Probiotik DR20™ dalam Fernleaf CalciYum untuk sistem usus yang lebih sihat

 


Sebagai ibu bapa moden masa kini, rata-rata daripada kita amat menitik beratkan gaya hidup yang baik untuk anak-anak dari segi tumbuseran dan perkembangan yang sihat. Pemilihan produk yang mengandungi probiotik adalah amat penting supaya anak-anak yang semakin membesar menerima manfaat dan nutrisi yang mencukupi.



Probiotik - Bakteria Baik untuk Usus

Pos kali ni I nak cerita mengenai probiotik iaitu bakteria sihat untuk usus. 

Probiotik merupakan makanan tambahan yang mempunyai bakteria atau ragi baik melekat pada dinding usus untuk menjadikan manusia kuat dan sihat. Ianya memberi keseimbangan, membantu sistem penghadaman berfugsi dengan baik dan menggalakkan kesihatan yang lebih terjamin.

Probiotik ialah mikro organisma hidup yang memberi kebaikan kepada kesihatan apabila diambil dalam kuantiti mencukupi menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Atara fungsi probiotik ialah menghalang pembiakan bakteria yang tidak baik, membantu sistem penghadaman dan penyerapan nutrien dan pada masa sama menghasilkan vitamin, seperti vitamin B-12. Contoh makanan kaya dengan probiotik ialah dadih (yogurt), minuman susu kultur, makanan diperam seperti budu, cencalok serta belacan yang membantu mencegah kanser usus menurut perunding Pediatrik Kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), Dr Azam Mohd Nor.



Kebaikan probiotik

  1. Penghadaman lebih baik 
    Mikroflora usus yang seimbang sangat bagus untuk penghadaman. Ianya dapat mencegah senak perit dan ketidak-hadaman selepas makan.

  2. Cirit-Birit dapat dilegakan
    Probiotik bertindak untuk mengimbangi mikroflora dan dapat melegakan gejala cirit-birit yang telah terbukti secara klinikal. Itu sebablah tidak digalakkan mengambil antibiotik kerana ialah membunuh semua jenis bakteria termasuklah bakteria yang baik.

  3. Galian dapat diserap dengan baik
    Penyerapan galian seperti fosforus, magnesium dan fosforus dalam badan dapat diserap dengan lebih baik.

  4. Vitamin dapat terhasil
    Vitamin C dan beberapa jenis Vitamin B dapat dihasilkan oleh probiotik.

  5. Alahan terhadap laktosa dapat dikurangkan
    Tahap enzim laktase yang tidak mencukupi menjadikan meraka menghidap alahan laktosa lebih tinggi. Laktobasilus gasseri salah satu probiotik menghasilkan laktase yang mampu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus mengurangkan gejala alahan ini. 

    Glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh manusia telah dituukarkan menjadi laktosa melalui enzim laktase.

  6. Sistem ketahanan badan lebih kuat
    Menurut kajian, mereka yang mengambil probiotik yang mencukupi hanya alami selsema biasa dan dapat kurangkan yang lebih teruk. Telah terbukti bahawa probiotik mempunyai kesan anti-kolonial ke atas bakteria yang memudaratkan.

    Probiotik juga didapati memberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti IBS dan penyakit radang usus.

    Terbukti lagi apabila kesan positif lain seperti menghalang penghasilan bahan toksik (kesan sampingan daripada metabolisme badan atau dari bakteria jahat).

    Organ ketahanan badan yang terbesar bagi tubuh ialah sistem gastrousus. Merupakan sistem yang seimbang dapat melegakan tekanan imunologi yang dikaitkan dengan sistem badan yang tidak sihat dan menentang bakteria jahat.
Paling terkenal ialah Bifidobacteri juga adalah sejenis probiotik yang dapat membantu kanak-kanak melawan bakteria yang jahat dalam usus mereka dan probiotik berkemungkinan mendatangkan manfaat membantu mengelakkan dan merawat cirit-birit atau alahan ketika 1,500 hari pertama anak kita bagi yang mengambil jumlah yang mencukupi dan memadai.

Kenali minuman Susu Kultur Fernleaf CalciYum

Fernleaf CalciYum pula mengandungi probiotik DR20™ yang telah dipatenkan oleh Fernleaf. Probiotik ini menyokong sistem pencernaan yang sihat, menjaga daya tahan badan agar lebih kuat untuk menentang bakteria jahat.

Fernleaf CalciYum juga mempunyai kalsium dan vitamin D untuk tulang yang lebih kuat serta bakteria baik untuk fungsi usus yang lebih baik.

Minuman susu kultur yang menyegarkan dan digemari oleh kanak-kanak. Sesuai sebagai sebahagian daripada sarapan pagi atau snek yang enak, dipenuhi dengan nutrien untuk menyokong kesihatan anak anda dari dalam dan luar hadir dalam pek minuman susu kultur110ml dengan perisa asli, epal, anggur, oren dan lain-lain lagi.


TEROKAI KEUNIKAN A-FORCE


Memandangkan tempoh PKP hampir setahun, anak-anak I banyak menghabiskan aktiviti di dalam rumah namun mereka tubuh badan mereka perlulah sihat di luar dan dalam. Dengan adanya A-Force dengan Vitamin D dan DR20™ probio dapatlah membantu anak-anak kita menghadapi hari-hari yang mendatang walaupun banyak melakukan aktiviti di dalam dan berdekatan dengan rumah sahaja.

TUBUH tetap AKTIF

Fernleaf CalciYum minuman susu kultur mengandungi kalsium dan vitamin D yang tinggi untuk menyokong pertumbuhan tulang-tulang kuat. CalciYum juga mempunyai Probio DR20™.
Persekitaran usus yang baik penting untuk penyerapan nutrien.

MINDA semakin AKTIF

Minuman susu kultur yang enak ini membekalkan nutrien- nutrien utama untuk menyokong keperluan harian anda. Menjaga kesihatan bukan hanya bermaksud yang anda akan
bersedia untuk melakukan yang terbaik tetapi anda juga akan rasa lebih hebat.


Kenali Fernleaf CalciYum Yogurt

Fernleaf CalciYum Yogurt ni sangat bagus dan sihat untuk dijadikan sebagai snek harian anak-anak, dengan pembungkusan seperti cawan kecil menjadikan anak-anak I berminat untuk menikmati yogurt ni jadi I sebagai mama dah tak resah gelisah dengan jadikan Fernleaf CalciYum Yogurt sebagai snek sihat kerana terdapat 2X Kalsium untuk pembentukan gigi dan tulang yang lebih kuat dan ianya juga menyokong sistem pencernaan anak-anak dengan lebih baik.


Snek sihat Fernleaf CalciYum yogurt yang enak dengan rasa buah-buahan :) tapi lagi bertambah sedap kalau letak dalam peti ais, jadi ais krim boleh makan santai-santai waktu petang tau.



TEROKAI KEUNIKAN A-FORCE dalam Fernleaf CalciYum Yogurt



Memandangkan anak-anak lebih banyak di dalam rumah nasib baiklah dengan adanya A-Force, maka I sebagai mama bersedia untuk anak-anak melakukan yang terbaik dan berasa lebih hebat. Kini dengan Phocuslipids™, ramuan tenusu lipid Fernleaf yang unik, kuasa A-Force sudah bersedia untuk menyerlahkan potensi penuh anak-anak I.

TUBUH AKTIF

Yogurt Fernleaf CalciYum tinggi dengan kalsium dan Vitamin D serta ia mengandungi zink untuk menyokong pertumbuhan tulang-tulang kuat.

MINDA AKTIF

Bersama-sama zink, yogurt enak ini juga mempunyai PhoculipidsTM.


Santai-santai dulu...


Tak boleh pergi taman..
Jadi Adelia siram pokok Mak Teh la..

Kanak-kanak mana boleh duduk je dalam rumah mesti kena buat aktiviti juga kan.. agar badan sihat minda cergas...

Lepas dah penat siram pokok Mak Teh now 'enjoy' Susu Kultur Fernleaf CalciYum dengan mama dan Abang kesayangan.. hee..

Best tau perut sihat suka hati..


Kebimbangan sebagai seorang mama di tahun baru 2021 setelah berakhirnya 2020 yang terpaksa menghadapi pandemik ni sedikit sebanyak terubat kerana banyak produk dan snek sihat terhasil untuk memastikan anak-anak generasi masa kini tetap mendapat manfaat, sihat serta kekal aktif walaupun tak banyak tempat dapat di'explore.' Rupanya di dalam rumah dan hadapan rumah anak-anak I dapat menggunakan masa yang ada dengan aktiviti berfaedah seperti menghasilkan 'mini gardens' belajar melukis, bermain basikal dengan jiran mereka. 


Rupanya kita jangan galakkan anak-anak kita menjadi takut dengan situasi sekarang kerana kita perlu latih anak-anak kita agar sistem imun sentiasa kuat dan boleh melawan penyakit. Apa pun semuanya bermula dengan perut. Dengan adanya probiotik DR20™ yang telah dipatenkan oleh Fernleaf semoga anak-anak I membesar dengan sihat dan jayanya. 

Setiap pembeliaan pek Susu Kultur Fernleaf CalciYum akan dapat PERCUMA kereta mainan BoBoiBoy. Promosi sehingga Disember 2020. 


Satu lagi Jomlah semua Jadi sihat supaya dapat terokai dunia dengan penuh cabaran ini. 

#fernleafcalciyum #activemindactivebody #fernleafmalaysia


Sumber Rujukan mengenai probiotik : Harian Metro : https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/94772/amp

Wikipedia : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Probiotik

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com