THE VOID : Star Wars Secrets Of The Empire bakal berada di Level 1, First World Plaza



VOID VR telah berada di Level 1, First World Plaza yang akan dibuka pada 6 Disember 2018 berdekatan di Skytropolis Funland. Resorts World Genting dan The VOID membawakan kepada anda pengalaman hyper-realiti pertama kali iaitu Star Wars : Secrets of the Empire yang telah direka khas oleh koloborasi bersama ILMxLAB.

Dilancarkan pada tahun 2015, pengasas bersama iaitu Curtis Hickman, the VOID diwujudkan untuk mencipta pengalaman yang sukar dilupakan yang membawa pemain ke dunia baru melampaui dunia realiti.



Planet Mustafar ialah sebuah planet yang akan berlakunya adegan sesi tembak-menembak dimana  dengan menggunakan teknologi serba canggih membenarkan pemain untuk mendengar, merasa, menyentuh termasuklah BAU di tempat lokasi seperti lava api yang panas membara sebagai satu sesi untuk pemain mengalami sendiri jalan cerita, sebagai salah seorang karakter Stormtrooper dan lokasi melalui gabungan maya dan juga fizikal planet tersebut.


Fan based edit made : VOID VR - Star Wars™ : Secrets Of The Empire by ILMxLAB


Tonton Original Preview




The VOID ialah sebuah tempat hiburan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim antara keluarga dan rakan-rakan dimana The VOID mengesyorkan pemain atau pengunjung 10 tahun ke atas dan melebihi ketinggian 48" atau 140cm ke atas. Ibu bapa perlulah memantau anak yang masih berusia 10 tahun dan 18 tahun ke bawah di Nicodemus sebab akan berlakunya adegan kejut-mengejut hampir sepanjang masa. Bagi yang hamil tunggu bayi keluar terlebih dahulu ya sebelum nak alami dunia VR ni.

Di US kos harga untuk memasuki VOID VR ialah $29.95-$36.95 untuk seorang manakala di Malaysia RM130 untuk seorang. Lebih kurang dari setahun The VOID telah dikunjungi hampir 500,000 pemain iaitu dalam sehari lebih kuran 1000 pengunjung. 

Beza antara VR vs berasaskan lokasi dan pengalaman hyper-realiti The VOID :
  • VR berasaskan lokasi membawakan anda pengalaman menggunakan tradisi titik pegun dan tunggal  sebagai aktiviti sosial bersama keluarga dan rakan-rakan manakala hyper-realiti The VOID pula memberikan pengalaman yang lebih mengagumkan dimana kategori baru ini memberikan pengalam yang lebih mendalam dengan gabungan garisan antara fizikal dan maya untuk anda berasa seperti di dunia lain. Pemain akan menjadi peserta yang aktif di dalam jalan cerita dan digalakkan untuk menerokai dunia maya ini dimana anda boleh melihat, memegang, merasa serta BAU di kawasan sekeliling.
The VOID berada di :
  • Minneapolis, Minn. 
  • New York, N.Y. 
  • Santa Monica, Calif. 
  • Washington, D.C. 
  • Downtown Disney, Anaheim, Calif.
  • Disney Springs, Orlandi, Fla. 
  • Glendale Galleria, Glendale, Calif.
  • Grand Canal Shoppes In The Venetian
  • The Palazzo Hotel, Las Vegas, Nev.
  • Hub Zero, City Walk, Dubai, U.A.E.
  • The Rec Room Toronto Roundhouse, Toronto, Ont.
  • The Rec Room West Edmonton Mall, Edmonton, Alta.
  • The Rec Room West Edmonton Mall.
  • Resorts World Genting, Malaysia.



The VOID menggunakan teknologi VR yang direka khusus bersama pentas fizikal untuk mewujudkan pengalaman yang lebih mendalam untuk tujuan penerokaan di dalam cerita.

Peralatan reka bentuk proprietari VOID adalah gabungan dari dunia fizikal dan digital dalam waktu bersama melalui paparan yang dipasang kepala (HMDs), komputer TM di belakang dan sut yang mempunyai fungsi haptik untuk kesan deria rasa dari titik menggunakan maklum balas dari haptik.


4 Orang dalam satu pasukan yang dibenarkan untuk mengalami sendiri perang di dalam Dunia Stars Wars. Hey new friends ! :)


Dalam Star Wars Secrets Of The Empire ni pemerintahan pemberontakan semakin bangkit jadi pasukan I dihantar ke planet Mustafar yang semakin cair oleh cairan lava, misi pasukan I adalah untuk memulihkan inteligensi imperialis yang penting untuk menyelamatkan mereka yang masih hidup dalam pemberontakan yang berlaku. Di samping pertolongan dari droid pragmatik K-2SO, pasukan I perlu mengemudi fasiliti musuh untuk menghadapi jalan yang bahaya di setiap masa. Menyamar sebagai Storm Troopers kena ada blaster masing-masing kemudian perlu menyelesaikan teka-teki, dan harus melawan raksasa lava dalam usaha untuk memenuhi misi yang diperintah.


The VOID di Resorts World Genting merupakan lokasi pertama di dalam Asia. Ditetapkan sebagai salah satu tempat tarikan yang harus dilawati dimana Resorts World Genting telah berjaya menarik hampir 25 juta pelancong pada tahun 2017.

Untuk Maklumat lanjut, sila layari : www.rwgenting.com atau dail +603 2718 1118 untuk pembeliaan tiket.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com