Puteri Harbour tawar Pakej Menarik untuk Musim Cuti Sekolah


🅹🅰🅳🅸🅺🅰🅽 pengalaman 🅲🆄🆃🅸 🆂🅴🅺🅾🅻🅰🅷 LEBIH 🅼🅴🅽🆈🅴🆁🅾🅽🅾🅺🅺🅰🅽 !


Cuti sekolah tahun ni memang tak seharusnya disia-siakan oleh ibubapa yang mempunyai anak-anak sebab waktu inilah anak-anak mempunyai masa terluang untuk mereka menerokai dunia tanpa sempadan. Apa kata kita sertai 'FAMILY FUN WEEKEND' pada 15 dan 16 Disember 2018 bermula dari 10 pagi sehingga 10 malam di Puteri Harbour attractions, Johor anjuran Astro, Fun Escapade yang buat pertama kalinya diadakan di luar Lembah Klang. Acara tahunan selama dua hari ini akan menampilkan konsert dan sesi bertemu peminat dengan watak-watak popular seperti Didi & Friends, Omar & Hana, Cam & Leon dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga pelbagai akiviti menarik untuk disertai anak-anak dan ibu bapa.

Dear Astro,
= ● 。● =
memandangkan anak lelaki I peminat setia Thomas & his Friends manakala anak perempuan I peminat setia Sanrio Hello Kitty, 'please grant our wishes' untuk berpeluang menerokai dunia kartun yang popular dalam dunia kanak-kanak menjadi suatu realiti. I sebagai seorang mama memang teringin nak anak-anak I menyertai kemeriahan dan keseronokan sambil menyanyi serta menari bersama-sama karakter kegemaran mereka di Konsert Mini Fun Escapade. Semoga peluang yang diberikan akan menjadikan pengalaman yang sangat bermakna buat anak-anak I.




🅿🅰🅺🅴🅹  🅼🅴🅽🅰🆁🅸🅺  🆈🅰🅽🅶  🅳🅸🆃🅰🆆🅰🆁🅺🅰🅽 !

Untuk memberikan pengalaman yang menyeronokkan, penuh bermakna serta boleh dijadikan sebagai kenang-kenangan untuk anak-anak, maka dengan ini Puteri Harbour telah menawarkan harga Pakej yang menarik untuk seisi keluarga menikmati kegembiraan ini iaitu :

  • Pakej Keluarga Play4Fun : RM418 

     4 Tiket untuk pass 'Two-Park'
     Satu(1) x RM10 Baucar makanan dan minuman
     Satu(1) x RM10 Baucar Runcit/'retail'
     Satu(1) x RM38 5R Baucar cetakan Foto
     Dua(2) x Pasport Fun Escapade PERCUMA (Cabaran yang berjaya diselesaikan, anda akan menerima Dua(2) x barangan edisi terhad Astro Fun Escapade.
     Empat(4) x Pas VIP PERCUMA @ Konsert Mini Fun Escapade
  • Pakej Berkembar Fun2Play : RM269

    2 Tiket untuk pass 'Two-Park'
     Satu(1) x RM10 Baucar makanan dan minuman
     Satu(1) x RM10 Baucar Runcit/'retail'
     Satu(1) x RM38 5R Baucar cetakan Foto
     Dua(2) x Pasport Fun Escapade PERCUMA (Cabaran yang berjaya diselesaikan, anda akan menerima Dua(1) x barangan edisi terhad Astro Fun Escapade.
     Empat(2) x Pas VIP PERCUMA @ Konsert Mini Fun Escapade
Pakej ini termasuklah aktiviti yang menarik seperti :
  • Persembahan Muzikal yang menampilkan watak-watak terkenal seperti Omar & Hana, XTY Tong Tong, Cam & Leon serta Didi & Friends.
  • Pasport Fun Escapade akan disediakan untuk seisi keluarga menyertai 15 aktiviti terbaru di Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town.
  • Baucar makanan dan minuman serta baucar cetakan foto.
  • Paling menarik seisi keluarga juga akan menerima barangan edisi terhad Fun Escapade dan Baucar untuk membeli-belah.
Antara 15 Aktiviti Menarik Menanti Anda ialah :
  • Level 1 - Hello Kitty Town

    👻Hello Kitty Puzzle-d Me Up
    👻Can You Balance?
    👻Your Wish Is Granted
    👻Oz-Land Escapades
    👻Guess The Ingredients
  • Level 2 - Meet Our Other Characters

    👻Watch Mini Concerts and Answer Quizzes
    👻Angelina Ballerina Dance Off
    👻Team Building with Bob
    👻Walk and Flap like a Pingu
    👻Guess The Voice
  • Level 3 - Thomas Town

    👻Knapford Station Memory Game
    👻Maze Runner
    👻Choo Choo The Train
    👻View From The Top
    👻Find Me






So, apa anda tunggu lagi, jangan lepaskan tawaran menarik yang ditawar untuk musim cuti sekolah ini. I dah siap sedia nak beli tiket bawa keluarga I ke sana. Tiket juga boleh dibeli di Puteri Harbour pada hari acara berlangsung. Untuk maklumat lanjut atau nak beli tiket, sila layari : www.kidxy.com/puteriharbour atau dail 1 300 88 FAMILY (326459)

ADDRESS:
SANRIO HELLO KITTY TOWN & THOMAS TOWN, Puteri Harbour,
Persiaran Puteri Selatan,
Puteri Harbour, 79000 Iskandar Puteri,
Johor Darul Ta’zim, Malaysia

Tentang Tema Tarikan RESORTS & HOTELS SDN BHD

Tempat Tarikan Resorts & Hotels Sdn Bhd adalah syarikat induk pelaburan yang diperbadankan untuk membangun, mengurus dan mengendalikan tarikan destinasi dan perhotelan.

Ditubuhkan oleh dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad, TAR&H yang berfungsi sebagai pemangkin bagi industri riadah dan pelancongan dengan membawa hotel premier bertaraf dunia, pusat peranginan, padang golf dan tarikan ke rantau ini.

Portfolio pelaburan semasa terdiri daripada Pantai Desaru - destinasi premium resort bersepadu, LEGOLAND® Malaysia Resort - LEGOLAND keenam di dunia dan yang pertama di Asia, KidZania Kuala Lumpur & KidZania Singapore - sebuah pusat pendidikan dan hiburan tertutup, Puteri Harbour Precinct Retail - kompleks hiburan keluarga yang menampilkan gaya hidup, SANRIO HELLO KITTY TOWN - yang pertama di luar Jepun, Thomas Town - sebuah taman tema indoor seperti Thomas & his Friends®, Hotel Jen Puteri Harbour berhadapan dengan taman air yang mewah Puteri Harbour, Iskandar Puteri, pemenang Anugerah The Datai Langkawi dan Kelab Els pertama di Asia Tenggara - The Els Club Malaysia, terletak di dua destinasi yang menakjubkan - The Els Club Teluk Datai dan The Els Club Desaru Coast.

Bekerjasama dengan rakan kongsi jenama global dan tempatan yang terkenal, TAR & H bertujuan untuk menjadi peneraju Leisure & Kumpulan Pelancongan membawa destinasi bertaraf dunia ke Asia Tenggara serta mewujudkan lebih banyak 15,000 pekerjaan.



Mengenai Astro

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) adalah syarikat pengguna dan utama Malaysia di TV, OTT, radio, ruang digital dan perdagangan dengan peningkatan kehadiran ASEAN.  Syarikat itu telah berkhidmat untuk 23 juta individu dalam 5.6 juta isi rumah, atau 76% rakyat Malaysia isi rumah, 16.9 juta pendengar mingguan di radio, 7 juta pelawat unik di digital platfom Astro dan 1.5 juta pembeli di Go Shop.

Astro Fun Escapade adalah acara tahunan untuk keluarga menikmati persembahan, aktiviti dan permainan semasa cuti sekolah. Ia membawa keluarga bersama di mana Ibu bapa & kanak-kanak
dapat menikmati  keistimewaan untuk bertemu &  menyapa watak kartun yang diminati seperti Didi & Rakan-rakan, Omar & Hana, Cam & Leon dan banyak lagi wataknya lain secara realiti. Tambahan pula, mereka dapat menebus hadiah premium edisi terhad secara eksklusif.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com