HADA LABO TAMBAH RAWATAN TERBAHARU RANGKAIAN KOUJI POWDER WASH, TIGHTENING & HYDRATING GEL


HADA LABO TAMBAH RAWATAN TERBAHARU RANGKAIAN KOUJI POWDER WASH, TIGHTENING & HYDRATING GEL - Hada Labo Kouji adalah rahsia Kejelitaan Abadi Semulajadi

Rangkaian tambahan Hada Labo KOUJI yang terbaharu adalah bukti komitmen jenama berkenaan dalam menawarkan penjagaan kulit terbaik kepada penggunanya dengan sentiasa menaik taraf produk yang ditawarkan. Rawatan KOUJI Treatment Powder Wash dan Tightening & Hydrating Gel baharu, melengkapi rangkaian sedia ada bagi memberikan penghidratan intensif, memperbaiki garis halus dan meningkatkan seri kulit agar lebih mulus, muda dan berkilau bak kristal.

Bahan utama rangkaian ini, KOUJI, ditemui hasil misteri tangan pembuat sake tradisional Jepun yang kekal lembut dan muda. KOUJI, diperbuat daripada pati beras Jepun yang ditapai yang kaya dengan bahan pelembap semula jadi, asid amino, seramida, peptida, vitamin dan mineral.Dikenali kerana kesannya yang berpanjangan ke atas kulit, KOUJI juga membantu dalam memperbaiki garis halus di samping membuatkan kulit bersinar secara semula jadi.

KOUJI atau bijirin ajaib, berasal daripada penapaian beras Yamada Nishiki, turut dikenali sebagai raja sake beras. Ia adalah rahsia kulit muda berseri. KOUJI mengandungi:
  • Protein Beras Hidrolisis Molekul Tinggi yang menghalang penyejatan kelembapan daripada kulit.
  • Protein Beras Hidorolisis Molekul Rendah yang menembusi jauh ke dalam lapisan kulit seterusnya memerangkap lembapan menjadikan kulit tampak muda, lembut dan terhidrat.
  • Pelbagai Bahan Pelembap Semulajadi seperti vitamin, ceramida, asid amino, mineral dan peptida yang sama-sama berfungsi untuk memberikan penghidratan yang unggul, memperbaiki garis-garis halus dan mencerahkan warna kulit agar tetap cerah berseri.
  • Rangkaian Hada Labo KOUJI diformulakan khas untuk pengguna yang mahu mengekalkan kulit muda berseri. Ia sesuai untuk mereka yang berusia 20-an yang ingin mula menggunakan produk antipenuaan ke dalam rutin harian mereka pada usia lebih awal.Mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan produk antipenuaan pada usia muda boleh membantu dalam jangka masa panjang. Ia bebas daripada wangian, warna dan mineral. Selain daripada DUA tambahan terbaharu itu, rangkaian KOUJI termasuk Cleansing Foam, Treatment Essence, Treatment Cream dan Treatment Mask. Bagi mendapatkan hasil diinginkan, Hada Labo mencadangkan regim penjagaan kulit di bawah:


Hada Labo Kouji Treatment Enzyme Powder Wash (BAHARU) 

Menghasilkan buih yang banyak dan lembut, serbuk enzim ini disuntik ke dalam serbuk pembersih yang mengelupaskan keratin, bintik hitam dan kulit mati. Serbuk pembersih ini mencegah kulit daripada terasa tegang selepas dibersihkan dan ia membantu produk penjagaan kulit seterusnya menyerap dengan lebih baik. Kulit terus terasa bersih, lembut dan cerah. Bagi pembersihan liang lebih mendalam, tambah sedikit air bagi mendapatkan kesan pengelupasan lebih kuat. Sekiranya anda lebih suka buih yang lebih padat, tambahkan lebih air untuk proses pengelupasan yang lebih lembut.


Hada Labo Kouji Tightening & Hydrating Gel (BAHARU)

Sapukan krim gel pelembap yang ringan. Ia tidak meninggalkan kesan melekit dan menyerap dengan mudah ke dalam kulit. Ia juga kaya dengan pati daun beras terhidrolisis yang membantu mengekalkan kulit tegang.

Sementara itu, pati beras Jepun (yang diperbuat daripada asid amino, ceramida, peptida, vitamin dan mineral) membantu menyuburkan, serta memberikan nutrisi dan kelembapan pada kulit, menjadikannya terasa halus dan awet muda sambil menghilangkan garis-garis halus. Gel krim ini sesuai digunakan bila-bila masa sepanjang hari, terutama dalam keadaan cuaca panas dan lembap.


Alami keajaiban KOUJI dengan melengkapkan set KOUJI anda bersama Kouji Treatment

Powder Wash (RM60) dan Tightening & Hydrating Gel (RM125) yang baharu. Kesemuanya boleh didapati di Shopee, Lazada, Watsons, Guardian dan Aeon Wellness.


Falsafah penjagaan kulit Hada Labo:
“SEMPURNA X SEDERHANA”

Untuk kemuncak kesempurnaan dan kesederhanaan

Hada Labo menggunakan bahan terbaik, paling suci dan sangat berkesan untuk memberikan anda
hasil kemuncak kulit yang cantik. Diilhamkan oleh kebijaksanaan kecantikan Jepun, Hada Labo
mengadaptasi falsafah “tidak lebih tidak kurang” dalam rumusan produknya untuk nisbah ramuan
“sempurna” bagi memberikan hasil optimum. Bahan membebankan kulit seperti bahan tambahan,
pewarna, wangian dan minyak mineral dihapuskan.
Hanya ramuan pati yang bermanfaat untuk kulit dikekalkan bagi memastikan keberkesanan
maksimum – Hanya yang terbaik untuk kulit anda dan tiada yang lain...

Mengenai Syarikat Mentholatum Inc.

The Mentholatum Company Inc. ditubuhkan pada tahun 1889 adalah pengeluar dan pemasar ubat-
ubatan dan produk kesihatan tanpa preskripsi. Ibu pejabatnya di Orchard Park, New York, Amerika

Syarikat yang beroperasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand, Malaysia,
Hong Kong, Mexico, Korea Selatan, Republik Rakyat China dan Jepun. Pengeluaran dibuat di 26 lokasi
di seluruh dunia dan pemasaran / pengedaran di lebih dari 150 negara. Syarikat itu yang dimiliki secara
swasta selama 99 tahun, diambil alih oleh Rohto Pharmaceutical Company Ltd. dari Osaka, Jepun
pada tahun 1988.

Rohto adalah pemain utama dalam pasaran farmaseutikal Jepun, produk terlaris dalam kategori
penjagaan mata, topikal dan kelegaan perut. Sejak 1889, The Mentholatum Company berkembang dan
daripada pembekal kecil sabun dan peralatan mandian menjadi syarikat antarabangsa yang makmur,
memasarkan formula ubat-ubatan sendiri yang berkualiti di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat dan
banyak negara di seluruh dunia, produk keluarga Mentholatum memperoleh reputasi kerana kualiti dan
nilainya. Setiap jenama Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat.
Jenama di bawah Mentholatum: Hada Labo, Sunplay, Rohto Eye, Mentholatum Lipcare, OXY, Selsun
Blue, Deep Heat, 50 Megumi.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com