A'kin Natural Australian Skincare tanpa 10 bahan kimia yang berbahaya


A'kin natural Australian Skincare ialah sejenis produk penjagaan kulit yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan paling penting mereka yang 'vegan' ataupun yang mahu sesuatu yang semulajadi dan selamat untuk kulit. I pula seorang yang amat gemarkan sesuatu yang semulajadi dan bebas dari bahan kimia yang berbahaya untuk jangka masa yang panjang.

A'kin bermaksud : 'Being to the way the skin behaves naturally' telah menjadikan produk ini sangat istimewa dimana mereka telah menggunakan prinsip ringkas iaitu suci, asli dan penjagaan kulit yang secara cantiknya beraromatik, direka khas tanpa parabens, sulfates, pewarna tiruan dan juga wangian. Kaya dengan ekstrak botanikal, A'kin dibentuk untuk menjadikan kulit kelihatan lebih bersih dan berseri dengan penggunaan bahan semulajadi.

A: 'Australian Made and owned' yang direka khas dan unik oleh ahli kimia botanikal
K: 'Kind to your skin and the environment' dimana bahan yang digunakan adalah anti-keradangan, tidak digunakan pada haiwan, vegan dan halal, pembungkusan yang boleh dikitar semula.
I: Ingredients : 'Pure, Nature and of the highest quality' bahan aktif botanikal memenuhi satu botol menggunakan proses pengekstrakan Co2, tahan lebih lama dan disokong penih oleh kajian klinikal.
N: 'No Nasties' tanpa parabens, sulfates, silicones, mineral oils, fillers, pewarna tiruan dan juga pengawet

Bahan Bahaya yang dimaksudkan seperti :
  • Silicones : sejenis plastik yang digunakan sebagai lapisan pada rambut dan kulit yang menghalang kebaikan meresap ke dalam kulit
  • Sulfates : Sejenis bahan yang mengakibatkan iritasi dan penghasilan minyak dari kulit dan kulit kepala.
  • Parabens : Sejenis pengawet yang tidak bagus untuk kesihatan dalam tempoh jangka masa panjang.
  • PEGS : Sejenis pemekat untuk membina formula yang mengandungi 'Dioxine' yang berisiko untuk kesihatan. 'Dioxane' ialah sejenis bahan pencemar yang digunakan di dalam kosmetik, pencuci baju, syampu rambut sebagai pelarut yang mampu mengiritasikan kulit.
  • Phthalates : Bahan yang berisiko tinggi diperbuat daripada plastik dan digunakan sebagai pelembut untuk formula yang fleksibel.
  • Minyak mineral : Bahan yang dihasilkan dari petrol sebagai lapisan menjadikan kulit tidak bernafas.
  • Synthetic Fragrances : Wangian tiruan yang boleh mengakibatkan alergik dan iritasi dari bahan yang dihasilkan.


Strategi Formula A'KIN dengan menggunakan 'ROCK Analogy' :
  • Pesaing : Produk semulajadi yang lain selalu menggunakan formula bahan aktif ( rujuk pada gambar batu yang besar ) dan memenuhi yang lain dengan cecair ( yang murah dan ringan ) dan hanya sedikit sahaja bahan aktif yang akan kena pada kulit.
  • A'kin : A'kin pula memenuhi formula bahan aktif ( rujuk pada batu besar ) dan dipenuhi dengan bahan aktif lain seperti ( batu kecil dan pasir ) yang memenuhi ruang dengan bahan yang berkualiti tinggi dan berkesan untuk kulit.


A'kin menggunakan kaedah pengekstrakan CO2 untuk memastikan bahan aktif yang dikeluarkan adalah Tulen yang bebas dari pelarut dan hanya tertumpu dengan nutrien aktif. Jadi seperti yang anda nampak pada gambar A'kin telah menggunakan sepenuhnya nutrisi yang ada dalam tanaman buah Roship.

Perbezaan minyak A'kin dengan kaedah pengekstrakan CO2 yang unik dimana ianya :
  • Menggunakan tahap optimum untuk mengekalkan keaslian : warna yang lebih pekat
  • Penggunaan suhu yang rendah untuk melindungi bahan yang sensitif dimana tiada kewujudan oksigen untuk menjadikan proses ini lebih stabil dan kurang pengoksidaan.
  • Mesra alam dan ianya tahan lama sehingga 3 tahun.
  • Hasil yang lebih berkesan dan efektif

Australian Certified Organic akan dipantau dengan prosedur yang terkawal, proses yang ketat untuk membuktikan dalam penggunaan organik, harus dipisahkan dari yang bukan organik dan penggunaan logo BUD ialah sebagai cop integriti.

Terdapat beberapa produk penjagaan kulit dari A'kin khas untuk kulit wajah antaranya :


A'kin cleansing Micellar water :
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Bahan yang digunakan adalah air kelapa orhanik dan teh hijau untuk menghidrat dan menyingkirkan solekan dan kotoran dengan lembut
  • Tak perlu cuci dengan air tapi kalau nak cuci pun boleh je
  • Harga : RM38.58




A'kin Purifying Gel Cleaner :
  • Berharga RM101.79
  • Gel pembersih yang mempunyai keseimbangan pH yang lembut yang dihasilkan dengan campuran Sandalwood, Orange Flower dan Witch Hazel
  • Formula yang tidak mengeringkan dan efektif untuk menyingkirkan minyak yang berlebihan, solekan wajah dan kotoran, dan meninggalkan kulit yang lebih bersih, berseri dan segar.
  • Gunakan 2 kali sehari sebagai salah satu rejim penjagaan kulit secara semulajadi.
Ps : Bagi I yang dah menggunakan gel pembersih ini lebih kurang 2 minggu lebih, gel ini I rasa sangat sesuai untuk kulit I yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif. Tesktur gel yang pekat dan berwarna seperti perang coklat akan menghasilkan busa yang tak begitu banyak dan busa yang bersaiz halus, I rasa ianya sangat bagus untuk membersihkan secara mendalam dalam liang pori yang tersumbat. Cuma menurut penerangan di dalam produk ianya boleh mencuci solekan, I rasa anda perlu buang solekan pada wajah terlebih dahulu dengan 'makeup remover' atau A'kin Cleansing micellar water sebelum menggunakan gel pembersih ni. 'So far I think it WORTH for my skin.' 'So glad that' I dapat peluang mencuba sendiri gel pembersih A'kin ni.

A'kin Nourishing Cream Cleanser & Toner : 
  • Pembersih wajah bertekstur krim yang sangat sempurna untuk kulit yang kering dan sensitif, diperkaya dengan Rose, Geranium, Shea Butter & Minyak Sesame untuk menjadikan kulit lebih lembut dan membuang kekotoran serta kulit yang dipelihara dengan baik, berseri dan hidrasi. Bahan aktif seperti Witch Hazel untuk membersihkan dan menjadikan tona kulit lebih sekata dalam satu langkah.
  • Berharga RM112


A'kin invigorating facial scrub :
  • Berharga RM101.79
  • Mendedahkan kulit nampak lebih sihat dan rasa yang lebih lembut dengan penggunaan pengelupasan yang sangat lembut dari A'kin's Gentle Exfoliating facial scrub.
  • Menghaluskan tekstur kulit secara lembut dengan menyingkirkan kotoran dan sel kulit mati dengan bantuan dari Fine Jojoba dan Corn beads.
  • Kaya dengan Witch Hazel dan Vitamin B5 untuk menenang dan jelas untuk kulit lebih berseri, lembab dan lebih lembut dari sebelum.


A'kin Hydrating Mist Toner :

  • Harga RM64.05
  • pH yang seimbang dan dicampur dengan air kelapa organik untuk menyejuk, menyegar dan menghidratkan kulit wajah.
  • Kaya dengan teh hijau untuk memberikan tona pada kulit wajah manakala chamomile bertindak untuk menenang dan melegakan kulit yang penat dan mengalami tekanan.
  • Tekstur seperti cecair yang mudah meresap tanpa meninggalkan kesan tidak selesa.
  • Boleh digunakan ketika waktu terik ketika bekerja atau didalam ofis bersuhu sejuk.
  • Aroma bau yang sangat 'natural' untuk kesegaran ketika rasa mengantuk.
  • Paling best boleh jadikan semburan sebelum dan selepas solekan atau sewaktu solekan untuk kekal lama dan elakkan kekeringan kulit.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.



6 jenis krim wajah A'kin (mengikut urutan dari kiri ke kanan) :
  • A'kin Replenishing antioxidant night cream
    -Untuk menghidratkan kulit pada waktu malam semalaman
    -Merangsang dan menggalakkan kelembapan kulit
    -Krim malam semalaman sangat bagus untuk menembus masuk ke dalam wajah yang diperkayakan dengan air kelapa organik dan vitamin E utuk memberikan khasiat dan menggalakkan kulit lebih sihat ketika waktu tidur manakala teh hijau pula membantu melindungi kulit melawan pencemaran dan kerosakan dari radikal bebas.
    -Harga : RM123.49
  • A'kin Calming day & night cream
    -Secara insentif untuk menghidrat dan melegakan kulit yang sensitif  dengan pelembab bebas fragran, diformulasi dengan chamomile, shea butter dan vitamin E yang akan menjadikan kulit sensitif rasa lebih lega dan lembab.
    -Sangat ideal digunakan pada waktu pagi dan malam sebagai rutin penjagaan kulit.
    -Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit yang mudah melepuh dan sensitif.
  • A'kin Line Smoothing Day Cream
    -Dibukti secara klinikal lebih dari 80% wanita mengalami pengurangan garisan halus dan kedutan pada wajah dengan menggunakan krim ini.
    -Secara semulajadi untuk mencerahkan, melindungi dan memulihkan kembali kulit dan melawan tanda penuaan.
    -Campuran bahan yang berkuasa seperti minyak Echium, camu camu dan vitamin C untuk mencerah dan tona warna kulit lebih sekata, menghidrat lebih intesif, melawan garisan, kedutan dan bintik penuaan agar kulit nampak lebih muda secara semulajadi.
    -Harga : RM123.49
  • A'kin hydrating antioxidant day cream
    -Bertindak sebagai penghidratan segera harian
    -menggalakkan dan merangsang kelembapan untuk kulit
    -Penghidratan yang unggul, krim siang yang pantas menyerap kaya dengan air kelapa organik khusus untuk memberikan nutrisi pada kulit manakala bahan seperti teh hijau pula membantu untuk melindungi kulit melawan pencemaran dan melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas.
    -Harga RM123.49
  • A'kin intense hydration day & night cream
    -Sangat bagus untuk memberikan nutrisi khasiat dan krim yang kaya dengan antioksida campuran Shea Butter disahkan organik, minyak roship, antioksida yang hebat untuk menyegar, memperbaiki dan menghidrat kulit secara lebih intensif.
    -Vitamin E dan Provitamin A bekerjasama untuk membantu melindungi kulit dari tanda penuaan untuk sepanjang hari.
    Gunakan pagi dan malam sebagai rutin penting dalam penjagaan kulit terutamanya kulit yang kering.
    -Harga RM125.38
  • A'kin firming night cream
    -Secara klinikal terbukti untuk meningkatkan keanjalan kulit dan tona yang sekata.
    -Krim malam ini membantu untuk menganjal dan menegangkan kulit untuk tekstur yang lebuh lembut, secara beransur mengurangkan garisan halus dan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit supaya nampak awet muda.
    -Digabungkan dengan Minyak Echium, camu camu, Vitamin C dan asid hyaluronik untuk menjadikan krim ini menghidrat kulit secara intensif dan menggalakkan penghasilan sel semasa waktu tidur supaya waktu bangun dari tidur kulit terasa lebih segar dan bertenaga secara semulajadi.
    -Harga : RM122.55
Ps : Keenam-enam krim A'kin ni yang I dah cuba selama 2-3 minggu ialah A'kin hydrating antioxidant day cream, yang ni really worth to try sebab tekstur yang sangat pekat pakai sikit je dah mampu melembabkan kulit seharian, tekstur krim ni juga mudah meresap ke dalam kulit tapi kena buat urutan tau lagi rasa lebih lembut dan rasa hidrat sepanjang hari, aroma semulajadi yang menenangkan, warna nampak macam merah jambu sikit. So far sangat membantu untuk kulit I yang kering dan sensitif. I pakai sebelum solek wajah and membantu solekan tahan lama dan nampak lebih glowing gitu. Sangat-sangat SUKA memang tak boleh skip sebagai salah satu krim kegemaran dalam rutin penjagaan kulit.



4 jenis minyak A'kin :

  • A'kin Weightless Rosehip Oil
    -Tidak berminyak, ringan dan pantas menyerap
    -Kulit lebih lembut dan hidrat
    -Membantu mengurangkan kemunculan ketidaksempurnaan kulit
    -Unik, ringan dengan campuran Minyak Roship Organik, sandalwool, macadamia dan abyssinian untuk menghidrat dan melembutkan kulit tanpa sisa baki yang berminyak dan melekit
    -Harga : RM123.49 untuk 20ml
  • A'kin Cellular Radiance Booster Oil
    -Terbukti secara klinikal untuk menggalakkan kulit agar lebih anjal dan bernutrisi serta melawan tanda penuaan yang semakin kelihatan
    -Diperkaya dengan 7 minyak organik disahkan dan ekstrak tumbuhan termasuklah roship, delima dan seabuckthorn untuk memulih dan meningkatkan keanjalan kulit.
    -84% diuji dimana tekstur kulit semakin bagus
    -65% mengalami peningkatan yang penting terutamanya daei segi keanjalan dan ketegangan kulit,
    -Harga : RM123.49 untuk 20ml
  • A'kin Certified Organic Rosehip Oil
    -Mengembalikan lembapan untuk memberikan memelihara dan menghidrat kulit
    -Membantu untuk mengurangkan kemunculan parut dan kesan rekahan
    -Kaya dengan antioksidan dan vitamin untuk melindungi kulit dari elemen kesan persekitaran yang tidak bagus untuk kulit.
    -Harga RM91.42 untuk 20ml
    -Harga RM123.49 untuk 45ml
  • A'kin Rosehip Oil with Vitamin C
    -Ditapis dengan Vitamin C dan minyak macadamia Australia
    -Mencerah, mencantikkan kembali tona kulit
    -Merawat masalah kulit akibat daripada kerosakan dari sinaran UV berbahaya, pigmentasi dan bintik penuaan
    -Tekstur yang ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit
    Harga : RM91.42 20ml



A'kin Untuk mata :

  • A'kin Correcting Eye Gel
    -Diperkaya dengan Teh putih, cornflower dan vitamin C
    -Menyejukkan bahagian mata, tekstur gel yang mudah menyerap, menyegar, mencerah di kawasan mata yang lembut.
  • A'kin Lifting Eye Cream
    - Menegang, mencerah dan menyuburkan kawasan mata yang lembut
    -Bahan seperti minyak Echium, camu camu, asid hyaluronik dan vitamin C untuk menengang dan melembutkan garisan halus dan keduitan serta mencerahkan kawasan bahagian mata.



Nampak tak beza tangan I selepas menggunakan produk A'kin dan yang tak pakai A'kin. Memang efektif walaupun pertama kali I pakai sewaktu bengkel haritu. So far dah nak masuk 3 minggu I memang suka and rekomen pada mereka yang nak guna produk organik dan bebas bahan kimia berbahaya.


Semasa bengkel berlangsung juga terdapat beberapa aktiviti yang menarik telah diadakan selain mendapatkan ilmu mengenai produk organik A'kin. Antaranya ialah menghasilkan seni dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan dan bunga.

So I berjaya mencipta wanita yang sedang beristirehat untuk melepaskan tekanan setelah seharian penat melakukan rutin harian. She deserved to get pampered ! I introduce to you all, Lady Bougenlower. #guardiangayasquad


Bagi yang berminat untuk mencuba produk A'kin jangan lupa dapatkan di Guardian Malaysia atau layari laman Facebook A'kin Malaysia dan Instagram @akin.malaysia

Bengkel #TABLETALK WITH A'KIN AND GUARDIAN MALAYSIA telah diadakan di :

Colony @ Eco City
Levels 18-20, Boutique Office 1 (B-O1-D), Menara 2, KL Eco City,
No. 3 Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur
Location Map (Next to LRT Abdullah Hukum)

www.syafierayamin.com