10 Variasi COLAB Dry Shampoo dilancarkan di Selfie Museum


Trendi masa kini iaitu membersihkan rambut tanpa menggunakan air disambut baik oleh mereka yang sibuk dengan aktiviti harian masing-masing. COLAB Dry Shampoo ialah sejenis penyembur untuk menghilangkan minyak pada rambut dengan hanya menyembur pada bahagian kulit kepala malahan 10 pilihan aroma haruman juga turut memberikan rambut lebih wangi dan nampak segar walaupun tidak sempat dicuci di awal pagi.

Pelancaran di Selfie Museum adalah menepati tema dimana manisan bersaiz besar telah melengkapi setiap variasi COLAB Dry Shampoo. Bagi yang masih belum tahu, COLAB Dry Shampoo telah memenangi anugerah di United Kingdom yang telah direka oleh pasukan yang mahir dalam dunia kecantikan termasuklah blogger antarabangsa iaitu Ruth Crilly dan baru-baru ini  COLAB telah berada di Malaysia dan dijual secara ekslusif di Guardian Malaysia dan Sogo.

Syampu kering ini membantu untuk mengnyahkan minyak dan kotoran tanpa perlu basahkan rambut malahan penggunaan syampu kering ini membolehkan kita gayakan dengan meng'volume'kan dan nampak lebih bertekstur. Selain menyegarkan rambut dalam aktiviti yang sibuk ianya juga sesuai untuk mereka yang jenis nak cepat atau 'on-the-go.' Jadi kesimpulannya, semua wanita boleh menikmati syampu kering berformulasi pantas menyelesaikan masalah ini dengan hanya menyembur di bahagian kulit kepala untuk penyerapan minyak tanpa risau akan sisa putih.

COLAB ialah 100% bebas kekejaman dan mesra vegan. Setiap botol mempunyai isipadu sebanyak 200ml dan direka  dengan rekaan yang menarik, ceria, trendi dengan 10 variasi sesuai untuk semua jenis rambut sama ada rambut yang sudah diluntur atau diwarnakan.

10 Variasi COLAB Dry Shampoo ialah :


Colab Dry Shampoo - Tropical : 'Carnival Vibes' dan 'sunset sweet,' nenas dan aroma betik.


COLAB Dry Shampoo - Candy : Faktor WOW respons pantas dengan 'playful vibe' dan aroma gula-gula yang manis.


COLAB Dry Shampoo - Fresh : 'Mermaid Vibe' a beach chic, lemon and neroli scent. Ooh La La!


COLAB Dry Shampoo - Fruity 'Cheeky Vibe' dengan aroma haruman jus yang enak, epal dan melon.


COLAB Dry Shampoo - Extreme Volume : Memberikan 'plumping powder' yang pantas untuk membersihkan kotoran.


COLAB Dry Shampoo : Original - 'Too cool For school vibe' dengan aroma haruman yang sejuk, bergamot dan ros.


COLAB Dry Shampoo - Unicorn : Seperti di dunia fantasi yang menuk magik dan mistik, aroma seperti pelangi seperti di alam fantasi.


COLAB Dry Shampoo - Active : Bahan aktif yang membantu melindungi dan merapikan rambut.


COLAB Dry Shampoo - Good Vibes : Memberikan rambut dengan faktor WOW yang pantas dengan 'laidback vibe' dan aroma buah-buahan yang manis.


COLAB Dry Shampoo - Mermaid : Ala-ala 'Mermaid Vibe' dengan aroma haruman 'notes of citrus,' 'orange flower' dan 'patchouli.'


Setiap COLAB Dry Shampoo dijual dengan harga yang berpatutan iaitu antara RM32.92 sehingga RM37.64.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.colab-hair.com
Facebook : Colab Dry Shampoo
IG : @colabhairmy

#ColabMy #LoveIsInTheHair #GuardianMalaysia

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com