Dermapen : Rawatan Berdarah Perbaiki Testur Kulit di Dr Medispa and Wellness, Jalan Reko Kajang

12/02/2017 03:30:00 PM

Dah lebih seminggu I buat rawatan berdarah ni di Dr Medispa and wellness di Bangi. Umum ketahui yang I tidak mempunyai kulit wajah yang cantik - keseluruhan permukaan kulit I banyak parut serta liang pori besar ( ayat kasar muka macam kawah bulan dan berlubang-lubang ), dulu menyampah orang cakap macam tu tapi dah lama-lama dah jadi imun dengan mulut orang hehe, sebenarnya bagus juga ada masalah macam tu sebab kita jadi kuat dan cekal dan sudah tidak heran orang pandang kita macam mana pun kan.

Kulit wajah setelah di'dermapen'

Beauty is pain, so bagi seseorang yang obses tentang kecantikan mesti banyak rawatan yang nak cuba. Kali ni I rela nak mencuba rawatan berdarah dalam kategori mild lagi la iaitu #dermapen dekat Dr Medispa and Wellness ni. Tapi doktor yang handle klinik kecantikan ni bukan calang-calang orang tapi memang seorang doktor tak silap doktor pakar O&G iaitu Dr. Azirawaty Mohd Tadzri.

Kulit Wajah sebelum Dermapen
Sepanjang Proses berlangsung, I dok tengok lampu ni je ahha

Proses Rawatan Dermapen

Mula-mula proses ni adalah dengan mencuci wajah terlebih dahulu, memandangkan I datang tanpa pakai sebarang foundation atau makeup kecuali lipstick, jadinya pembantu Doktor bersihkan muka I dengan produk pembersih wajah jenama mereka sendiri. Paling best wajah I dicuci dengan berus khas yang sangat halus untuk pastikan kulit bebas dari kotoran ( boleh tengok dalam video nanti )

Topeng Infrared
Next step muka I dipakaikan dengan topeng yang ada cahaya lampu merah ni, fungsi topeng ni tak silap I dengar haritu untuk matikan kuman bakteria yang bertenggek atas wajah I. Lebih kurang dalam 10-20 minit. Lepas dah cabut topeng ni muka nampak lebih cerah berbanding sebelum.

Sesi Proses Dermapen
Proses ni mungkin seram untuk orang lain-bagi I awal-awal pun seram juga la tapi sebab I curious nak tengok hasil kulit selepas buat rawatan ni. Mula-mula doktor gunakan jarum yang halus terlebih dahulu nak tengok sama ada I tahan atau tidak dengan kesakitan dari dermapen, so far mungkin I ni dah selalu buat rawatan jadi imun sikit rasa sakit tu lepas tu doktor naikkan sikit ketebalan jarum 2.3 something like that la, time tu memang sakit tapi no pain no gain la.

Blood smell so good
Tu dia, berdarah-darah, sakit tapi puas hati, waktu ni dah terasa kulit berdenyut-denyut, terasa platelet tengah ambil part untuk recovery, tekstur kulit bergerak sana sini mungkin terkejut dengan tusukan jarum, time ni mungkin kolagen dah start re-producing balik setelah lama duduk diam di dalam bawah kulit. Time ni dah rasa tak sabar nak follow up dia punya recovery, time tu semua majlis I dah start nak tak nak datang tapi dah RSVP I pergi follow up juga tau hihi.

Selepas Darah dicuci dari wajah
Tu dia, liang pori dah start kembang kecut kembang kempis terkejut setelah rawatan Dermapen, lubang kawah chickenpox pun dah start renggang balik.

Banyak pantang-larang nak kena buat setelah rawatan Dermapen tapi banyak juga aku langgar pantang huhuhuh antara pantangnya :

  • Tak boleh pakai Makeup dalam masa beberapa hari
  • Kena pakai Mask untuk elakkan habuk masuk sebab liang pori tengah terbuka consider as luka
  • Kena pakai produk yang soothing dan sesuai
  • Segi Pemakanan aku tak rasa banyak yang korang tak leh makan, tapi kau rasa macam time sunat la, kalau boleh kena minum banyak air bersih, makan sayur-sayuran, ambil makanan yang kaya dengan vitamins dan minerals untuk perbaiki dan membantu pertumbuhan sel tisu, kalau ada kolagen pun bagus lagi boost.
Apa aku buat setelah rawatan Dermapen :

Selepas 2-3 jam rawatan Dermapen

Disebabkan aku ada event malam tu jadi aku pakai eye makeup dan lipstick je la, memandangkan most yang datang majlis tu kawan blogger jadi most of them faham yang aku baru lepas buat dermapen hehe, dorang cakap muka aku macam pakai blusher yang tak rata huhuh. Tapi lepas rawatan aku pakai serum mist dari Diva's secret, setiap kali rasa nyeri kulit tu aku dok sembur je mist tu, huhuhu, time ni waktu malam jadi tak ada matahari so tak yah aku pakai sunblock.

Keesokan harinya setelah rawatan Dermapen
Hari pertama, aku boleh nampak tag liang pori tengah mengeras, keras semacam nak senyum tak boleh rasa macam baru lepas buat botox huhu. Kulit yang bahagian proses dermapen tu merah macam baru lepas kena panggang dan nampak lebih enak warnanya hehe. Aku agak kalau orang kanibal dan syok dah dia makan bahagian merah merah tu huhu.

Tembikai Sejuk ganti Ais
Nak pakai produk kulit tengah tak tahan nyerinya, jadi aku pakai tembikai sajalah sejukkan kulit, tembikai ni aku dah simpan awal-awal dalam peti sejuk. Keluarkan sapu terus kat muka, fuh lega je rasanya.

Permukaan Kulit mengelupas
Proses 'healing crisis' kulit yang lama setelah di'dermapen' tu semakin lama semakin mengelupas, selalunya ambil masa juga untuk kelupas ni sekitar 2-3 hari, kulit mengelupas sekitar 4-5 hari tapi sebab aku guna produk Diva's secret agak membantu jugalah cleanser dia untuk bersihkan sel kulit-kulit mati atas permukaan kulit. Cuma hormon aku agak kurang stabil jerawat dok naik je la. huhu.

Setelah 5 hari proses Dermapen
Waktu ni kulit dah start renew gitu, boleh perasan liang pori dah start kecil dan kulit nampak lebih gloweee a bit. Time ni nak senyum sampai ke telinga pun dah boleh. Hehe. Waktu ni aku dah start buat skincare routine dari cleanse, scrub, toner, serum, moisturize dan sunblock. Lengkap hehe.

Hari ke 5 dah start keluar rumah pakai mild makeup
Petang hari ke 5 aku ada majlis nak kena attended iaitu Shizens, time ni aku dah start pakai mild makeup, aku guna produk yang bebas dari kimia berbahaya lol, pelembab then lock pelembab dengan innisfree sebum powder which is tak ada warna atau pun transculent powder tu fungi dia menyerap lebihan minyak pada kulit dan eye makeup seperti bulu kening, eyeshadow dan lipstick saja. Hehe.

7 hari setelah rawatan Dermapen tanpa Makeup
Fuh setelah 7 hari, time ni baru lepas MRCA Run, tengahari tu nak grab produk Mary Jardin, liang pori dah nampak lebih halus than before la, tapi liang pori tu still there la, masih kena buat 2-4 sesi lagi. Cuma aku kena cari masa nak buat Dermapen next time, kalau boleh dalam seminggu gak la nak kena ambil cuti dari jumpa orang.

So far aku dah 2-3 kali buat carbon laser dan yang ni adalah 1st rawatan Dermapen, lebih nampak kesan dari CO2.

Nak tahu lebih lanjut rawatan DermaPen ni boleh tengok dekat video I :



Bagi yang nak cuba sendiri rawatan Dermapen ni korang boleh cuba dekat Dr Medispa & Wellness, harga dia not bad la tak de la sampai RM1000 LEBIH rupanya harga mampu juga la, terkejut tengok harga dia sebab tak mahal macam kat klinik aesthetic lain. Selain daripada Dermapen ada lagi treatment lain, gosh kena cari masa lain untuk try treatment lain, paling best ada juga urutan untuk wanita mengandung. Next timre pregnant nak singgah sini lagi pun sangat murah urutan kat sini. Best tau !







Bersama Doktor Azira yang kendalikan rawatan Dermapen

Senarai Harga Rawatan

Dari pandangan luar Dr Medispa
Lepas ni rasa macam nak try rawatan lain next time, bagi you all yang nak pergi sini boleh tengok-tengok dekat https://www.facebook.com/drmedispawellness/, okay. Lagi pun rawatan dikendalikan oleh doktor yang berlesen so kalau jadi apa-apa bolehlah refer kan. hehe.

Okay sampai sini perkongsiaan I mengenai pengalaman I buat rawatan Dermapen ni.

Jumpa lagi di next post ! :)

Dr Medispa & Wellness, 
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6, 
Reko Sentral,, 43000 Kajang
no H/P : 013-7706708

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee