Majlis Pelancaran Hotel Avillion Cameron Highlands secara Besar-Besaran


Kumpulan Hotel Avillion dengan bangganya mengumumkan pelancaran hotel yang kelima iaitu Avillion Cameron Highlands dengan menggunakan konsep kontemporari yang penuh gaya dan menepati citarasa moden masa kini.

Avillion Cameron Highlands yang terletak di Tanah Rata, bandar terbesar di dataran tinggi Cameron Highlands hanya terletak beberapa ratus meter dari hab pengangkutan awam utama di situ. Hotel 5-tingkat ini berada di atas 'Cameron Fair,' telah dimajukan oleh Ascendvest Sdn. Bhd di Tanah Rata yang merupakan sebuah pembangunan komersil dan juga gaya hidup baru. Tetamu yang mengunjugi hotel ini boleh menikmati kemudahan seperti membeli-belah & juga hidangan direstoran yang berada di bahagian tingkat bawah Hotel Avillion Cameron Highlands.

Hotel ini mempunyai 100 buah studio yang bergaya dan suite yang luas dimana  'superior studio' mempunyai 2 buah katil yang premium sesuai untuk ahli perniagaan dan juga waktu cuti istirehat. Kemudahan hotel juga termasuk 4 bilik mesyuarat dan bilik acara, taman permainan yang berkongsi halaman, restoran dalaman dan gimnasium.

Cameron Highlands sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan warga asing kerana ladang teh yang indah, ladang strawberi dan sayuran, dan laluan hutan yang membawa kepada tempat-tempat yang indah, air terjun dan kampung asli. Purata suhu tahunan kira-kira 18°C menjadikan hujung minggu adalah waktu yang popular sebagai waktu untuk Rakyat Malaysia menghirup udara segar yang sejuk dan menikmati keindahan bukit-bukau hijau yang subur.


Hotel Avillion pada waktu malam


Hotel Avillion pada waktu siang


Pengarah Avillion Berhad, Puan Yulina Baharuddin berkata, "Pembukaan hotel ini adalah salah satu langkah ke hadapan untuk Avillion untuk membuka peluang menjadi hotel terkemuka di dunia dengan menawarkan servis syarikat perkhidmatan dalam pengurusan, di mana perkhidmatan dan perhotelan mengikut standard malahan sebagai industri bertaraf emas diantara hotel-hotel Malaysia, dan di rantau ini. Beliau yakin dengan adanya sesuatu yang asli untuk ditawarkan, mereka sentiasa mencari peluang untuk menguruskan lebih banyak hotel di negara, di rantau ini dan seterusnya.

Perniagaan Hotel adalah perlu untuk memenuhi kepuasan pelanggan dan ianya adalah sangat penting dimana pelanggan boleh membuat sesuatu di luar jangkaan untuk memusnahkan sesuatu perniagaan. Dengan adanya kesedaran ini, Kumpulan Avillion komited untuk memperoleh kepercayaan dan kesetiaan tetamu dengan menawarkan mereka pengalaman yang bermakna ketika menggunakan servis di Avillion kerana dengan adanya tawaran yang asli dan prihatin akan menjadikan penginapan di hotel Avillion sesuatu yang sukar dilupakan dengan keselesaan dan servis yang tip top.

4 Jenis Bilik

1. Superior Studio 35.4 m square
2. Deluxe Studio 45.6 m square
3. 2 Bedroom Suite 72 m square
4. 2 Bedroom Premium Suite 85 m square

 



Majlis Pelancaran Hotel Avillion Cameron Highlands secara Besar-Besaran telah dimeriahkan dengan kehadiran orang-orang penting dan juga tarian Singa yang 'cute' dan 'cheeky.'



Avillion Cameron Highlands terletak di Jalan Camelia, Tanah Rata Cameron Highland,Pahang, 39000, Malaysia. Sila hubungi hotel +605 5000 333 atau layari : http://www.avillioncameronhighlands.com/


Mengenai Avillion Hotel Group Sdn Bhd

Kumpulan Hotel Avillion merupakan anak syarikat milik penuh Avillion Berhad, sebuah kumpulan kembara, hotel dan hartanah bersepadu yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia. Kumpulan ini mengendalikan rangkaian hartanah mewah di seluruh negara. Sejak penubuhannya pada awal tahun 1990-an, pengalaman dan minat kumpulan dalam mengonsepkan, merekabentuk, membina dan mengurus seni bina dengan penuh unik.

Kumpulan Avillion Hotel mengendalikan rangkaian resort pantai, hotel dan spa di Malaysia, masing-masing dengan personaliti dan suasana tersendiri. Ini terdiri daripada Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove, Avillion Legacy Melaka, Avillion Cameron Highlands, Avillion Villa Cinta dan aVi Spa. Avillion Port Dickson mempunyai seni bina yang telah memenangi anugerah, pengadunan individualisme dan personaliti dalam persekitaran semula jadi.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com