Sebuah parti Krismas bertemakan Harry Potter telah dianjurkan oleh Resort World Genting bagi menyambut 300 kanak-kanak kurang bernasib baik



Turut serta memeriahkan acara tahunan itu termasuk persembahan silap mata, penyanyi Queenzy dan Dora The Explorer.

Genting Highlands, 14 December 2018 - Ianya merupakan hari yang penuh magis dan kemeriahan bagi 300 kanak-kanak kurang bernasib baik yang berasal daripada 10 rumah kebajikan yang berkumpul menyambut parti Krismas bertemakan Harry Potter, dianjurkan oleh Resort World Genting. Bertepatan dengan perkongsian penuh kasih sayang di hari Krismas, kanak-kanak ini dibawa menikmati makan tengah hari bertemakan Krismas yang indah, diikuti persembahan magik serta persembahan nyanyian dan tarian oleh Dora the Explorer LIVE! Search For The City of Lost Toys (Pencarian Bandar Mainan yang Hilang).

Hari dimulakan dengan ketibaan kanak-kanak ini di Resort World Genting yang dingin dan nyaman, di mana ketibaan mereka disambut sendiri oleh Santa Claus. Mereka kemudian dibawa ke Coffee Terrace di Genting Grand yang atmosferanya telah diubah suai menjadi sekolah magik bagi ahli sihir iatu Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry, khas untuk acara yang bakal berlangsung. Sementara kanak-kanak ini mendapatkan manisan daripadan

Puan Seri Cecilia Lim, mereka dihiburkan oleh Santa dan ahli magis yang berpakaian seperti karakter daripada buku siri Harry Potter. Merupakan tetamu terhormat, Puan Sri Cecilia Lim merupakan isteri kepada pengerusi Genting Group dan juga eksekutif kumpulan, Tan Sri Lim

Kok Thay. Beliau dan VIP-VIP lain dari Resorts World Genting mengambil masa beramah mesra dengan kanak-kanak yang hadir. Letusan konfeti emas menandakan permulaan parti, di mana Puan Seri Cecilia kemudian menjemput rakan-rakannya menaiki pentas untuk menyanyi “We wish you a Merry Christmas” dan “Joy to The World”. Tamat persembahan oleh beliau, pengacara majlis seraya mengumumkan makan tengah hari telah sedia terhidang, membenarkan kanak- kanak yang hadir menjamu selera diiringi dengan lagu-lagu Krismas yang tak luput ditelan masa. Kesemua tujuh stesen di dalam Coffee Terrace diserbu oleh kanak-kanak yang hadir dengan penuh teruja, di mana Puan Seri Cecilia dan rakan-rakannya turut serta membantu di stesen di sebelah barat. Kekaguman dan kegembiraan jelas terpancar di muka mereka tatkala mereka terlihat pancuran coklat, pondok bertih jagung dan ais krim, aneka pencuci mulut dan makanan terhidang di depan mata mereka.

Berasal daripada 10 rumah kebajikan - Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Sivananda Boy’s Home, Sivananda Home Kuala Kubu Bahru, Rumah Victory Children and Youth Home, Shepherd’s Centre Foundation, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary KL, Lobe Eternity Charity Association, Angels Children Home, Rumah Keluarga Kami, Agathians Shelter - segenap ruang dipenuhi dengan hilain dan gelak tawa kegembiraan mereka sepanjang waktu makan.

Mereka kemudiannya dihiburkan oleh pelajar dari GAPS Studio - yang telah menyediakan 6 jenis tarian dan persembahan nyanyian yang berbeza bagi acara ini. Majlis diteruskan dengan persembahan tarian daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary KL dan Angels Children Home. Selesai dengan acara tarian, ahli magis mula mengambil tempat bagi berkongsi persembahan bertemakan Harry Potter mereka yang bersifat interaktif, membenarkan kanak-kanak yang hadir turut serta. Usai segala persembahan dan hidangan, sensasi nyanyian Malaysia, Queenzy dijemput naik bagi memeriahkan acara dengan sesi tarian dan nyanyian. Berlatarbelakangkan lagu rancak, Queenzy menjemput Puan Seri Cecilia, sahabat handai dan kanak-kanak untuk menari dan berhibur bagi meraikan kemeriahan majlis Krismas.

Selepas puas berseronok, kehadiran Santarina membawa kantung berisi hadiah berjaya mencuri perhatian kanak-kanak yang hadir. Hadiah-hadiah di dalam kantung diambil daripada senarai permintaan yang dibekalkan oleh Resort World Genting. Dari patung Barbie, permainan papan, basikal dan kasut sukan, kelengkapan uniform sekolah serta buku sekolah, setiap daripada hadiah ini berjaya memberikan senyuman buat kanak-kanak ini.

Sebuah beg berisi baju Resorts World Genting dan barangan alat tulis jenama Faber-Castell turut diberikan kepada kanak-kanak yang hadir. Pengalaman Krismas tidak akan lengkap tanpa sebarang hadiah.

“Apa yang kita lakukan pada hari ini adalah untuk mereka (kanak-kanak kurang bernasib baik) kerana mereka mewakili potensi dan kemungkinan tanpa batasan bagi masa depan kita. Mereka adalah generasi seterusnya”, ujar Puan Sri Cecili Lim. “Ini merupakan musim memberi, dan kami di Resorts World Genting mahu memastikan bahawa kanak-kanak ini tidak ketinggalan bagi meraikan kemagisannya, dan diberikan alat untuk membakar semangat mereka untuk berjaya. Harry Potter menghadapi kesusahan di waktu kecilnya, dan dia tetap membesar menjadi salah seorang ahli sihir terulung bagi generasinya. Wujud kemungkinan bagi kanak-kanak ini untuk berjaya dan kami ingin memberi segala bantuan yang terdaya untuk memudahkan perjalanan mereka”.


Selepas sesi fotografi, kanak-kanak yang hadir kemudian dibawa ke Genting International Showriim bagi menonton sensasi ekstravaganza musikal Dora the Explorer LIVE! Searh For The City of Lost Toys (Pencarian Bandar Mainan yang Hilang). Menampilkan hero pujaan ramai kanak-kanak, produksi menceritakan tentang pertualangan Dora dan rakan-rakannya tatkala mereka mengeksplorasi ke sebuah bandar misteri untuk mencari patung beruangnya yang hilang, Osito. Wakil Resorts World Genting kemudian mengucapkan selamat tinggal kepada kanak-kanak yang hadir, yang semestinya akan mengingati pengalaman Krismas ini sebagai pengalaman Krismas terunggul yang mereka pernah lalui sepanjang hidup mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com