|RESULT| 5 Minggu dengan Siri Klasik Zephyrine


5 Minggu dengan Siri Klasik Zephyrine

Hi you all, I'm back again dengan RESULT selama 5 minggu I guna siri klasik Zephyrine ni. Menjadi seseorang yang memiliki masalah kulit kering, sensitif dan berjerawat I yakin you all mesti nak tahu sama ada siri klasik Zephyrine ni mampu nak rawat masalah yang I alami atau tidak. So far so GOOD, hampir 5 minggu I tak skip tempek wajah I dengan Zephyrine rose essence treatment dan Zephyrine white truffle repairing cream.


Disebabkan I pakai setiap hari selama 5 minggu dah nak hampir separuh botol dah isi yang tinggal. Serious I katakan esen ni mampu mengurangkan rasa sensitif pada kulit I jika berlaku iritasi atau jerawat yang cuba naik bila menstruation period. I tak nak over-claimed this Siri Klasik Zephyrine sangat hebat dan bagus tapi so far I dapat rasa kulit I lebih lembut and glowing.

Pengenalan produk Zephyrine boleh baca dekat > SINI <


Zephyrine Rose essence treatment lotion

Zephyrine Rose essence treatment lotion ni ialah sejenis cecair yang lebih baik dari penggunaan penyegar sebab losyen ni menyerap dalam kulit lebih pantas dan memperbaiki masalah kulit dari dalam. Selepas I cuci wajah I, I terus tuang pada tangan dan dab.. dab dekat wajah I.. I noticed selama 5 minggu berturut-turut I pakai, kulit wajah I nampak lebih berseri. Liang pori yang besar semakin mengecil, kulit semakin cerah. heee.

Paling best waktu siang dia buat solekan I nampak lebih kemas, nampak lebih flawless tanpa cakey ! Malam pula dia jadi skin-calmer. Bangun pagi nampak kulit still hydrate ! :)

Pros :
  • Cepat menyerap ke dalam kulit
  • tak ada kesan berminyak atau belenggas
  • bau ROS yang sangat wangi dan lembut
Cons :
  • Botol saiz besar nak bawa pergi travel ( last time I bawa travel, botol saiz ni juga) next time kena transfer dalam saiz botol kecil hehehehhe. But I love the botol :( such a dilemma. 

Zephyrine White Truffle Repairing Cream

I sangat rekomen untuk yang betul-betul nak rawat masalah kulit sensitif boleh cuba sapu krim ni sebab sedikit sebanyak dia membantu untuk menstabilkan masalah kulit sensitif serta melembab dan melembutkan kulit wajah I.

I sapu setiap malam sebelum tidur lepas dab dab wajah I dengan Zephyrine Rose essence treatment lotion dan rutin penjagaan kulit yang lain. Memang susah nak skip sebab dah terbiasa kan.. Waktu siang I sapu satu lapisan sahaja manakala waktu malam I sapu lebih sedikit sebab waktu malam selalunya tempoh untuk kulit berehat.



Setiap kali pemakaian I perasan krim ni dari bentuk tekstur berwarna putih bila sampai ke kulit dia macam pecah jadi macam sapu air pada wajah. Seronok je tau bila dia spreaded macam tu sambil tu sambil urut perlahan-lahan sampai meresap ke dalam kulit. Pagi-pagi bila bangun kulit nampak lembab dan garisan halus semakin lama semakin pudar. Liang pori nampak lebih better than before. Parut jerawat I makin lama makin samar. hehehehhe.

Walaupun produk ni sesuai dengan kulit I yang sensitif, I harap you all yang nak cuba dapatkan sampel terlebih dahulu untuk uji kesesuaian sebelum guna tau.

So far Zephyrine white truffle repairing ni sangat berkesan untuk masalah kulit I alami.



Zephyrine Placenta Extract Repairing Mask

Zephyrine Placenta Extract Repairing Mask ni pula dalam 1 kotak ada 3 keping. I pakai seminggu sekali. Masa awal-awal macam takut nak pakai yer lah placenta ? I was imagining placenta yang I lahirkan anak-anak I dulu tapi selepas DM Messenger dari Zephyrine sendiri mereka kata mereka gunakan ekstrak placenta dari lembu. Tapi trust me masker ni sangat best sebab dia buat kulit I sangat lembut, bila tekan dia jadi bouncy-bouncy gitu.  Muka nampak lebih lifted. Garisan halus dan kedutan macam nak tak nak nampak dah. 

Kulit I sensitif, kering dan berjerawat once upon a time ago tak rasa teruk dah bila guna produk dari Zephyrine ni. Kalau you all perasan tona warna kulit I lebih sekata walaupun masalah parut berlubang tak fully heal. I'll keep continue guna produk Zephyrine ni sebab so far membantulah juga rawat masalah kulit I and I totally sesuai guna produk ni, that's why I suka.



Kulit I dari bulan September sehingga Oktober guna Zephyrine daily. Hee. I puas hati dengan kulit I sekarang ni sebab tak rasa pedih macam before setiap kali naik jerawat baru hehe.

Zephyrine menggunakan produk berkualiti premium, diuji dengan medikal kecantikan, ada sijil dari SGS, tiada bahan yang terlarang, tiada alkohol, tiada pewarna tiruan, tiada kandungan logam/ silikon dan tidaj pernah diuji pada haiwan.

Sebelum nak guna produk Zephyrine sila cuba di bahagian telinga atau pergelangan tangan untuk uji alahan. Kalau ada naik bengkak ke gatal kan sila jangan guna ya. Rujuk pada pakar dermotologi.

Apa pun kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai produk Zephyrine Siri Klasik atau yang lain, sila layari : https://www.zephyrine.com.my/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com