Siri Klasik Zephyrine khas untuk penjagaan kulit sensitif dan alahan


Bagi yang mempunyai masalah kulit sensitif dan mempunyai alahan anda kemungkinan besar berminat untuk mencuba sendiri siri klasik produk penjagaan kulit dari Zephyrine. Selain untuk kulit yang ada alahan, Zephyrine juga mempunyai siri penjagaan kulit khas untuk mencerah, anti-penuaan, pelembab dan pembersih yang telah menjadikan jenama ini memberi fokus pada segment siri penjagaan kulit yang lembut tanpa meninggalkan kesan sampingan seperti iritasi.

Formulasi professional dan bahan yang mewah telah digunakan oleh Zephyrine dalam mencipta produk terbaik untuk kulit wajah sama ada khas untuk lelaki dan wanita. Bagi yang masih belum mengenali produk ini, Zephyrine telah diasaskan sejak dari tahun 2011 lagi.

Produk penjagaan Zephyrine boleh dijadikan sebahan produk penjagaan kulit harian tanpa rasa ragu-ragu kerana bahan yang digunakan adalah bahan yang mewah, diformulasikan secara proffesional tanpa bahan kimia yang berbahaya tapi lebih banyak menggunakan bahan semulajadi yang secara efektifnya berkesan untuk lelaki dan wanita Asia.

Antara produk yang terbaik dari Zephyrine ialah dari siri klasik iaitu 1 Rose Essence Treatment Lotion, 4 White Truffle Whitening Cream dan 6 Placenta Repairing Mask. Sebenarnya yang paling menarik hati I ialah Siri Klasik nombor 6 ni iaitu Placenta Repairing Mask sebab ini adalah kali pertama I menggunakan placenta dalam rutin penjagaan kulit harian.

Memandangkan I mempunyai masalah kulit berkombinasi dan berjerawat, I found that Zephyrine mempunyai produk yang bersesuaian untuk masalah kulit yang I alami. I akan berikan masa dalam tempoh sebulan untuk menggunakan siri penjagaan klasik dari Zephyrine ni. I punya first impression pada awal-awal tengok siri klasik ni ialah packaging dalam bentuk botol kaca, I knew that bahan digunakan memang very ekslusif dan mewah terutamanya rose essence treatment lotion dan juga white truffle repairing cream.


Zephyrine Rose essence treatment lotion 

Zephyrine Rose essence treatment lotion digunakan setelah membuang solekan dan wajah dicuci bersih dengan pembersih wajah. Kenapa bukan penyegar digunakan setelah wajah dibersihkan ? Menurut Zephyrine penyegar dan losyen adalah dua benda yang berbeza dimana penyegar adalah langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit yang boleh melembabkan kulit dan menyingkirkan sel kulit mati manakala losyen pula lebih baik dalam penyerapan dan menembus ke dalam kulit dengan lebih cepat. Ianya mengaktifkan sistem memperbaiki yang boleh menstabilkan kulit wajah.


Zephyrine Rose Essence treatment lotion ni amat popular dikalangan instagrammer, bila I cek produk ni tak sangka orang yang terkenal dan 'beauty influencers' suggested untuk gunakan esen ni sebagai langkah untuk melembabkan wajah sebelum menggunakan solekan supaya solekan kekal dan tahan lebih lama tanpa menjadikan kulit kering serta sangat bagus untuk melembabkan kulit yang sensitif.

Mengikut kajian sebanyak 97% yang merasakan kulit mereka semakin lembab, 94% lebih lembut dan 93% lebih cerah kerana Zephyrine menggunakan teknologi micromolekul yang boleh menembus masuk ke dalam kulit dengan lebih cepat, meningkatkan 10x ganda imuniti dan stabiliti dengan 20x ganda penyerapan dari esen untuk memperbaiki kulit wajah.


Tekstur seperti cecair yang sedikit likat dengan haruman aroma bunga ros yang lembut bukan sahaja memberikan kebaikan pada fizikal malahan dapat memberikan emosi yang lebih tenang dengan aroma yang harum selain dapat menjadikan kulit lebih tampak bermaya dan sihat.

Bahan utama yang ada dalam Zephyrine Rose Essence treatment lotion ni semestinya adalah rose hydrosol water iaitu sejenis air dari bunga mawar yang membantu untuk meningkatkan kelembapan kulit, mengimbangi status kulit dan melegakan kulit sensitif. Manakala ekstrak mutiara pula dapat membantu mengawal bintik-bintik akibat pigmentasi dan mencerahkan kulit dari luar dan dalam.

Bahan lain yang terdapat didalam Zephyrine Rose Essence treatment lotion ini juga adalah seperti delima merah yang kaya dengan vitamin untuk mencerah dan memutihkan kulit, ekstrak kobbalah untuk melembab dan mengaktifkan kulit, ekstrak aloe pula bertujuaan untuk melembab secara lebih mendalam dan meningkatkan mengekalkan air didalam kulit manakala allantion pula memperbaiki dan menjana semula sel kulit.

I yang baru pertama kali mencuba Zephyrine Rose Essence treatment lotion ni dapat rasakan kulit lebih PLUMPY bila disentuh, dan lebih lembab serta rasa hidrasi walaupun setelah 3 jam penggunaan dari pagi sehingga tengahari. Nanti I kongsikan result wajah I selepas 30 hari penggunaan dengan Zephyrine Rose Essence treatment lotion in the next post okay ;)


Zephyrine White Truffle Repairing Cream 

White Truffle Repairing Cream ialah langkah keempat dalam siri klasik Zephyrine. Krim yang boleh memperbaiki masalah kulit terutamanya yang alami iritasi dan sensitif. Penggunaan yang kerap dan lama dalam tempoh 4 minggu dapat membantu untuk menstabilkan kulit sensitif dengan secara semulajadi. Bila kulit sudah stabil kulit yang beriritasi sangat mudah untuk kelihatan lebih sihat kembali.

Formula songsang esen ekslusif ini  melibatkan hasil penciptaan selama 7 tahun telah mendapat kelulusan dalam ujian kestabilan lembapan sensitiviti yang secara ajaibnya membolehkan fungsi memperbaiki kulit wajah yang sensitif supaya bertindak dengan lebih baik.


White truffle ialah sejenis kulat yang dikenali sebagai makanan yang terutama di Eropah yang sangat mudah ditemui dimana-mana di Italy yang selalunya berada di bawah tanah berhampiran beberapa inci dari akar pokok oak dan hazelnut serta merupakan bahan utama yang ada dalam White truffle repairing cream ni. Ianya mampu meningkatkan abiliti kulit untuk proses perbaiki kulit secara sendirian dan meningkatkan lembapan.

Pitera juga dikenali sebagai bahan yang ekslusif dan mewah dari ekstrak yis mampu mengaktifkan sel kulit, meningkatkan keanjalan dan menegangkan kulit. Kandungan anti-oksida dan lembapan yang tinggi dapat membaik pulih kerosakan kulit terutamanya kulit yang sensitif. Protin gandum pula boleh lindungi kulit dari sinaran UV berbahaya dan mencerahkan kulit. Aloe vera boleh meningkatkan stabiliti kulit dengan lembapan secara mendalam. Allantion bertindak mengelupaskan sel kulit mati selain menjana sel kulit baru. Lembapan akan dikunci dan kulit semakin anjal dengan adanya bahan seperti hyaluronik.


Cara nak guna dia kena suamkan dengan tangan untuk penyerapan yang bagus kemudian sapu secara lembut untuk mengejutkan kulit wajah untuk lebih cerah dan nampak lebih terbentuk. Tekstur krim yang berwarna putih ni seperti gel air yang sangat lembut apabila disapu pada kulit dan mula pecah umpama sebaran air dan menembus masuk ke dalam kulit dengan meninggalkan kesan lembapan yang segar tanpa rasa melekit namun kulit tetap terasa lebih lembut dengan haruman yang sangat mild. White truffle repairing cream ni sangat bagus untuk diamalkan setiap hari untuk stabiliti kulit lebih kuat terutamanya kulit yang sensitif. I sangat rekomen bagi yang mengalami kemerahan dan dan iritasi pakai krim ni.


Zephyrine Placenta Extract Repairing Mask

Yang inilah salah satu produk yang sangat istimewa dari Zephyrine sebab ianya menggunakan ekstrak placenta... protin placenta, haha, first thought I am wondering placenta from source mana kan ? Don't worry guys, placenta yang digunakan ialah ekstrak dari cattle/lembu iaitu bahan utama dalam topeng wajah ni khas untuk kekalkan keanjalan dan menghidrasikan kulit. Mengurangkan melanin dan bintik hitam selain dari mencerahkan ianya buat kulit wajah tampak lebih berseri.

Bagi yang gemar makan oat, dalam ni pun ada tau. Oat sangat kaya dengan vitamin E untuk kekalkan penghidrasi kulit. Memperbaiki, menjana serta meningkatkan keanjalan dan menegangkal kulit wajah.


Penggunaaan topeng wajah sangat penting untuk mengembalikan kelembapan, mencegah penuaan dan kulit kusam. Semua masalah ni dapat dirawat dengan penggunaan Zephyrine Placenta Extract Repairing Mask untuk merawat kekeringan, kerosakan dan iritasi kulit. Penggunaan yang kerap boleh menstabil, mencerah dan sekatakan tona kulit. Seaweed atau dikenali sebagai rumpai adalah bahan yang boleh menyingkirkan sel kulit mati dan mengetatkan kembali kulit wajah terdapat juga di dalam topeng wajah ini.


Kepingan topeng wajah ini sangat selesa dan telah mendapat kadar undian paling tinggi di Jepun kerana ianya tinggi dengan lembapan. Menutup hampir setiap kawasan di wajah terutamanya bahagian mata dan hidung serta kadar penyerapan yang sangat tinggi sehingga 120%.

Apa pun I baru sehari mencuba produk dari Zephyrine Siri Klasik 1,4, dan 6. I akan kembali dengan kulit wajah I setelah penggunaan produk ni selama 1 bulan, okay ?

Zephyrine menggunakan produk berkualiti premium, diuji dengan medikal kecantikan, ada sijil dari SGS, tiada bahan yang terlarang, tiada alkohol, tiada pewarna tiruan, tiada kandungan logam/ silikon dan tidaj pernah diuji pada haiwan.

Sebelum nak guna produk Zephyrine sila cuba di bahagian telinga atau pergelangan tangan untuk uji alahan. Kalau ada naik bengkak ke gatal kan sila jangan guna ya. Rujuk pada pakar dermotologi.

Apa pun kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai produk Zephyrine Siri Klasik atau yang lain, sila layari : https://www.zephyrine.com.my/


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com