FORMULASI BAHARU MAXILIP DOUBLE LAYER LIP BALM MENAWARKAN PERLINDUNGAN BERGANDA BUAT BIBIR



FORMULASI BAHARU MAXILIP DOUBLE LAYER LIP BALM MENAWARKAN PERLINDUNGAN BERGANDA BUAT BIBIR

Ditawar dalam Dua Varian untuk Bibir yang lebih Anjal, Penuh, Kelihatan Muda

Adakah anda sedang mencari pelembap bibir untuk mengatasi masalah bibir anda dengan berkesan? Anda tidak perlu mencari lagi kerana Mentholatum baru sahaja memperkenalkan Maxillip Double Layer Lip Balm dengan formulasi baharu! Dengan manfaat antipenuaan, Maxilip direka dengan formula terbaharu untuk memberikan bibir perlindungan berganda dan memastikan bibir kelihatan muda, lebih anjal, dan lebih penuh.


Ditawarkan dalam dua varian, iaitu Firming Q10 + Pomegranate Balm Lip Balm dan Brightening Caviar + Hyaluronic Acid Lip Balm, Maxilip adalah apa yang anda perlukan sebagai antipenuaan, mencerahkan, dan melembapkan bibir anda. Maxillip Firming Q10 + Pomegranate mengandungi khasiat penganjalan dan anti-penuaan, sementara Brightening Caviar + Hyaluronic Acid Lip Balm menyasar kepada mereka yang ingin mencerahkan dan menampilkan bibir yang munggil. Dengan satu oles sahaja, Maxillip Double Layer Lip Balm membantu melembapkan bibir, menjadikannya terasa lembut dan anjal sepanjang hari!



Maxillip Firming Q10 + Pomegranate Lip Balm

Bimbang akan garis-garis halus di bibir anda? Firming Q10 + Pomegranate Lip Balm ini wajib ada dalam beg anda! Balsem bibir dua lapisan ini berfungsi dengan berkesan untuk melicinkan garis halus, mencerahkan bibir serta memberikan lembapan berpanjangan! Bila dioles, bibir kelihatan lebih anjal, lebih munggil dan lebih muda. Setiap lapisan diformulasikan dengan bahan-bahan berikut:

Lapisan dalam – Mengandungi Manfaat Antipenuaan & Penganjalan

  • Mengandungi Minyak Biji Delima yang tinggi antioksidan untuk menghidrat & menghidupkan kembali bibir, menghasilkan bibir yang licin dan sihat sementara Coenzyme Q10 membantu melicinkan garis-garis halus untuk bibir yang kelihatan lebih muda.
  • Menggabungkan Hilurlip ™ dari Sepanyol - bahan yang mengembalikan bentuk, menganjalkan dan meminimumkan garis menegak bibir; Ekstrak propolis dari Perancis dan bahan Maxillip ™ lain untuk membantu menganjalkan bibir.

Lapisan Luar – Mengandungi Manfaat Lembapan
  • Lapisan luar balsem bibir ini mengandungi 3 jenis Seramida, Squalene, antioksidan semula jadi serta pelbagai Minyak Botani Asli yang membantu memulihkan dan menguatkan penghalang kulit untuk penghidratan bibir yang mendalam dan tahan lama.
  • Bebas pewangi dan pengawet, lembut walaupun pada bibir sensitif.

Maxillip Brightening Caviar + Hyaluronic Acid Lip Balm

Sekiranya bibir yang kelihatan kusam dan kering menjadi masalah, Brightening Caviar + Hyaluronic Acid Lip Balm ini sangat sesuai untuk anda! Sementara lapisan luar balsem membantu melembapkan bibir, lapisan dalam balsem dirumuskan dengan Kaviar dan Asid Hyaluronik untuk mencerahkan dan mengembalikan bentuk bibir yang penuh. Setiap lapisan balsem mengandungi yang berikut:

Lapisan Dalam – Mencerahkan dan Mengembalikan Kemunggilan Bibir
  • Diperkaya dengan Kaviar yang kaya dengan protein, vitamin, dan mineral untuk meningkatkan keanjalan kulit dan mencerahkan bibir kusam.
  • Diperkaya dengan ekstrak Hilurlip ™ dan Propolis dari Perancis sebagai tambahan kepada ramuan Maxillip ™ yang diformulasikan khas yang menyumbang pada bibir yang lebih anjal dan lebih munggil.
Lapisan Luar – Contains Moisturizing Properties
  • Lapisan luar balsem bibir ini mengandungi 3 jenis Seramida, Squalene, antioksidan semula jadi serta pelbagai Minyak Botani Asli yang membantu memulihkan dan menguatkan penghalang kulit untuk penghidratan bibir yang mendalam dan tahan lama.
  • Bebas pewangi dan pengawet, lembut walaupun pada bibir sensitif.

Maxillip Double Layer Lip Balm BAHARU juga dapat digunakan sebagai :
  • Asas solek - Ia menyediakan bibir anda untuk sebarang produk pewarna bibir yang anda mahu pakai seterusnya
  • Pelembap bibir setiap hari - Ia memberikan penghidratan yang mendalam dan berpanjangan pada bibir
  • Masker bibir - Ia membantu melembapkan dan melicinkan garis-garis halus di bibir
Alami bibir yang lebih anjal, penuh, dan awet muda lagi dengan Maxillip Double Layer Lip Balm dengan formulasi baharu! Dapatkan sekarang di farmasi besar di seluruh negara dan juga di Shopee, Hermo dan Lazada dengan harga RM19.80 (3.8g).

Mengenai Syarikat Mentholatum

Syarikat Mentholatum, diasaskan pada tahun 1889 sebagai pengilang dan pemasar produk dadah
tanpa-preskripsi dan produk penjagaan kesihatan. Beribu pejabat di Orchard Park, New York,
Amerika Syarikat dan beroperasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand,
Malaysia, Hong Kong, Mexico, KoreaSelatan,P.RChina,IndiadanJepun.Pengilangannya beroperasi di
26 lokasi di seluruh dunia dan pemasaran/pengedaran di lebih 150 buah negara. Secara dasarnya,
syarikat ini sudah pun berusia 99 tahun, dan dimiliki oleh Rohto Pharmaceutical Company Ltd. di
Osaka, Jepun pada 1988. Rohto berperanan penting dalam pasaran farmaseutikal Jepun dengan
mencatatkan penjualan produk terlaris untuk kategori penjagaan mata, kelegaan perut dan topikal.
Sejak 1889, Syarikat Mentholatum telah membangun dan berkembang daripada hanya sebagai
pembekal sabun dan bahan pembersihan diri kecil-kecilan sehinggalah bergelar syarikat bertaraf
antarabangsa, yang memasarkan bahan perubatan berkualiti ke seluruh negara. Rangkaian produk
Mentholatum mengecapi reputasi tinggi untuk kualiti dan nilai di Amerika Syarikat dan di kebanyakan
negara-negara lain seluruh dunia. Setiap produk keluaran Mentholatum dijual dengan jaminan
kepuasan tanpa syarat.
Jenama di bawah Mentholatum: Hada Labo, Sunplay, Rohto Eye, Mentholatum Lipcare, OXY, Selsun
Deep Heating Rub, 50 Megumi.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com