Rawatan Hydra Oxy Glow C gabungan 2 rawatan 'hydrafacial' dan 'oxygen-facial'


Apabila meningkat usia banyak masalah kulit yang bakal ditempuhi antaranya ialah pigmentasi, jerawat dan warna tona kulit yang tidak sekata. Itu tidak termasuk lagi ancaman radikal bebas, sinaran UV berbahaya, habuk dan persekitaran yang berdebu sekali gus membuatkan kulit menjadi gatal-gatal dan kemerahan. So I decided untuk ambil peluang mencuba sendiri rawatan hydraoxyglow C iaitu gabungan 2 rawatan 'hydrafacial' dan juga 'oxygen-facial' yang boleh membantu liang pori bebas bernafas. Rawatan ini adalah terbaru di Dr Medispa & Wellness di Jalan Reko Sentral 6.

Rawatan yang mengambil masa lebih kurang 90 minit ini adalah selamat dan membantu kulit wajah terasa lebih segar dan bersih. Masalah kulit yang I hadapi semestinya adalah kulit kering dan juga sensitif lebih-lebih lagi 'time menstruation' lagi haru-biru sebab jerawat kecil dan jerawat besar memang tak sah kalau tak naik. Di Dr Medispa & Wellness menawarkan banyak lagi rawatan mengikut masalah kulit yang dialami. I pernah lakukan 'dermapen' baca di > sini < Ianya memang berkesan dan sangat membantu untuk merawat masalah parut berkawah pada kulit cuma ianya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk kulit bebas dari pengelupasan.


Hydra Oxy Glow C ni mempunyai 8 langkah untuk kulit nampak lebih berseri dan bersih. Yang pertama semestinya langkah asas iaitu wajah dibersihkan dengan pencuci muka yang sesuai dan lembut untuk membuang segala kotoran pada wajah seperti solekan, habuk, dan juga debu. Kemudian wajah disapukan dengan topeng wajah yang sesuai untuk kulit dan diwapkan agar kulit wajah lebih relaks.


Langkah 'extraction' menggunakan besi adalah asas untuk membuang bintik putih, bintik hitam dan juga jerawat degil. Ada yang tak tahan sakit ada yang tahan sakit tetap kena keluarkan benda yang tersumbat dalam liang pori tu kalau tak keluar nanti muka nampak bumpy je. Kulit wajah I pun dah boleh nampak pigmentasi ala-ala freckles :( sedihnya bila kulit dimamah usia.


Vacum ni langkah yang amat popular dan trendi masa kini yang membantu untuk menarik bintik putih dan hitam tanpa rasa sakit. Bila wajah dah bebas dari kotoran yang tersumbat dalam liang pori barulah Hydra facial dimulakan.


Hydra facial ni menggunakan serum yang sesuai dengan wajah. Antara bahan yang digunakan adalah campuran Asid hyaluronik dan juga gel aloe vera. Part ni I paling suka sebab bahan yang digunakan pada wajah buat wajah rasa sedikit lega setelah part pembuangan kotoran yang tersumbat dalam liang pori.


Rawatan ni agak menarik sebab ada proses double-triple layer menggunakan teknik gauze dan gel campuran asid hyaluronik tadi disapu banyak kali pada wajah  dan bahan tersebut direka khas oleh Dr Medispa & Wellness. Bau dan aroma yang sangat wangi dan segar serta rasa sejuk buat kulit rasa lebih tegang.


Lepas tu rawatan ultrasonic pula adalah untuk meratakan semua serum ke seluruh wajah dengan gel campuran rekaan khas Dr Medispa & Wellness tadi. So far so good sebab boleh rasa gel meresap masuk ke dalam kulit wajah.


Bahan untuk oxygen facial pula adalah Vitamin C yang akan disembur secarata rata pada seluruh wajah ianya bertujuaan untuk mencerahkan dan mengembalikan warna tona kulit asal serta menyerikan wajah yang kusam. Semburan vitamin C ni buat kulit rasa lebih sejuk dan bila sentuh kulit rasa macam toink toink gitu. ha ha.


Langkah terakhir pula ialah menggunakan mask LED yang bertujuaan untuk mematikan kuman dan menambahkan lagi seri pada wajah. Ambil masa lebih kuran 10 minit.

Rawatan Hydra Oxy Glow C gabungan 2 rawatan 'hydrafacial' dan 'oxygen-facial' ni berharga RM200. Untuk kali pertama rawatan I rasa muka I nampak lebih bersih dan segar. Tapi untuk dapatkan kulit lebih cantik kena buat sebulan sekali lah. hehe.


Lepas ni rasa macam nak try rawatan lain next time, bagi you all yang nak pergi sini boleh tengok-tengok dekat https://www.facebook.com/drmedispawellness/, okay. Lagi pun rawatan dikendalikan oleh doktor yang berlesen so kalau jadi apa-apa bolehlah refer kan. hehe.

Okay sampai sini perkongsiaan I mengenai pengalaman I buat rawatan Hydra Oxy Glow C ni.

Rawatan ini featured di Harian Metro

Jumpa lagi di next post ! :)

Dr Medispa & Wellness,
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral,, 43000 Kajang
no H/P : 013-7706708
www.syafierayamin.com