3 hari 2 Malam di Hotel Avillion Cameron Highlands


Hotel Avillion Cameron Highlands

Hotel Avillion Cameron Highlands merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang berada di lokasi pusat bandar di Tanah Rata. Akses mudah untuk ke sini dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Terdapat 4 jenis bilik yang disediakan iaitu :

1. Superior Studio 35.4 m square
2. Deluxe Studio 45.6 m square
3. 2 Bedroom Suite 72 m square
4. 2 Bedroom Premium Suite 85 m square

Dan bilik yang keluarga I stay sepanjang percutiaan 3 hari 2 malam kami di Cameron Highlands ialah 2 Bedroom premium suite 85m per kaki. Memang luas, besar dan sangat sesuai untuk seisi keluarga yang lebih dari 4 orang. So far servis memang TIP TOP ! Majlis pelancaran Hotel Avillion dilancarkan secara besar-besaran di > sini <

Perjalanan kami dari Hulu Langat ke Tanah Rata Cameron Highlands mengambil masa dalam 3-4 jam dan kami mengambil laluan dari Tapah.

Cameron Highlands merupakan sebuah tempat percutiaan yang menyeronokkan jika pada waktu Isnin hingga Jumaat tapi hari waktu puncak atau waktu Sabtu dan Ahad I rasa I akan tidur sahaja dalam hotel hehe. Bagi yang dah selalu ke Cameron Highlands - umum mesti tahu sini lah syurga sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bunga yang cantik serta subur dengan suhu yang sejuk membuatkan jiwa rasa tenteram dengan suasana yang menyegarkan disini.


Jalan 2 hala di Cameron Highland ni akan dipenuhi dengan peniaga-peniaga di sepanjang perjalanan ataupun tempat yang menarik untuk tangkap gambar.


Kemudahan yang disediakan di Hotel Avillion Cameron Highlands


Hotel Avillion Cameron Highlands mempunyai kemudahan yang I rasa lengkap sebab ada Maybank, MR DIY, NEWS, Old Town White Coffee dan macam-macma lagi kedai di bawahnya. Nak Shopping dalam tu boleh, Guardian pun ada kalau nak beli barang keperluaan, so far harga pun sama je macam Kuala Lumpur dan murah juga. Jadi memang tak rasa asing bila berada di Cameron Highland... Tempat nak basuh baju pun ada cuma RM7 untuk basuh RM7 untuk kering tapi paling best staff dekat situ tolong lipatkan sekali baju tau.. nanti dia hantar kat bahagian checj in check out je nanti..


Point yang I berdiri ialah halaman di tengah Hotel Avillion Cameron Highland, di sini tak ada kolam renang, kalau ada I sudah tentu tak nak berenang ahaha.. tapi halaman ni ialah bahagian playground khas untuk kanak-kanak, tapi I pergi waktu Disember 2018 jadi hujan je kalau waktu petang. Kalau nak kasi anak-anak main di playground ni waktu lepas breakfast okay hee.


Yang ini bahagian 'receptionist' di bahagian level bawah.



Bahagian check-in dan check out di ruangan lobi Avillion Cameron Highland.


Butang lif bangunan - G ialah pintu masuk, Lobi Hotel di Tingkat 3 - dari tingkat 3-5 ialah bahagian kediaman untuk tetamu yang berkunjung.


Room Tour 2 Bedrooms Premium Suites

Dari lobi tingkat 3 kami nak ke bilik kami di tingkat 5..


View dari bilik kami : A-5-3 so bolehlah nampak bangunan lain dan pemandangan sampai ke hujung bukit yang dipenuhi dengan apartmen dan perumahan..


2 bilik premium suite yang kami stay ni ada 2 bilik 1 katil bersaiz King dan 1 lagi bilik ada 2 katil bujang, suite ni ada 2 bilik air, ada dapur dan ruang tamu, so far memang sangat selesa sebab ruang yang besar dan luas ni buat mak ayah I happy gila, dorang rasa selesa dengan saiz 76.7-86m per kaki ni.. dalam bilik ni dia ada sediakan sofa dan meja makan, time tu perlawanan bola, jadinya mak ayah I tak keluar lah, I je yang keluar lepak-lepak dengan kawan-kawan waktu malam tu hahaha..


Bagi I konsep yang digunakan sangat moden, minimalis, tak messy dan warna yang digunakan seperti kelabu lembut I rasa macam taste ala-ala Christian Grey pula dah ahahhaa... So far I rasa orang yang jenis tak suka benda serabut memang patut stay di Avillion Cameron Highland sebab I yakin mesti kena dengan jiwa korang..


Bilik air ada 2 jadi tak ada isu untuk berebut bilik air tapi I pelik dengan emak I, ada pula dia mandi dekat bilik air kitaorang padahal dalam bilik dia dah ada bilik air, kelakar betullah mak I ni, tuala yang disediakan pun agak banyak memang cuku-cukup untuk 4 orang...  syampu, sabun mandi, losyen badan, putih kapas, berus gigi, tutup kepala, plastik sanitari pun disediakan, so tak ada alasan tak gosok gigi kalau tertinggal berus gigi dirumah ya.. ahahah..


Katil saiz KING dan katil bujang seriously sangat empuk dan selesa, tapi waktu malam memang I tak pasang kipas Ya Ampun kemain sejuklah waktu pagi-pagi tu.. so far memang tidur sangat nyenyak dan selesa.... sampai anak I tak nak bangun dari tidur.. Lol... almari pun jenis simple dan minimalis.. I rasa memang tak banyak perabot tu sebab bilik-bilik rasa lebih luas dan selesa untuk tidur malam..

Menu makan pagi, makan tengahari & makan malam di Hotel Avillion Cameron Highlands

Selama 3 hari 2 malam di Hotel Avillion Cameron Highlands benda yang I taknak SKIP atau MISS ialah makanan yang disediakan oleh pihak hotel, of course food is life for me.. nak pula cuaca di Cameron Highlands buat kita jadi LAPAR LAH !


Malam tu juga kami dihidangkan dengan STEAMBOT err memang sangat sesuai makan panas-panas dengan suasana suhu sejuk di sini. Steambot kali ni ada makanan laut, sayur-sayuran dari Cameron Highlands, bebola ikan, telur, mee hoon dan mee kuning.


Muka masing-masing Happy lepas dah makan setelah kelaparan satu hari.. hehe


Breakfast hari kedua kami berada di Hotel Avillion Cameron Highland.. buka seawal 7 pagi tutup seawal 10 pagi, I bangun lewat tapi lagi 15 minit dah nak tutup, sempatlah menikmati hidangan pagi-pagi paling penting air kopi memang meletop, I suka sangat sebab kena dengan taste I. I suka juga kentang bentuk smiley tu sebab comel sangat la..


Sewaktu di majlis pelancaran tengahari, makanan lagi SEDAP ! Ada kerabu strawberry, dan tetamu yang hadir dapat satu tin serbuk teh.. menu memang not bad sebab ada pecal, kari daging, spaghetti dan macam-macam lagi.. tapi memang colorful lah menu tu dengan sayur-sayuran yang enak lagi crunchy..


Makan malam hari kedua pula ialah course set meal.. ada 4 jenis menu pilihan.. ikan asam pedas mak lampir, silver blue fish & chips, spaghetti bolognese dan grilled chicken chop.. dessert buah-buahan and miniuman chilled fresh orange.. apa pun menu malam tu membuatkan kami sekeluarga kekenyangan.. Alhamdulillah..


Menu makan pagi hari terakhir di Hotel Avillion Cameron Highland, banyak tak kami ambil ? Banyak-banyak pun tetap licin habis tau, caranya simple je ambil dalam kuantiti yang sedikit tapi semua menu lah untuk merasa... tapi paling sedap roti sapu butter...  kopi tu paling penting... eh tetiba pula mata masuk habuk rindu nak makan pagi di sini.. rindu dekat mak ayah I.. bukan selalu bawa famili jalan jalan jauh bercuti lepas dah berkahwin ni.. next I nak bawa lagi mak ayah I pergi sini lagi.. heeee..


Menu pagi terakhir yang enak tapi tak dapat nak merasa semua lebih lebih lagi pau hijau pau merah jambu tu.. hee...


Taman ni kami tangkap di sebelah Hotel Avillion Cameron Highland je, rupanya sini homestay la... ingatkan nursery memang cantik sangat bunga-bunga disini..

Apa pun thanks for baca tau..
hopefully ada rezeki kami lagi untuk berada di sini pada masa akan datang..

Avillion Cameron Highlands terletak di Jalan Camelia, Tanah Rata Cameron Highland,Pahang, 39000, Malaysia. Sila hubungi hotel +605 5000 333 atau layari : http://www.avillioncameronhighlands.com/

Mengenai Avillion Hotel Group Sdn Bhd

Kumpulan Hotel Avillion merupakan anak syarikat milik penuh Avillion Berhad, sebuah kumpulan kembara, hotel dan hartanah bersepadu yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia. Kumpulan ini mengendalikan rangkaian hartanah mewah di seluruh negara. Sejak penubuhannya pada awal tahun 1990-an, pengalaman dan minat kumpulan dalam mengonsepkan, merekabentuk, membina dan mengurus seni bina dengan penuh unik.

Kumpulan Avillion Hotel mengendalikan rangkaian resort pantai, hotel dan spa di Malaysia, masing-masing dengan personaliti dan suasana tersendiri. Ini terdiri daripada Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove, Avillion Legacy Melaka, Avillion Cameron Highlands, Avillion Villa Cinta dan aVi Spa. Avillion Port Dickson mempunyai seni bina yang telah memenangi anugerah, pengadunan individualisme dan personaliti dalam persekitaran semula jadi.


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com