Apa yang menarik dalam Snowalk @ i-City Shah Alam


Winter di Malaysia ? Nak rasa ala-ala di luar negara yang bermusim sejuk umpama di Antartika kini dah boleh walaupun tinggal dalam Malaysia. Snowalk @ i-City Shah Alam yang telah lama dibuka sejak dari awal 2011 untuk orang ramai supaya dapat menikmati suhu dibawah 5 darjah selsius yang berkeluasan antara 50,000 meter persegi dengan 100 tan ais dan 100mm kedalaman salji putih. Time cuti sekolah ni baguslah letak dalam plan awal-awal sebagai salah satu aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama anak-anak.

So far bagi yang tak mampu ke luar negara untuk alami sendiri salji tulen mungkin boleh kesini terlebih dahulu, praktis tahap kesejukan, sebab dalam ni memang sejuk yang amat terasa seperti berada di dalam peti ais je. Kalau sejuk macam ni I pun tak boleh nak tahan tak terfikir kalau berada di luar negara yang bermusim sejuk akan datang.

Dengan menggunakan mesin salji khas dari Korea, salji yang 90% hampir sama seperti salji tulen terhasil dengan penggunaan air tulin. Snowalk ni satu je I suka sebab dia tak ada set tempoh masa berapa lama kalau nak berada dalam ni, duduklah lama-lama sampai jadi ais pun tak apa. Kalau I tak sampai 20minit mesti cari kawasan yang tak sejuk sebab risau karang tetiba hypothermia..

Apa yang menarik dalam Snowalk @ i-City Shah Alam ni ? I ingat biasa-biasa je tapi once dah masuk rupanya banyak ukiran ais yang menarik yang berwarna-warni. Seolah-olah I masuk ke dalam MAZE dipenuhi dengan ketulan ukiran ais berbagai bentuk seperti iglu, rumah, pokok-pokok, haiwan, keretapi, taman permainan kanak-kanak, wanita dan macam-macam lagi. Haih memang terasa seperti berada dalam animasi Frozenlah.. Olaf I jumpa cuma I tak jumpa Elsa je dalam ni.

Selain daripada ukiran ais ada lagi aktiviti yang menarik seperti Ice Car snowalk, meluncur dengan pelampung, Ice Sliding - Aweta, eh macam-macam lagi tapi I tak dapat nak join semua sebab memang tak tahan rasa FROSTBITE tu haha.

Tips nak masuk Snowalk @ i-City Shah Alam :

  • Bawa stokin, sarung tangan atau 'headgear' 'snowcap' tutup telinga siap-siap dari rumah.
  • Jacket & Boots disediakan tapi boleh bawa sendiri dari rumah
  • Pakai baju tebal, pakai pelembab muka, pakai lipbalm ahahah.
  • Kalau rasa nak bawa kamera atau telefon pintar - kena pastikan gajet ni tahan sejuk kalau tak mungkin berwap je kamera bahagian dalam tu huhu.
  • Kalau tak tahan sejuk dalam Snowalk ni carilah mana-mana pintu yang boleh released kesejukan huhu, rasanya ada beberapa pintu yang ada dalam tu - penyelamat dari terkena Hypothermia gitu.



Bahagian pintu masuk Snowalk @ i-City Shah Alam


Yang ni jalan masuk dari tempat Parkir Kereta


Kaunter Tiket dari pandangan sisi, nampak tak OLAF tu, yang itu penanda ketinggian, haritu I dengar budak yang ketinggian bawah 90cm tak payah bayar masuk adalah PERCUMA, wohoo, eh tiba-tiba rasa macam nak jadi kanak-kanak balik. Kalau anak umur 3 tahun dan ketinggian melebihi 90cm tak silap tetap kena bayar tiket kanak-kanak.


Kaunter Tiket ni bukan sahaja untuk bayar Snowalk tapi sekeliling permainan yang you all nampak disitu boleh topup points di sini.


I tak pasti apa 'Self Service Kiosk' tu kalau I akan terus rujuk kaunter je kalau tak pasti hehe.


Pakaian sejuk dan kasut but disediakan di sini kecuali stokin, sarung tangan kena bawa siap-siap kalau terlupa jangan risau bahagian Souvenir ada jual stokin dengan sarung tangan. Laci tempat letak barang pun disediakan. Tapi nak bawa masuk beg sekali pun boleh janji beg you all tahan basahlah. 


Tadaaa, muka kami dah siap sedia menghadapi kesejukan bawah 5 darjah selsius, semoga selamat la memasing ye, hehe harap tiada siapa yang beku dalam tu.


Semasa masuk akan ada papan notis ni, you all baca lah kalau rajin, tak salah tambah ilmu sedikit kan bila berada di sini.


Port pertama dalam Snowalk, ada banyak pokok yang dihiasi dengan Lampu-lampu sebagai mengikut tema Krismas tahun 2018, kat sini masih tak rasa lagi kesejukan melampau heheh.


Ni Igloo, selalunya ada dekat Kutub Utara tapi dapat tengok depan mata walaupun dalam Malaysia pun dah berasa bersyukur. Igloo ni diperbuat dari ais tau.


Snowalk 2018 ukiran ais berbentuk kereta.


Sekali-sekala fefeeling macam Ratu Ais, apa salahnya kan ? 


Ukiran ais wajah wanita, adakah ini mermaid ?


Pokok-pokok yang telah beku diselaputi ais.


Dalam Snowalk ni sahaja memang banyak ukiran atau orang puteh panggil 'ice sculptures.'
Uniknya ukiran ni ada bentuk gelongsor dimana kanak-kanak boleh meluncur kat situ mak budak pun boleh, ukiran ais bentuk eskimo, China Town pun ada, keretapi pun ada. Memang rasa tak rugi pun masuk Snowalk ni tapi rugi pada yang tak tahan sejuklah hehe.


Yang I sempat naik ialah Ice Car Snowalk, yang ni memang BEST sebab ice car I tengok macam bentuk KASUT boleh memuatkan seorang atau 2 orang yang bersaiz kecil cuma yang bawah 120cm tidak dibenarkan naik ni takut kang ada yang terbang habislah huhu.


Dah lepas bahagian Ukiran Ais tu ada satu bilik yang boleh released kesejukan, suam kan badan di sini. Lepas tu pergi another ROOM, room paling best sebab ROOM banyak salji ! Dan ada Gelongsor BESAR memang happening ! Fefeeling macam kat Korea tau haha !



Kalau berada di sini jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak, 'SAVE your battery camera' dekat bahagian ni tau sebab sinilah kawasan yang PALING CANTIK penuh dengan SALJI.

Video penuh mengenai Snowalk @ i-City Shah Alam :


Harga Tiket ke Snowalk @ i-City Shah Alam di sini :
https://iticket.i-city.my/pages/ticket-pricing

Waktu Operasi Snowalk :
Isnin - Khamis 11am - 12am
Jumaat - Sabtu 11am - 1am
Ahad 11am - 12am

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com