Demam Festival POKEMON di Resorts World Genting


Sebagai seorang peminat rancangan siri animasi POKEMON masa zaman kanak-kanak dulu kala. I sangat berbesar hati untuk mengikuti sendiri demam Festival POKEMON di Resorts World Genting yang telah berlangsung baru-baru ini di Resorts World Genting untuk Krismas tahun 2018 dan juga Tahun Baru Cina akan datang tahun 2019. Karakter utama dalam Pokemon iaitu Pikachu dengan riangnya telah memeriahkan majlis pelancaran pada 30 November 2018 yang lalu.

Pokemon ialah sejenis makhluk yang comel dan berwarna-warni ini telah wujud menerusi permainan siri video Nintendo dan paling laku keras satu ketika lalu kini telah menjejaki Resorts World Genting diatas paras laut 6,000 kaki untuk memberi kejutan 'comeback' buat para pengunjung yang hadir di situ. Bukan sahaja comel tetapi mempunyai kuasa mengikut elemen masing-masing dan tersendiri.

Yang ala-ala Ash, Misty dan Brock apa anda tunggu lagi ? Siap sedia dengan Poke Ball dan jom tangkap Pokemon yang akan berada di Resorts World Genting sepanjang musim cuti sekolah ni.


Tradisi Pokemon secara langsung ini sebenarnya adalah berterusan di seluruh dunia termasuklah acara tahunan Pikachu Outbreak di Yokohama. Festival Pokemon di Resorts World Genting akan berada di situ selama 3 bulan. Spesis Pokemon yang anda akan nampak di situ adalah seperti Pikachu, Eevee, Bulbasaur, Squirtle dan Charmander yang akan berada di tayangkan di bahagian terpilih di Resorts World Genting untuk sambutan Krismas 2018 dan juga Tahun Baru Cina 2019.


Benda yang paling menarik sekali untuk Festival Pokemon di Resorts World Genting ialah pokok Krismas tertinggi di Malaysia yang bertemakan Pokemon. Ianya pasti akan menarik minat bukan sahaja kanak-kanak dan remaja malahan yang dewasa pun pasti mahu bergambar di pokok Krismas ini dimana ketinggian mencecah 6 meter yang dipenuhi dengan 50 patung pikachu yang terletak di Skytropolis Funland sebagai rumah sementara. Peluang terbaik untuk mengambil gambar di sini dengan pokemon yang sangat adorable yang mempunyai kuasa elektrik ! Pika ! Pika !


Permainan video game Pokemon adalah untuk menjadikan pemain sebagai ketua pelatih Pokemon dan wujudnya Festival Pokemon di Resorts World Genting menjadikan impian anda ke dunia realiti. Dengan program latihan Pokemon, pelatih baru boleh mendapatkan buku rujukan dari 4 hentian secara khusus yang telah diletakkan didalam pusat membeli-belah di sini. Dengan adanya buku rujukanitu, para pelatih Pekomen boleh mengambil bahagian melalui misi dan cabaran di resort seperti menangkap gambar dengan Pokemon yangjarang jumpa dengan menyelesaikan beberapa cabaran teka-teki, apabila sudah selesai, pelatih akan menerima satu set 8 pelekat edisi terhad Pokemon dari Resorts World Genting di Pokemon Pop-Up Store. Misi yang berbeza akan berada di situ pada musim Krismas dan Tahun Baru Cina. Pelatih Pokemon boleh hadapi cabaran 'Catch 'em all' ini 2 kali !


Selain daripada tarikan Pokok Krismas dihiasi patung Pokemon, sebanyak 8 Pikachu bersaiz 'real-life' akan buat tarian yang comel di Level 1 Sky Avenue pada masa yang tertentu. Untuk Krismas, parade yang bertemakan musim sejuk yang luar biasa ini akan digabungkan dengan Santarina, Giant Xmas Ball dan Elves di atas 2 apungan mini. Untuk tahun baru cina pula, parade itu akan bertukar dengan sambutan merah dan emas 'raucous' yang akan memaparkan 8 pikachu menari dengan vibrant host.Persembahan di pentas Sky Avenue Times Square adalah impian setiap peminat kipas susaah mati Pokemon. Persembahan tersebut akan berlangsung pada masa dan tarikh ditetapkan.


Pokemon Pop Up Store berada di Level 3 di Sky Avenue Mall, kedai tersebut akan memaparkan beberapa karakter pokemon sebagai cenderahati premium dan kenangan yang dimport secara ekslusif dari Pusat Pokemon di Tokyo, Jepun. So untuk peminat Pokemon jangan lupa dapatkan cenderahati sebagai hadiah Krismas dan Tahun Baru Cina nanti tau. Di Vision City pastikan anda mengumpul semua TRETTA chips Pokemons dan tawaran terhad tretta chips dari Pokemon Pop-UP store. Siapa cepat dia dapat.


Pikachu


Karakter Pokemon yang ada di sekitar Sky Avenue Mall


Voltorb & Oddish


Clefairy 


Seadra


Genting Pokemon Festival akan berlangsung dari 1 Disember 2018 sehingga 28 Februari 2018 di Resorts World Genting.


Cleafable


Suhu yang sejuk di atas paras laut 6,000 kaki ni akan menjadikan sambutan Krismas yang paling meriah tahun ini di Resorts World Genting. Sambutan musim sejuk ala-ala magical ini akan menjadi sambutan paling Wonderful untuk tahun ini. Tahun ini Resorts World Genting menggunakan tema Mediterannean untuk sambutan Krismas iaitu Wintry Santorini di atas awangan awan dari 28 November 2018 sehingga 1 Januari 2019. Secara asasnya, di Kepulauan Santorini di Lautan Aegean dimana rumah-rumah berdindingkan salji, atap biru dan kincir angin adalah gambaran ikonik di Greece. Bahagian SkyAtrium di Sky Avenue Mall ini diinspirasikan dari Perkampungan Santorini didekorasikan dengan  lampu yang berkedipan dan pokok dipenuhi salji. Aroma biskut gingerbread dan rempah memenuhi udara dimana pengunjung dapat menerokai sendiri Genting Christmas Santorini Village dengan Christmas Treats dan turut dapat mencari hadiah Krismas yang penuh makna untuk keluarga dan kekasih hati dengan tawaran istimewa dan cenderahati dari Resorts World Genting dan rakan kongsi seperti Crabtree & Evelyn, Pandora, Taste of Asia, Love18, Tomei dan juga Lovely Lace.


Salji buih yang turun di kawasan Kampung Santorini ni.



Ais Krim gelato perasa buah-buahan asli.


Coklat bertemakan Krismas yang enak lagi sedap dengan rasa rempah dan beraroma.


Coklat paling cantik dan sayang nak makan haha.

Jangan lupa mengunjungi Resorts World Genting sempena musim Krismas tahun ini bersama :

  • Pokemon & Friends bermula dari 1 Disember 2018 sehingga 1 Januari 2019 akan bersama Santarina, Elves dan Pikachu berpipi merah.
  • Program untuk pelatih Pokemon menyahut cabaran.
  • Pokok Krimas dipenuhi patung dari karakter Pokemon dengan ketinggian 40 kaki.
  • Temui Santa Klaus dari 1 sehingga 25 Disember di kawasan Times Square setiap hari di musim perayaan Krismas.
  • 12 sehingga 25 Disember. Festival Melodi Timeles akan dibawa secara langsung dengan penuh magik.
  • 24 Disember 2018, Pikachu akan bersama dengan Santa Klaus serta rakan-rakan untuk countdown Krismas.
  • Tahun Baru pula akan dimeriahkan dengan bunga api di High Line dan pentas Symphony di Sky Avenue pada 31 Disember 2018.
Fiesta makanan sempena Musim Cuti Krismas dan Tahun Baru :
  • Rumah GingerBread akan menghidangkan Figura Gingerbread Krismas, lolipop Krismas, Coklat yang sedap, Biskut yang enak dan konfenti tradisi seperti Krismas Stollen, Krismas Yule Logs, dan kek Krismas. Hadiah untuk 'freshly-baked' Krismas juga akan berada di The Bakery Ground Floor di Hotel Genting Grand dari 28 November 2018 sehingga 1 Januari 2019.
  • Coffee Terrace menawarkan bufet festival RM55 nett untuk dewasa, RM28 untuk kanak-kanak semasa sambutan perayaan Krismas dan Tahun baru manakala untuk makan tengahari pula RM92 untuk dewasa dan RM46 untuk kanak-kanak. Menu Krismas dan Tahun baru di The Olive RM350 untuk seorang.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran musim cuti Krismas dan Tahun Baru di Resorts World Genting, sila layari : www,rwgenting.com atau sila dail : +603 2718 1118


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com