Althea Shopping Haul for September Babies


Hey semua, siapa sini lahir bulan September ? Yea I la salah seorang tu tapi I sambut awal pula, Happy birthday to me in advanced ! Thank you to Althea sebab beri peluang pada Althea Angels untuk memilih dan membeli barangan kecantikan pada bulan kelahiran setiap seorang. Feeling lucky and terharu sebab Althea beri monthly birthday points untuk pilih barangan kecantikan yang ada dalam Althea tau. No wonder most Althea Angels cantik-cantik belaka. It's all thanks to Althea.


So far I dah picked my favorite items of the MONTH ! This year in September month I kalau boleh nak cari something very essentials and menyerlahkan diri tanpa penggunaan solekan yang tebal lagi tapi nampak natural, neat, dan fit in any occasional. Semakin berumur ni semakin sedar less is better. Hehe. Walaupun baru 28 tahun tapi I rasa it's time to create something very useful and informative instead of getting famous for trying hard kan.

For the points given and added on a bit cash haha, I managed to filled an Althea BOX for 11 beauty items ! Dan percayalah bagi I semuanya very essentials for ME ! :) 


Marine Blue Make-Up Brush Collection ( 6 batang )

Koleksi berus alatan solekan Marine Blue ni bersaiz travel dan memudahkan pencinta kecantikan macam I nak bawa kemana-mana memandangkan Jumaat pada 21 September 2018 ni hari jadi I, dan hari Sabtu dan Ahad pada 22-23 September 2018 I akan melawat Terengganu untuk mengalami sendiri pengalaman melihat penyu bertelur, tak sabar tau, that's why I ordered berus solekan Marine Blue ni sebab dia datang dalam saiz yang sesuai dan boelh masukkan dalam plastic pouch dia, at least kalis air dan tahan basah pouch tu, nak pula I ke pantai tau. hehe.

6 batang berus solekan Marine Blue ni termasuklah berus bedak & kontur, berus bedak asas bersaiz sederhana, berus kontur berbentuk peluru, berus pembayang mata saiz sederhana dan juga berus dwi bulu kening.

So far I dah tried yang berus bedak dan kontur and sangat sesuai untuk loose powder ( bedak jenis serbuk boleh rujuk serbuk bedak di bawah UV natural 100 mineral sunkill ). Memang sangat FLUFFY, dan bedak transferred dekat kulit very well- blendable juga ! Sebab berus tu lembut sangat, I sapu many times dekat wajah I. Bedak serbuk pun memang jadi halus kat wajah I.

But the thing is, I masih tak dapat figure out yet berus ni material dia apa eh, tengok gaya macam sintetik, bila baca orang lain review, berus ni lama-lama nanti bulu dia akan tercabut sedikit demi sedikit :( I harap boleh long lasting la sebab serious I won't lie berus ni sangat FLUFFY SO SOFT ! I suka I suka sangat ! Sangat rekomen dekat new makeup user miliki berus solekan dari Marine Blue ni, harga dia pun affordable juga tak sampai ratus-ratus pun. I rasa 6 berus solekan pun dah cukup. Kalau 100 berus belum tentu nak pakai semuanya untuk 1 wajah kan unless makeup artis of course lah kan, hehe.

Lepas dah pakai berus ni boleh simpan dalam plastic pouch dia untuk cegah kekotoran lain seperti habuk and so on.

Tekan sini kalau nak beli : > Marine Blue Make-Up Brush Collection ( 6 batang ) <


UV Natural 100 Mineral Sunkill RX ( 12g )

Memandangkan I merupakan seorang peminat tegar bedak yang berbentuk serbuk ( loose powder ) which I bought Althea Velvet Powder sebanyak 2-3 ketul, sekarang I nak cuba pula Natural 100 Mineral Sunkill sebab ianya sejenis serbuk bedak mineral yang ada kandungan SPF 46 PA+++, yerlah orang cakap sekarang dah kena amalkan penggunaan tabir suria kalau taknak muka cepat tua. 

Tahu tak sinaran UV yang berbahaya disebabkan oleh matahari ni boleh menyebabkan pigmentasi dan pertumbuhan melanin dengan cepat. Boleh juga rosakkan kulit wajah serta mengakibatkan kanser kulit, Ahh memang creepy ! I taknak nampak TUA sebelum USIA I. Cukuplah kulit I dah ada lubang-lubang akibat parut jerawat takkan nak ditambah pula dengan kedutan, entah apalah rupa muka I pada masa akan datang. Orang cakap muka macam mana pun tak kisah janji baik hati. Tapi orang baik hati selalunya muka nampak berseri okey. :)

Mineral Sunkill, boleh kawal matahari, haha ye ke ? Ianya 100 peratus semulajadi dan sesuai untuk semua tona kulit which is dia akan mengikut warna kulit selepas beberapa minit sapu. Tapi I rekomen you all sapu mineral sunkill dengan berus bedak yang fluffy dari Marine Blue la sebab memang nampak lebih halus dan kalau guna berus ni tau.

I sebenarnya agak teruja Mineral Sunkill RX ni bukan sahaja boleh jadi sebagai makeup setting atau loose powder tapi boleh juga lindungi kulit dari UV berbahaya lah untuk dalam tempoh masa yang lama dalam 4-8 jam macam tu. Selain tu dia tutup cela wajah, menghidupkan kembali warna kulit yang kesam, pori yang meregang  sehingga 25 jam lamanya.

Mineral Sunkill RX bebas dari kehadiran mintak dan bahan sintetik untuk pastikan kulit lebih cantik, segar dari masa ke semasa tanpa rasa melekit atau berminyak tau sebab bahan yang digunakan pun adalah mineral yang terpilih melalui kajian yang terperinci.

Paling best Mineral Sunkill RX ni tak ada benzophenone atau paraben dan 100% premium Italian Intercos minerals dan echo sun protect. Bukan I sahaja yang boleh guna malahan anak-anak I pun boleh guna. Lagipun anak pertama I setiap kali balik sekolah muka macam baru terlepas terbakar, kesian dia :(

Cuma satu je I tak begitu gemar dengan dia punya sponge aplikasi tu, tu sebab i guna berus je.. jauh lebih hygienic.

Dia bantu cover I punya big pores dan sangat lembut kat kulit wajah. Harga pun tak MAHAL sesuai sangat dengan kualiti produk ni ! Less than RM50 dalam Althea Korea.

Rasa nak beli ? Sila tekan sini > UV Natural 100 Mineral Sunkill RX <


Piolang 24K Gold Wrapping Mask

Emas ! Emas ! Yes I memang salah seorang yang gila emas. Penggunaan emas dalam kecantikan sejak dari zaman Cleopatra lagi tau. Ugh banyak sebenarnya kebaikan emas ni pada kulit manusia, biasalah metal dari dalam bumi dibawa keluar, sebab manusia pun asalnya dari tanah juga kan heee...

Piolang 24K Gold Wrapping Mask ni jenis sapu pada kulit- lepas kering- tarik dari bawah ke atas... usually kalau bernasib baik akan dapat (very good shape mask lepas tarik dari wajah) macam dalam gambar di atas hehe. Topeng wajah emas ni ada kandungan 99% emas asli untuk singkirkan sel kulit mati, mencerah dan meningkatkan keanjalan kulit serta menjadikan wajah tampak awet muda ala-ala cleoptra gitu. Selain itu dalam topeng emas ni juga terdapat bahan melembab yang boleh mencegah kulit kering.

Sesuai untuk semua jenis kulit, macam I kulit kombinasi dan acne so far bila pakai tak ada rasa gatal-gatal tapi rasa sejuk dan calming je... dalam tempoh 20 minit while waiting boleh lah siapkan apa-apa yang patutkan hehe. seronok pula berspa macam setiap hari sebab topeng emas ni ada 24k emas asli yang boleh membantu untuk peredaran darah dan membersihkan liang pori. ekstrak siput pula membantu untuk melembab dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru, mencerahkan parut dan melembutkan kulit. Ekstrak rumpai laut yang kaya dengan vitamin, asid amino, mineral dan anti oksida melindungi kulit dari pencemaran persekitaran.

I yang baru 2 kali pakai ni boleh nampak kesan positif la sebab pori nampak bersih walaupun tak fully mengecil, kulit nampak lebih anjal dan cerah a bit. I nak beli lagi once dah habis tapi I dengar produk ni dah SOLT OUT dalam Althea Korea.

Nak tahu lebih lanjut : >  Piolang 24K Gold Wrapping Mask <


Cover Perfection Pot Concealer the SAEM

Ramai yang dah cuba sendiri concealer ni, bagi I ianya saiz yang kecil dan sangat sesuai nak bawa ke mana-mana sahaja. Walaupun kecil tapi ramai kata yang concealer ni mampu berikan liputan yang menyeluruh terutamanya cela, parut jerawat, binti-bintik hitam dan juga lingkaran mata hitam ala-ala panda. Bukan sahaja menutup cela malahan ianya tahan lama sehingga wajah dibersihkan. Terdapat 2 jenis warna iaitu clear beige untuk warna kulit cerah manakala rich beige untuk warna kulit sederhana.

Lepas dah pakai concealer ni tak payah dah nak pakai foundation lain, just dabbed dengan loose powder untuk solekan nampak lebih kemas. Ada yang sensitif kata concealer ni works well on her skin sebab ringan dan buat kulit nampak glowing. Rekomen untuk yang ada cela yang jenis ringan bukan yang wajah yang ada heavy acnes. Senang untuk diblend juga dan tak comot. hee.

Harga yang sangat murah walaupun mampu buat wajah nampak flawless, RM16 je satu ni.

ps I commented in Althea :
hey Syafiera again,
bought this for my sister because she requested for this,
but I tried it a bit, somehow I love how it spreaded on my skin lightly,
rich beige is perfect color for my skin. it covers my blemishes especially the big pores.. even my lubang lubang jerawat still nampak but still it really helps to cover the bad color of the paruts. plus it is so small and BOOLEH BAWA travel ! :)

Nak beli sila tekan kat sini : > Cover Perfection Pot Concealer the SAEM <


Glamfox Fleurissant Lip Glow (GL03 Peach flower)

The reason I beli sebab lipglow ni pernah dipakai oleh Influencers famous US tau and plus the flower dalam tu, siap ada 24 k gold lagi ! Tapi once opened kena habiskan dalam tempoh 24 bulan sebab bahan yang digunakan seperti emas, ekstrak chamomile, ektrak bunga raya, ekstrak karen dulla flower, ekstrak bunga ros damask, ekstrak bunga daisy, ekstrak bunga magnolia, ekstrak bunga lili, ekstrak bunga lili, minyak lithospermum. Kalau tengok lipstick ni mengingatkan I pada cerita Beauty and the beast of the glass rose, I thought I am the only think so tapi ramai cakap macam tu. Bau dia ya Ampun memang wangi dan sweet sangat rasa macam nak makan je hee.



Tengok bahan je dah rasa bahagia sebab mostly semua bahan semulajadi jadi tak rasa bahaya nak pakai hari-hari, kalau tertelan pun takut hehe. Glamfox fleurissant lip glow ni boleh bertukar warna dari lutsinar ke warna merah jambu tau umpama warna mengikut darah, asid dan perubahan suhu badan. Warna pink yang tinggal tu akan tahan lama pada bibir dan bibir tetap nampak healthy, ala macam gincu arab yang casing hijau tu. Zaman mak nenek I dulu famous la dengan gincu tu sekarang dah macam-macam lipstick color changeable cuma Glamfox Fleurissant lip glow ni nampak menarik sebab gincu ni lutsinar tapi dalam tu boleh nampak emas dan bunga. Tu yang nampak gincu ni cantik sangat. Warna merah jambu pada bibir boleh bertahan sehingga 6 jam. Minum air pun takkan hilang. hehe. Lagi satu kalau tak removed dia punya gloss pakai tisu bibir rasa lebih moisturized tau. Sangat -sangat rekomen lah untuk anak gadis yang atas 13 tahun..

Terdapat 6 jenis warna pilihan tau iaitu GL01 Moonlight flower, GL02 Honey flower, GL03 Peach flower, GL04 Rose Flower, GL05 Emerald Flower dan GL06 Witch Flower.

Harga dia I ingat ratus-ratus rupanya RM42 sahaja dalam Althea.

Check this produt out dekat sini : >  Glamfox Fleurissent Lip Glow <



The Faceshop Designing Eyebrow Pencil 02 Gray Brown

Sejenis pensil bulu kening yang sangat mudah dan ringan untuk membentuk bulu kening secara automatik. Cuma pusing sahaja tak payah dah nak asah dia memang dah ada bentuk petak yang memang sesuai untuk lukis kening tanpa comot serta bentuk bulu kening nampak lebih semulajadi. Pemilihan warna juga amat penting mengikut warna kulit atau warna rambut.

I sangat rekomen untuk beginner untuk dapatkan The Faceshop Designing Eyebrow Pencil ni untuk dapatkan bentuk bulu kening yang semulajadi sebab ianya sangat mudah nak bawa ke mana-mana tanpa perlu membawa sharpener kalau pergi travel. Jenis Eyebrow pencil macam ni usually bentuk kening yang paling sesuai iailah flat brow design sebab ianya adalah trendy masa kini. Lagi satu memang tahan lama juga. Baca di > sini <


Luxe Gel Eyeliner NO 2 Dark Brown

Reason why I beli ni of course sebab I am out of stock of eyeliner tapi sebab sebenarnya before this memang I pakai eyeliner ni pun that's why I stocked back hehe. Lagi pun eyeliner ni sangat berkrim, crazy in pigmentation dan paling best memang water/smudge proof - tahan peluh, air dan tahan lama sehingga I cuci pakai makeup remover tau ! Well bagi I eyeliner is a must have in my bag sebab mata I sepet dan less eyelashes that's why I perlukan this eyeliner ni. Jangan risau kalau eyeliner ni semakin tumpul, dekat bahagian bawah tu memang ada pengasah khas jadi boleh asah guna sharpener dia je tau. Ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit sebab bahan yang digunakan adalah beeswax yang melindungi bahagian mata dari iritasi, hydrogenated coconut oil sejenis minyak yang sangat lembut untuk menyuburkan bulu mata dan ekstrak minyak zaitun untuk melembabkan bahagian alis mata yang lembut.

Nak beli dekat > sini <


Luxe Matte Lipstick Rire Cherry Red

I ordered this lipstick sebab kakak I nak satu warna, I tried a bit and my first impression is the pigment ! Seriously warna merah dia sangat menghairahkan, I don't know why my sister wanted this color so badly, nak pergi ofis je pun, Haha ! Last time my mom told me that the color is super red and actually she loves it sebab dia kata sapuan licin je pada bibir, warna matte tapi tak keringkan bibir and selesa je bila pakai on the lip dan paling best bibir rasa lembab dan lembut je.

Luxe Matte Lipstick Rire Cherry Red ni sesuai untuk semua jenis kulit. Bahan yang digunakan adalah minyak zaitun untuk meningkatkan keanjalan bibir sebab kaya dengan vitamin E manakala minyak benih jojoba pula membantu untuk menjadi benteng pertahanan mengimbangi level hidrasi serta melembabkan bibir.

Ada 6 jenis warna dan baca > sini < kalau nak beli.


Mise-En-Scene Perfect Repair Serum (70ml)

I recently baru rebonding rambut I, so bahagian hujung rambut memang mostly pecah habis, So I decided to get one serum untuk rambut I. Perfect Repair Serum ni  ramai yang suka dah terdapat lebih dari 200 reviewed di Althea dan serum ni telah banyak menang anugerah di Beauty Awards dan Elle Girl. Bahan utama dalam perfect repair serum ni ialah minyak jojoba yang membantu untuk melembabkan rambut tanpa meninggalkan sisa minyak, minyak kelapa yang kaya dengan vitamins serta asid lemak menjadikan lambut lebih cepat tumbuh baru, lebat serta lebih sihat manakala minyak argan pula menjadikan rambut lebih berkilat dan prevent frizzy.

Perfect Repair serum ni juga membantu untuk merawat rambut yang rosak teruk dalam masa 3 hari dengan serum yang berkepekatan tinggi untuk rambut yang baru lepas diwarnakan dan di dye.

Rambut rosak bertambah lebih baik dengan rawatan 7 jenis minyak koktel seperti argan, camelia, marula, olive, jojoba, coco nut dan minyak aprikot.

Harga pun tak MAHAL dan nanti I nak beli lagi once habis. Nak beli dekat > sini <


CFC LAB Argan Glow Hair Oil (110ml)

Minyak argan memang mostly of us dah tahu fungsinya kan. Ianya sangat membantu untuk merawat dan memperbaiki masalah kerosakan, kekeringan terutamanya pada bahagian rambut mahu pun bahagian kulit kasar di siku dan lutut. CFC LAB Argan Glow Hair Oil ni sebenarnya ialah projek selama 1 tahun untuk menghasilkan sejenis minyak khas untuk rambut menjadi lebih lembut dan wangi.

CFC LAB merupakan satu jenama dari Iljin Cosmetic yang telah menghasilkan hanya produk rambut lebih dari 50 tahun. Jadi bagi yang mempunyai masalah rambut kusam, rambut kurang bersinar, rambut rosak akibat dari dye dan perm, rambut nipis, rambut mudah pecah, rambut bergumpal dan bagi yang takut nak menggayakan rambut sebab takut rambut rosak anda perlukan CFC LAB Argan Glow Hair Oil ni yang khas dicipta untuk penggunaan setiap hari dan juga untuk rawatan rambut.

Lepas ni memang tak risau dah dengan rambut ROSAK lagi.

I punya main concerned adalah rambut gugur, jadi memang kena pakai ni setiap hari prevent hairfalls, takutnya kalau rambut jadi botak :(

Bahan UTAMA :

  • Minyak Argan - jadikan rambut lebih tebal dan tumbuh dengan lebih sihat
  • Minyak bunga matahari - kaya dengan Vitamin E untuk melembabkan rambut
  • Minyak benig lobak merah - mengandungi Vitamin A, E dan beta-carotene untuk menghidrat kulit kepala yang kering 

Tapi CFC LAB Argan Glow Hair Oil memang tak rasa melekit atau berminyak, sebab dia pantas meresap masuk ke dalam rambut. No more belengas feeling gitu. Selain daripada minyak argan, terdapat minyak avakado yang sangat bagus untuk rambut, minyak hippophae rhamnoides oil yang mencegah kekeringan dan melegakan rambut, carthamus tinctorius khas untuk melembab, minyak macadamia integrifolio sangat awesome melambab juga dan minyak vaccinium myrtillus khas untuk melindungi rambut.

Selain melembab, melembut dan mencantikkan rambut I, I suka juga harumannya bau dia ala-ala citrus gitu. Harga pun RM 45 je, I will re-purchase this again bila dah habis ! Sebab very helpful for my hair. The bottle packaging pun cantik sangat macam minyak wangi yang famous amous tu tau !

You all nak beli dekat > sini <



Nacific Herb Origin Cleansing Oil

I basically memang a huge fan cleansing oil tapi most of the cleansing oil in the stores ada yang murah tapi bahan kimia dia tak serasi dengan kulit I, Ada yang memang very good guna organic ingredients but harganya out of affordable. So I decided to search one by one which is the best cleansing oil and worth of price. Then I found the Nacific herb origin cleansing oil dan I read the full ingredients well ada juga fragrance but still I nak beli juga.

Cleansing oil sangat bagus untuk menyingkirkan dan mencairkan solekan pada wajah tidak kira solekan tebal ke maskara kalis air ke lisptick jenis matte long lasting, memang cleansing oil lah paling the best ! Nacific Herb Origin Cleansing Oil sesuai untuk semua jenis kulit dan jadikan kulit lebih bersih, sihat, rasa supple dan ada haruman jasmin. Bahan utama yang ada dalam Nacific Herb Origin Cleansing Oil ni ialah minyak benih jojoba membantu untuk mengimbangi minyak-air untuk melawan cacat cela, minyak zaitun pula menjadikan kulit lebih berseri dan melembab dari dalam manakala minyak camelia bertindak untuk melembabkan kulit wajah tanpa rasa berminyak dan kaya dengan asid lemak.

Berteksturkan lutsinar dan minyak jernih untuk memudahkan proses pembersihan wajah dan bekas yang mempunyai pam ni mengeluarkan Nacific Herb Origin Cleansing Oil mengikut saiz amaun wajah.

Apapun bagi I Nacific Herb Origin Cleansing Oil sangat affordable dan worth untuk bahan yang digunakan. Bau dia pun harum dan membersihkan solekan termasuklah white dan blackhead kalau ada buat urutan dalam 10-15 minit hehe. Lepas dah cuci bersih dengan air, kulit tetap rasa lembab dan lembut serta tak kering langsung. I rekomen sangat untuk yang kaki solek macam I !

Beli dekat > sini <

Thank you Althea, I'm feeling HAPPY sebab jadi Althea Angels ! Birthday Month lah paling best sebab Althea really aprreciate their Angels. :)

Bagi you all nak tahu lebih lanjut, sila layari ALTHEA okay.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com