Formula yang sangat ringan dan bedak yang berkualiti tinggi. Paling best ada kandungan SPF 46 PA+++ untuk melindungi kulit dari sinaran UV brebahaya. Ianya tidak melekit mudah untuk disapu pada wajah sebab dia ada span khas. Anak-anak I pun suka keluar rumah pakai produk ni. 'Light Coverage' tapi tak tinggalkan kesan melekit atau kulit nampak putih, so far dia ikut warna kulit. Kalau nak dapatkan full coverage boleh pakai bedak asas atau concealer sebelum pakai bedak ni. Budak budak pun boleh pakai tu. sangat selamat untuk kulit mereka dan senang nak bawa ke mana-mana. You all boleh baca kat > sini < I'm sorry Tammy I put again in my wishlist sebab last time I saw this on Althea Daebak sale buy 1 free 1 but I didn't manage to grab them sebab I checked out awal sangat last time. D=

4. Coringco Pink Square Dual Highlighter Shine Beam (10g)



Kalau sesiapa yang selalu jumpa I mesti tengok muka I berkilat-kilatkan. I memang a HUGE fan dengan highlighter sebab dia buat kulit nampak berseri dan glowing gitu. Coringo Pink Square dual highligher ni ada 2 tona ada banyak shades, tapi I suka yang Shine Beam ni sebab nampak macam kena dengan warna kulit I, warna merah jambu cair dan warna merah jambu pekat. Boleh guna satu warna atau mix 2 warna pun tak ada masalah. Best sebab item ni ada kandungan seperti serbuk mutiara untuk dewy finish !

5. Belif The True Tincture of Chamomile (45ml)

Produk dari Belif memang tak pernah mengecewakan I sebab Belif bebas dari bahan kimia yang berbahaya seperti minyak mineral, wangian sintetik, pewarna tiruan, pengawet tiruan, bebas dari kekejaman binatang dan diuji secara klinikal. Kalau 1 botol tu penuh hanya dengan bahak aktif. Dalam The True tincture essence- chamomile ni kandungan ekstrak Chamomile Tincture adalah 93% sebahai bahan aktif dan selebihnya bahan yang sangat bagus untuk kulit lebih bertenaga dan tekstur kulit lebih baik dari sebelumnya. I sangat perlukan item ni sebab ianya sangat sesuai untuk kulit yang sensitif.

6. RiRe Lucent Star Cushion #23


Hadir dengan 2 shades iaitu #21//#23 dalam Althea, I sesuai dengan #23, I suka sebab ianya dalam bekas 3D glitter yang menarik sebab semuanya dalam 1, multi-functional khas sebagai bedak asas dan solekan khas untuk kelopak mata, bibir dan pipi. Bedak asas tu mempunyai 'high coverage' dengan  formula untuk melembab, mencerahkan kulit serta melidungi kulit dari sinaran UV berbahaya sebanyak SPF50+ PA++++. Selain daripada itu warna-warna yang ditawarkan memudahkan untuk yang jenis on-the-go gayakan warna coral dan pink. Paling best muat masuk bag I. Selain nampak bergaya I rasa I will ROCK anywhere I go dengan RiRe Lucent Star Cushion, Oh yeah !

7. Laneige Finger Graphic Liner (3g)

Terdapat 2 warna iaitu Hitam dan Coklat. Memandangkan mata I sedikit sepet I perlukan eyeliner untuk mata nampak lebih pop up gitu. I suka sebab ianya ada formula kalis peluh dan kalis air so ianya tidak akan nampak comot. Dia punya pemegang pun nampak macam easy to handle, so siapa yang kurang expert untuk dapatkan garisan yang kemas, boleh la belajar dari youtuber guru. praktis make perfect eh untuk cat eyeliner.

8. The Face Shop Rice Water Bright Light Cleansing Oil (150ml)

Pembersih wajah yang menggunakan minyak adalah rutin I sepanjang hari lebih-lebih lagi yang jenis suka pakai solekan pada wajah, bagi I cleansing OIL is a MUST untuk bersihkan wajah dari kotoran dan solekan yang bersifat kalis air seperti maskara dan gincu. So far The face shop rice water bright cleansing oil nampak sangat affordable selain membantu kulit nampak bersih dan cerah selain bersihkan wajah dari solekan dan kotoran. I nak I nak sebab ramai REVIEW cakap cleansing oil ni sangat perfect untuk bersihkan solekan ! :)


9. ETUDE HOUSE [2018 HOLIDAY] TINY TWINKLE DEAR MY BLOOMING LIPS-TALK VELVET MINI KIT (1G X 10)

Masa I tengok Althea Christmas Collection, I was on eye-ing yang ini lah. yerlah walaupun mini kit tapi ada 10 warna with RM110 for a case ! Murah ke tak murah, I letak dalam wishlist I, now when I came back tengok balik, it was sold out, SO SAD ! Ada 7 warna velvet dan 3 lagi jenis yang ada glitter tu, boleh mix up color atau pakai different color setiap hari. I teringin nak miliki semua warna ni sebab warna-warna ni boleh bagi mood yang sangat baik dan jadikan minda I positif selalu. I hope Althea will re-stock this :(

10.  Color Deep 18 color eyeshadow palette Pink Holiday



Pembayang mata Color Deep ni ada 18 warna yang sangat perfect untuk I, I voleh created smokey eyes, ala-ala barbie doll look, atau ala-ala princess cinderella sebab ada warna-warna asas yang boleh disuaipadan dan dicampur untuk menghasilkan pembayang mata yang ala-ala DIVA DA BOMB gitu, Paling best bukan sekadar pembayang mata tapi boleh buat highlighting dan contouring  gitu. I rasa ianya sangat VALUE FOR MONEY... ssenang nak bawa ke mana-mana hanya satu palet boleh buat macam-macam seni dekat mata. I want THIS SO BADLY ! lagi pun harganya pun affordable gitu tak sampai RM50 pun ! Gotta Grab this fast !


Sebenarnya bukan 10 je I punya #wishlist dalam Althea laman sesawang tapi sebenarnya lebih dari tu, tapi tak pe la beli sikit-sikit as long as barangan kecantikan dari Althea mostly berkualiti dengan harga yang berpatutan, paling BEST penghantaran percuma walaupun JAUH merantau dari Althea. tak sampai seminggu 2 minggu je dah sampai rumah, so korang rasa ? I memang suka sebab staff Althea pun very friendly habis tau. :)


All the Items linked :

1. Laneige Two Tone Lip Bar (2g) In Pink  >sini<

2. Dear, Klairs Illuminating supple blemish cream ( 40ml ) >sini<

3. Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX (12G) >sini<

4. Coringco Pink Square Dual Highlighter Shine Beam (10g) >sini<

5. Belif The True Tincture of Chamomile (45ml) >sini<

6. RiRe Lucent Star Cushion #23 >sini<

7. Laneige Finger Graphic Liner (3g) >sini<

8. The Face Shop Rice Water Bright Light Cleansing Oil (150ml) >sini<

9. ETUDE HOUSE [2018 HOLIDAY] TINY TWINKLE DEAR MY BLOOMING LIPS-TALK VELVET MINI KIT (1G X 10) >sini<

10.  Color Deep 18 color eyeshadow palette Pink Holiday >sini<




Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com