Pokok Mini Untuk Rumah Bandar - City Gardening Mini Fair

Cuba teka I beli Pokok apa kat sini ?

Sebenarnya rambang mata tak tahu nak pilih tapi beli juga sebab berkenan dengan satu pokok daun bentuk hati memandangkan I memang seorang yang suka pokok-pokok hiasan mungkin sebab mak I seorang yang suka berkebun turun lah minat tu ke anak-anak dia cuma bezanya rumah mak I tanah besar jadi senang nak menanam pelbagai pokok termasuklah pokok durian. 

I pula rumah tanah sekangkang kera jadinya nak tanam pokok besar-besar memang tak muatlah rumah sampai makan parking kereta laki I. Mula-mula bising tapi lama-lama terpaksa gave up sebab wife dia punya minat dekat pokok-pokok hiasan ni makin menjadi-jadi. Tak sah kalau seminggu tu tak ada pokok baru bawa balik rumah. Tapi sekarang walaupun rumah yang mempunyai saiz yang kecil pokok-pokok hiasan pelbagai variasi ni adalah pilihan utama buat pecinta pokok-pokok mini.

Sabtu lepas pada 18.12.2020 I berpeluang untuk melihat sendiri 'Home-based mini planter' sempena City Gardening Mini Fair di The Linc berlangsung sehingga 20.12.2020 telah banyak memberikan inspirasi dan idea untuk I teruskan minat I menjaga pokok-pokok hiasan dari mini hingga bersaiz besar hanya di rumah bertanah kecil.

Sejujurnya I tak pernah pergi lagi The Linc Kuala Lumpur ni, ini adalah 1st time I jejak kaki di sini. Masa mula-mula masuk ke kawasan untuk parking nampak pokok besar-besar yang ada rumah burung 'amazed' mata dibuatnya. Cantik betul ye The Linc KL ni sebab sesuai lah untuk orang bandar dok rehat rehat cuci mata dengan pokok-pokok yang ada kat sini.

Ada beberapa aktiviti juga yang berlangsung sepanjang pameran pokok-pokok mini ni antaranya ialah Tukar-tukar pokok atau ambil pokok-pokok jadi kawan angkat gitu in english (adoption) sebanyak RM5 oleh Plant Swag (FB). Aktiviti macam ni sebenarnya sangat bagus sebab pecinta pokok boleh dapatkan variasi pokok yang lain untuk dibawa pulang dan dijaga dengan baik.

Koleksi pokok mini sesuai untuk rumah moden masa kini

Terdapat lebih kurang 12 'mini booth' dengan pelbagai variasi pokok mini yang kita boleh cuci mata dan beli. Sambil tu boleh mengenali jenis-jenis pokok yang ada. Kalau dah tahu nama saintifik pokok-pokok senang lah nak google cara penjagaan pokok-pokok ni kan. 

Zhanari Flowers & Home Nursery mempunyai pelbagai jenis variasi pokok keladi dan mini pots.
Untuk maklumat lanjut boleh lawat :

Zhanarin Flowers & Home Nursery
No 78, Jalan Seksyen 51A, 46100
Petaling Jaya.
IG : @zhanarinflowers

Greenplants.mellore pula mempunyai pokok seperti syngonium, red cuprea, philodendron burle mark, cytosperma jonstonii, black velvet, anthurium magnificum x crytalinnum hybrids dan macam-macam lagi.

IG : @greeplants.mellore untuk maklumat lanjut.

Kalau anda sempat ke sini. Ada juga benih-benih pokok sayuran dijual di City Gardening KL. Senang nak nikmati sayuran bila benih jadi pokok kan.

Hydroponics : 32- Plant waterfall system ni boleh lah letak kat rumah sebab tak perlu space yang besar untuk miliki kebun sayuran mini tau. Bagi anda yang berminat nak berkebun secara sistematik boleh lawat IG : @oasisurbanfarming

Siapa sangka disebalik mini booth untuk pokok ada juga bodycare dan skincare dari IG: @lamaisondusavondemarseille_my. Produk 100% diperbuat dari France dan boleh dijadikan sebagai hadiah Krismas.

@lamaisondusavondemarseille_my juga ada pelbagai jenis sabun dari bahan semulajadi dan juga lilin beraroma. Wangi ya amat. Rugi tau tak grab beberapa item dari mereka terutamanya lilin yang diperbuat dari soywax.


@Midorie.malaysia pun ada pelbagai jenis variasi pokok-pokok mini sampai rambang mata I. Pokok pokok yang ada di mini booth ni menggunakan 'Japan Soilless technology PAFCAL.'

Antara Pokok yang boleh makan boleh letak kat kitchen, nak guna petik je. hee.


Pelbagai jenis terrarium plants, kreatif betul.


Pokok yang ada polka dots tu nama dia  Begonia Maculata Wightii. IG : @theminiplants



Kaktus family pun ada I teruja tengok kaktus yang warna putih tu.


Finally I dapat satu pokok dari @theminiplants, tadaaa.... Hoya Kerrii.. cantikkan, sebab gaya macam pokok orkid tapi daun dia bentuk heart.  I beli mini pot RM25 satu.


Showcase of botanical paintings oleh artis Art Market Malaysia bersama orang kurang upaya seperti (Autism, ADHA) pun ada di sini. Kreatif dan unik setiap lukisan seni yang dihasilkan.


Bagi yang berminat nak belajar atau nak dapatkan hasil seni dari mereka yang kurang upaya anda boleh telefon 016-3980938 atau ikuti FB dan IG : Art Market Malaysia


Salah satu hasil seni lukisan yang penuh warna dan melambangkan masyarakat di Malaysia sama ada di bandar dan kampung.


Bagi anda yang terlepas Peluang untuk datang ke booth ni jangan risau tau, anda boleh lawat IG : @citygardeningKL untuk update terbaru, dan kat mana aktiviti menarik akan berlangsung lagi pada masa akan datang.

Di IG @citygardeningKL ada ramai pencinta pokok yang anda boleh kenali dan boleh dapatkan secara terus ya pokok-pokok idaman anda untuk dijadikan sebagai koleksi.

Best of luck semua,
Syafiera.


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com