Parti Krismas Merah Jambu The Butterfly Project X Althea 2018

Ahli Parti Butterflies yang terlibat dalam Crime-PINK-scene !


As you all know, The Butterfly Project X Althea baru-baru ni telah mengadakan sebuah parti Krimas bertemakan merah jambu sempena sambutan Krismas tahun 2018 di ChubbeeCloud. Seperti biasa pengasas Tammy Lim tidak pernah mengecewakan kami dengan IDEA yang brilliant lagi penuh MAGICAL yang pasti selalunya akan meninggalkan seribu satu kenangan yang manis. Lebih kurang 30 BEAUTIFUL rama-rama ( senior dan junior ) hadir untuk memeriahkan parti kali ni.

Antara gambar-gambar kenangan yang boleh didapati di > sini <


 Cabaran Yang Harus Dilaksanakan


Like I said parti anjuran The Butterfly Project bukan parti biasa-biasa tapi penuh dengan keseronokan serta magikal sebab banyak cabaran menarik yang harus disahut dimana setiap rama-rama WAJIB 'participated' untuk dapatkan hadiah AWESOME tajaan penuh oleh Althea Korea my.althea.kr

Dalam parti ni rama-rama yang hadir digalakkan untuk terbang ke awan untuk menjelajahi setiap sudut dalam ChubbeeCloud dari pintu masuk hinggalah ke bahagian belakang sekali. 

Cabaran Pertama yang I selesaikan ialah permainan 'CLAW MACHINE.' Dalam ni ada pelbagai produk yang ditawarkan dari Althea antaranya ialah 'trial set, deluxe item dan macam-macam lagi.


Setiap rama-rama akan diberi 5 token untuk 1 game. I 5 token 5 kali I gagal sebab 'I am such a noob' kalau main 'claw machine' ni but I diberi peluang sekali lagi untuk dapatkan another 5 tokens tapi kena post gambar I di 'machine claw' ni dalam personal Instagram dengan 'preferred hashtag.'


Finally I made it, tadaaa menang 1 botol 'deluxe size' Althea Milk Peel. Baca my post about this product > here <


Cabaran kedua pula ialah 'Xmas Insta Corner!' Bahagian ni terdapat sebuah 'bath up' yang dipenuhi dengan hadiah dan kotak Althea 'printed in Xmas Themed.' Bahagian ni juga ada patung teddy berwarna merah jambu, belon Althea gergasi dan juga pokok Krismas. Ruangan ni sememangnya 'instagrammable' angle tau. Surely followers akan 💓double-tap💓 bila gambar macam ni lalu dekat timeline dorang. heheheh. Once pose dah cantik, lepas tu post dalam IG with preferred hashtag*


Cabaran ketiga ialah Magical Candy Cart, ruangan ni terdapat dessert dan pastry colorful ala-ala unicorn wonderland. Ambil gambar secara kreatif di ruangan ini dan post in IG with preferred hashtag*


Once cabaran dah selesai then ticked all settled, berikan kad cabaran tadi pada elves yang bertugas, then setiap rama-rama akan menerima sebuah kotak marshmallow yang di'personalized' dan juga boleh redeem 1 palet eyeshadow.


Tadaaaa, yang ni la marshmallow yang ada muka sendiri, but but errr, it's already inside my tummy... so Fluffy guys.. macam kunyah awan je.. ha ha ha... i didn't feel guilty makan wajah sendiri even my son chewed it like a giant already.. hahaha..

Makanan & Minuman yang Penuh Warna & Kemanisan


Demi menepati tema yang ala-ala pink wonderland ni, makanan dan minuman pun penuh dengan warna-warni sampai rambang mata untuk memilih yang mana berkenaan, kalau boleh semua I nak rasa sebab semuanya 'mouth-salivary' betul. Haha. Siapa kata makanan dan minuman tak boleh nampak comel and cute rasa sayang je nak makan tau haha.


Setiap rama-rama diberi pilihan untuk makanan dan minuman. Menu yang ditawarkan ialah Cold-Brew Tea ( Ros atau teh hijau ), Mermaid vanilla milkshakes, magical milkshake, hot chocolate with marshmallow, Kimchi toast dan Brown sugar boba bomb toast.


I pilih Mermaid Vanilla Milkshakes, cold-brew tea ros, kimchi & brown sugar boba bomb toast. First time I minum minuman yang cute yang penuh warna warni dengan kaki ikan duyung, rasa dia manis-manis creamy gitu, sampai part milkshake dia dah kurang manis, so far memang tasty dan balance. Kimchi toast dia sedap sebab ada ayam and rasa rempah-rempah tu not bad juga. Tapi yang brown sugar boba bomb toast tu agak unik dan pelik, hahaha sebab bentuk dia macam pearl dalam milkshake tu, tak sangka boleh jadi inti roti bakar.


Pastry ala-ala unicorn wonderland di Althea Candy Cart ni disediakan secara Cantik, kreatif, 'pastelly-colored' dan magikal oleh ChubbeeCloud dan Ask Joey. Terima kasih sebab tanpa pastry ni pasti 'less-sweet' parti ni nanti. 💓

Gambar Kenangan jangan dilupakan


Parti bertemakan merah jambu ini juga tidak akan sempurna tanpa kenangan, so that why wujud photobooth dari Tagbooth khas untuk 'Althea Christmas Sticker'.  Paling best lepas dah tangkap gambar, then kita boleh personally decorated dengan emoji bertemakan xmas seperti stokin, gambar loceng dan kata-kata ucapan dekat gambar kita sendiri tau.Gambar yang 'printed-out' nanti boleh simpan dalam photobook atau hang it dekat dinding. suggestions only*

Best-dressed untuk tema Kismas Merah Jambu


Rama-rama yang hadir hampir semuanya cantik, manis, ala-ala princess gitu but congratulations to these 3 butterflies ( Cindy Tong, Lia Hasty & Ayu Jean ) yang menepati tema Krismas. Pemenang membawa pulang 'holographic bag filled with Althea Exclusive products + Althea Credits' !!!

Althea ada Produk Baru !!


Produk penjagaan kulit wajah dari Althea semakin lama semakin bertembah mengikut 'demand,' dulu skincare, sekarang kosmetik, tak sabarnya nak tunggu cleansing oil, highligter, lipstick dari Althea !!


Adil tak jika I letak semua produk Althea dalam as a TOP 1 my skincare routine sebab 'almost of each item' sangat berkesan dan efektif untuk kulit I. So far so good terutamanya contour cleanser membantu membersihkan kotoran dan minyak berlebihan pada wajah I - paling best ada 'micro thingy' dapat 'exfoliate' sel kulit mati secara halus dan lembut. Milk Peel pula sejenis pembersih bertesktur tanah liat bersusu bila disapu pada wajah menghasilkan buih yang banyak tanpa perlu urut pun, wajah sangat fresh dan bersih lepas 'rinsed with water.' Real Fresh Skin Detoxer hadir dalam 2 jenis iaitu 'Rose' dan 'Green Tea.' Kedua-duanya bertindak seperti topeng wajah tapi hanya 10 saat sahaja, lepas tu waktu bilas dengan air ianya bertukar seperti pembersih muka dan kulit rasa lebih lembut, lembab dan licin bila disentuh. Primer Water pula bertindak sebagai penyegar dan dan primer, bertekstur cecair yang pekat apabila sampai ke kulit pantas meresap tanpa meninggalkan rasa yang melekit, kulit rasa lembab dan tidak kering langsung. Fixer Cream pula sejenis krim pekat yang membantu melembabkan kulit hampir 24 jam, ianya juga bertindak untuk mengunci lembapan setelah bersihkan wajah dengan 'contour cleanser' dan 'primer water.' Selain tu Althea juga hadir dengan Althea Petal Velvet Sunaway & Petal Velvet Powder serta produk terbaru iaitu 'pore purifying serum cleanser' dan juga 'flawless creamy concealer' dengan 4 tona warna.

ALTHEA FLAWLESS CREAMY CONCEALER


Althea Flawless Creamy Concealer ni hadir dengan 4 tona warna mengikut kulit Asia yang sesuai untuk semua jenis kulit iaitu #01 Vanilla, #02 Ginger, # 03 Ginger dan #04 Honey. Kandungan seperti Aquaxyl untuk menjadikan kulit selembut baldu dan lembab sepanjang penggunaan. Pigmentasi penutup cela ni mempunyai 'high coverage' untuk menyamarkan lingkaran gelap bawah mata, bintik-bintik hitam dan putih serta parut lama pada wajah. Paling BEST ianya tahan lama tanpa meninggalkan rasa melekit dengan 'MATTE-FINISH.' Tekstur yang mudah untuk 'di blend' tanpa kesan comot. 'Scent' dia bau ala-ala damask rose sama macam Althea Petal Velvet Sunaway. Actually I rasa MUA boleh gunakan keempat-empat warna pada satu wajah untuk hasilkan teknik highlight dan contouring. Boleh block moisture Althea Flawless Creamy Concealer dengan Petal Velvet Powder untuk nampak lebih 'matte-finish' dan segar sepanjang hari tanpa cela.

Althea Flawless Creamy Concealer tengah ON SALE sekarang ! Beli 1 percuma 1 dekat > sini < !! Go Grab yours, harga dia VALUE OF Money ! Sebab hanya RM15 je walaupun formula Tip Top !



I tamatkan entri dengan goodies I bawa balik dari Parti Krismas Merah Jambu The Butterfly Project X Althea 2018, semuanya I punya Favorite ! Thanks Althea for these ! I suka keychain traditional clothes Korea tu sebab dalam tu ada kopi, kuat betul aromanya nanti I nak letak dalam 'cosmetics drawer' I, heee..

Thanks The Butterfly Project & Althea Korea, I totally had FUN masa Parti haritu sebab I dapat jumpa rama-rama and bonding balik semula sebab bukan selalu dapat jumpa, kalau setahun tu dua tiga kali je rasanya :(

Apa pun, I wish all the best for all of you, Semoga Sukses selalu !


I hope to see you GUYS next year once again. Cant wait ! :)

Xoxo,
Syafiera :)

1 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com