Resepi mudah Spageti Daging Bakar dengan Kimball

 


Masak ala-ala di Restoran

Pernah tak terasa nak cuba resipi-resipi enak, lazat dan menyelerakan rasa seperti menikmati hidangan di restoran? I selalu rasa macam tu biasalah teringin nak merasa pelbagai jenis masakan yang kena dengan anak tekak lebih-lebih lagi anak-anak punya citarasa. Anak-anak jenis suka makan 'western food' macam spageti, burger, dan lamb chop. Mula-mula ingat susahnya nak buat makanan ala-ala barat kat rumah rupanya MUDAH sangat !

Resipi yang berjaya I buat kali ni ialah Spageti Daging Bakar rupanya MUDAH sangat sebab adanya produk Kimball. Rumah I memang tak lekang dengan stok Spageti Kimball. Mudah disediakan. Daging Bakar tu pun senang je nak buat. Yang penting kena ada produk Kimball baru lah menjadi.

Antara bahan dari Kimball yang I gunakan untuk hasilkan Spageti Daging Bakar hanya 1 pek Spageti Kimball, Sos BBQ Kimball dan Sos Spageti tradisional Kimball.

Bahan Lain ( Menu untuk 4 orang makan 2 dewasa 2 kanak-kanak kecil) yang diperlukan ialah :

  • Daging 400g
  • Bawang putih 10 ulas
  • Bawang Merah 1 biji
  • Lobak Merah 1 batang
  • 1 biji lemon
  • ( perasa tambahan : serbuk lada hitam kasar, garam merah jambu dan serbuk perasa cendawan)

Daging Bakar bersos BBQ Kimball

Cara-cara untuk Daging Bakar :
  1. Potong daging pada bahagian tengah ala-ala (butterfly cut) jadi seperti 2 lapisan daging.
  2. Tuangkan sos BBQ Kimball dan ratakan sos ke seluruh bahagian termasuklah bahagian tengah daging yang dipotong.
  3. Lumurkan serbuk lada hitam ( kasar ) pada keseluruh bahagian daging.
  4. Perah separuh biji lemon untuk rasa segar pada daging.
  5. Bakar daging menggunakan mode convetion oven (ikut oven masing-masing) selama 20minit.
  6. Setelah 10 minit daging dibakar terbalikkan daging untuk masakan sempurna.
  7. Bakar lagi sekali.
  8. Daging mengeluarkan jus sos yang enak.
  9. Asingkan daging dan kuah gravy black pepper ke dalam pinggan lain.

Sambil tu, I potong kecil-kecil bawang putih dan merah, potong secara memanjang lobak merah dan hiris lemon untuk langkah seterusnya.


Lobak Merah Fries

Lobak merah adalah sayur kegemaran anak-anak I jadi I gunakan lobak merah dan potong memanjang dah jadikan seperti ala-ala 'fries' tapi rebus lah supaya hidangan nampak lebih sihat. Mudah je untuk buat lobak merah fries ni. Didihkan air dan masukkan lobak merah tadi kemudian toskan air nya dan letak tepi dulu untuk hiasan.


Cara I rebus Spageti Kimball
  1. Didihkan air sehingga menggelegak, lepas tu masukkan 1 pek Spageti Kimball
  2. Tuang sedikit minyak zaitun
  3. Masukkan 1 sudu kecil garam
  4. Dah lembut dan cantik kejadiaannya
  5. Toskan Spageti Kimball dengan penapis kemudian biarkan sejuk. Elok sangat rendam dalam air sejuk berais tau. ( chef pro ajar I dulu ) eheh.

Cara I masak Sos Spageti Kimball yang kaw dan enak :
  1. Panaskan kuali dan tuangkan minyak zaitun anggaran ( 3-4 sudu besar )
  2. Tumis bawang putih dan merah yang dipotong kecil
  3. Masukkan sos spageti Kimball tradisional 5 sudu besar
  4. Gaul hingga sebati dan masak
  5. Perah sedikit lemon untuk rasa tambahan
  6. Kuah gravy lada hitam daging bakar yang diasing tadi dicampur ke dalam kuali sos
  7. Kacau lagi sekali
  8. Masukkan rasa tambahan serbuk cendawan
  9. Dah siap untuk dihidang

Sambil menunggu tu, boleh lah hiris separuh daging tu dengan potongan memanjang.. ikut citarasa masing-masing tau..

Masa untuk menghias pinggan !

  1. Bila semua dah siap
  2. Letak dahulu spageti dengan cara memusing supaya spageti nampak terletak
  3. Tuangkan sos spageti yang disiap masak tadi
  4. Susun hirisan daging di atas spageti dan sos.
  5. Hiaskan lobak merah dan dah boleh hidang kat atas meja

Tadaaa, nampak menyelerakan bukan ? Terasa seperti nikmati hidangan di restoran pula tinggal nak makan je. Mudah betul dan #KonpemGayaMalaysia. I rasa gembira bila adanya Kimball keluarga I dapat nikmati hidangan yang enak-enak ni. 


Sebenarnya banyak betul produk dari Kimball ni, selalunya I memang akan ada stok sos cili dan spageti dari Kimball sebab satu-satunya produk yang akan guna setiap hari. Sos Cili Kimball I akan guna terutamanya sesi mencicah nugget, keropok dan snek ringan yang lain. Spageti pula hampir setiap minggu keluarga akan nikmati sebab dapat hasilkan makanan yang mengenyangkan dengan persediaan mudah, cepat dan ringkas.

Paling penting produk Kimball adalah HALAL  dan kita tak payah ragu-ragu lagi dengan tahap kualiti dan kebersihan yang betul-betul dititikberatkan oleh Kimball tau.

Sekarang ni guna produk Kimball ahli keluarga I dah boleh nikmati hidangan seperti di restoran dan kena sangat dengan tekak orang Malaysia.

Amacam suka tak resipi mudah Spageti Daging Bakar dengan Kimball I hasilkan ni ? Kalau suka tinggalkan komen di ruangan ya. 

Oh ya nak lagi resipi menarik menggunakan produk Kimball ?

Sila layari http://kimball.com.my/recipe.html atau https://kimball.com.my

Jangan lupa LIKE Facebook Kimball Malaysia untuk update terkini

#KompemGayaMalaysia #GayaMalaysia


Selamat Mencuba !

17 comments :

  1. sedap nampak daging bakar tu.. kimball memang best kan

    ReplyDelete
  2. simple je resepi tapi nampak sedap. menarik untuk dicuba. kena beli kimball dulu hehe

    ReplyDelete
  3. fuhhh sedapnya spagheti daging bakar ni! Perap dengan sos BBQ Kimball memang makan bertambah la cerita dia. I pun guna spaghetti Kimball jugak hihi

    ReplyDelete
  4. seksinya daging bakar tuuuuuuu.. berunyi terus perut akak.. hahahaha~ nanti nak try lah resepi fiera ni.. akak asyik masak benda yang sama je, jemu..

    ReplyDelete
  5. Menariknya daging bakar dia. Boleh cuba resepi dia. Simple je ye guna kimball

    ReplyDelete
  6. Bolehlah try resipi you buat ni. Nampak sedap dan menyelerakan. Simple resipi ni dan memang mudah nak cuba

    ReplyDelete
  7. Wah first time ni saya dgr spaghetti daging bakar. Selalu kalau spaghetti, asyik2 bolognese, carbonara, aglio olio. Menarik ni.

    ReplyDelete
  8. Wah! This looks absolutely delicious! Thanks for sharing the easy recipe and cant wait to make it :)

    ReplyDelete
  9. Your recipe is easy to follow. will have to try this out one day! cant wait to share my reviews.

    ReplyDelete
  10. Pasta dan sos pasta Kimball memang sentiasa ada di rumah Rawlins - senang nak prepare jika ada sudden guests. Thanks share recipe daging tu

    ReplyDelete
  11. terbaiklah resipinya.. nampak sangat sedap.. boleh masuk list resipi PKP ni..

    ReplyDelete
  12. nampak mudahlah resepi nie Syafiera.bolehlah nak cuba nanti dekat rumah sementara tengah pkp bosan2 kt rumah nie kan

    ReplyDelete
  13. Bestnya Fira dapat produk Kimball banyak camtu. Hehe. Kimball ni memang wajib ada kat dapur. Sebab dari turun temurun kita guna. Kalau masak western or masakan melayu mcm ayam masak merah memang guna sos tomato kimball. Lg satu harga berpatutan.

    ReplyDelete
  14. Serious tak tahu yang Kimball ada banyak lagi produk lain dalam tin until i tengok gambar last ni.. (Y) selalunya pakai sos cili dia jer :P Thanks for sharing ya..

    ReplyDelete
  15. Sedapnya nampak pelbagai produk ada kimball ni kan biasa kita beli sos dia je yang lain lain tak pernah try nanti try cari

    ReplyDelete
  16. Syafiera ni pandai makeup dan pandai masak jugak! nyum nyum...

    ReplyDelete

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com