ezbuy 12.12 Kembali lagi, jadi ahli Prime untuk nikmati kos penghantaran RM8.80


Apa itu ezbuy ?

Untuk kaki shopping I percaya yang anda semua pasti tahu mengenai ezbuy. ezbuy ialah sebuah platform membeli-belah yang menawarkan barangan dan servis yang berkualiti untuk pelanggan yang setia. Paling menarik di ezbuy ialah tawaran servis seperti 'PRIME MEMBER,' 'Buy For Me,' dan pelbagai lagi. Anda boleh rujuk di pos I yang berkaitan di > sini < > retailer yang ada < dan > barangan yang menarik untuk dibeli di ezbuy <

ezbuy dimiliki oleh EZbuy Holdings Limited ini telah diasaskan sejak dari tahun 2010 lagi oleh sekumpulan entrepreneur yang berinspirasi yang menggunakan minda yang bijak untuk membawakan produk yang berkualiti dan langkah yang mudah untuk warga tempatan membeli belah di platform ezbuy ni.

Jangan tak percaya sebab ezbuy telah mempunyai pelanggan setia hampir 3 juta dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan juga Thailand dimana barangan berkualiti dijual dari negara Cina, USA, Taiwan , Korea dan tempatan untuk para pelanggan.

Sekarang nak membeli-belah tanpa pening kepala boleh sahaja layari ezbuy !



Berjimat-Cermat adalah nilai murni yang perlu diamalkan, jadi JOM BER'PRIME!'




Hey pasti ramai tertanya-tanyakan bagaimana pula dengan bayaran penghantaran, mesti ramai kata MAHAL yerlah barangan ditempah dari negara yang jauh seperti USA dan China. I sebagai seorang pelanggan yang pernah membeli di barangan kecantikan di ezbuy pernah mencuba 'trial sebagai Prime Member' di ezbuy selama beberapa hari untuk dapatkan kos penghantaran yang murah lagi berbaloi tak kira berapa banyak barangan yang I tempah di platfom ezbuy.

ezbuy prime ni ialah program langganan ahli untuk para pelanggan ezbuy yang telah mendaftar.

2 jenis ahli iaitu Prime lite ( 6 bulan ) : RM99 manakala Prime Annual ( 1 year ) : RM188. Langganan ahli ini membenarkan anda untuk menikmati tawaran dalam tempoh langganan.

Apa yang menarik bila jadi melanggan sebagai ahli Prime di ezbuy ?



Para pelanggan yang melanggan sebagai ahli Prime dapat menikmati kos penghantaran sebanyak RM8.80 tak kisah berapa banyak pun anda membeli setiap kali check out. Maknanya anda beli apa sahaja barangan yang anda berkenan tak kira mahal atau murah, ringan atau berat walaupun dari USA atau Cina anda tetap dapat bayar kos penghantaran pada harga RM8.80 dalam tempoh langganan.

Ejen SIFAR untuk ahli Prime. Anda tidak perlu membayar upah untuk ejen dan boleh membeli belah 24/7  dari proses tempahan, pembungkusan, pemeriksaan barangan dan lain-lain. Anda hanya perlu jadi ahli Prime sahaja untuk nikmati servis ini.


Percuma 42 permintaan Prime dengan menukar non-prime kepada RM8.80 paling BEST dapat promosi ekslusif termasuklah baucar hanya untuk ahli tahunan Prime sahaja.

Ada 'insurans cover' sebanyak RM2000 ke atas. Menjadi Ahli ezbuy prime anda akan dapat insurans untuk setiap bungkus barangan jika berlaku insiden yang tidak diingini seperti kehilangan barang, kerosakan ataupun produk mempunyai isu ketika pemeriksaan. Pampasan mengikut polisi servis 'buy-for-me.'

Perbezaan membeli barangan di ezbuy tanpa Prime dan dengan Prime


Kalau tanpa prime anda terpaksa menanggung kos penghantaran yang agak mahal mengikut saiz dan berat barang manakala dengan prime pula tak kira berapa banyak pun barangan anda beli walaupun berat anda tetap perlu membayar hanya RM8.80 sahaja upah penghantaran. Cuba tengok banyak tak beza kos di situ ?

Durasi Penghantaran


Durasi penghantaran pula untuk pelanggan Prime sebanyak 90% barangan akan dihantar melalui udara. Barangan yang berat seperti perabot, produk yang berat atau barangan yang dilarang dihantar melalui udara akan dihantar melalui laut. Tempoh anggaran masa barangan akan sampai akan diberitahu dan ezbuy sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik agar barangan yang ditempah akan tiba pada masa yang ditetapkan.

Penghantaran udara dalam tempoh 3-5 hari manakala barangan melalui penghantaran laut akan mengambil masa dari 16- 22 hari.

NAK JIMAT MASA sila langgan ezbuy ahli prime You all takkan rasa menyesal as I did before.

List Permintaan Prime/ Prime Wishlist



PRIME WISHLIST ialah produk 'non-prime' dari 150 laman sesawang di USA dan di Cina ke Prime dimana anda boleh 'check-out' barangan dari Cina dan USA pada masa yang sama dankos penghantaranbarangan dengan hanya RM8.80. Sebanyak 42 Prime Wishlist hanya ekslusif untuk ahli tahunan Prime ( 6 ketika pendaftaran dan 3 kali setiap bulan ). Nak tahu lebih lanjut mengenai Prime Wishlist, sila baca di > sini <

Dapatkan tawaran Penjimatan yang BERBALOI dengan menjadi ahli Prime


Dapatkan penjimatan terbaik dengan Prime sebab tiada upah ejen untuk ezbuy dan Prime manakala dengan Buy For Me kena bayar upah dengan ejen, lagi pun ianya selamat dan boleh dipercayai, boleh nikmati promosi yang berjalan dan hanya RM8.80 sahaja kos penghantaran tak kira berat, saiz dan kuantiti berbanding Buy For Me yang perlu bayar kadar kos penghantaran setiap 500g.


Perbezaan jika membeli sebuah sofa seberat 58.16KG di kedai tempatan, ezbuy tanpa prime dan ezbuy dengan prime. Jimat sebanyak RM517.20 jika anda membeli dengan ezbuy tanpa Prime atau anda perlu membayar harga kos yang agak tinggi jika membeli di kedai tempatan atau anda mahu penjimatan sebanyak RM617.20 jika menggunakan ezbuy dengan prime. Yang mana satu pilihan anda? Kalau I semestinya I sanggup menjadi ahli PRIME untuk penjimatan yang berbaloi dan servis yang tip top ditawarkan dari proses tempahan, pembungkusan, serta penghantaran !

Minta Bantuan pertanyaan di Chat Support



Tapi nak tahu lebih lanjut lagi mengenai ezbuy prime dan cara nak langgan, sila baca di > sini <
Servis Percubaan hanya RM18.80 untuk kali pertama, kalau masih tak pasti lagi jangan risau anda boleh tekan Chat Support tau.

PS : Menjadi ahli PRIME membolehkan anda untuk memberi barangan secara pukal dan hanya perlu membayar RM8.80 sahaja setiap kali 'check out; tak kira saiz dan berat bungkusan. Untuk menjadi ahli PRIME anda hanya perlu langgan dan bayar setiap tahun dengan hanya RM188. Servis akan aktif selama setahun dan anda boleh membeli tanpa perlu risau dengan berat dan saiz hanya RM8.80 sebagai kadar rata.

Tempoh percubaan untuk kali pertama selama sebulan anda perlu membayar RM18.80. Tujuan utama tempoh percubaan ini adalah untuk anda mempunyai pengalaman membeli di ezbuy dengan kos penghantaran yang jimat tak kira saiz dan berat barangan yang anda tempah di platfom ezbuy Malaysia.

Cara nak daftar servis PRIME :

  • Layari laman web : https://ezbuy.my dan tekan PRIME pada bar.
  • Daftar dan pilih servis PRIME sama ada (trial, lite, annual)
  • Pilih koleksi PRIME yang anda ingin beli
  • 2 pilihan sama ada dengan ezbuy atau prime jangan lupa tekan prime
  • Tambah pada cart dan buat bayaran.
Contoh buat macam KAK bellajamal.com ni : 





Menurut Kak bellajamal.com ni kos penghantaran antarabangsa untuk pembelian A ( beli dengan ezbuy ) ialah RM22.50 dan pembelian B ( beli dengan keahlian PRIME ) adalah RM8.80 sahaja ! Murah ke atau JIMAT ? Memang sangat berbeza tau dari segi kos tu.

Daftar sekarang di ezbuy dan juga sebagai ahli Prime !


Kali pertama membeli-belah di ezbuy, jangan lupa daftar terlebih dahulu dan nikmati RM15 baucar tunai dan 15% diskaun untuk kos penghantaran jika anda mendaftar di > sini < dan nikmati kos penghantaran yang berbaloi dengan menjadi ahli Prime (Untuk pelanggan baru sahaja).



Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com