Masak ala-ala di Restoran
Pernah tak terasa nak cuba resipi-resipi enak, lazat dan menyelerakan rasa seperti menikmati hidangan di restoran? I selalu rasa macam tu biasalah teringin nak merasa pelbagai jenis masakan yang kena dengan anak tekak lebih-lebih lagi anak-anak punya citarasa. Anak-anak jenis suka makan 'western food' macam spageti, burger, dan lamb chop. Mula-mula ingat susahnya nak buat makanan ala-ala barat kat rumah rupanya MUDAH sangat !
Resipi yang berjaya I buat kali ni ialah Spageti Daging Bakar rupanya MUDAH sangat sebab adanya produk Kimball. Rumah I memang tak lekang dengan stok Spageti Kimball. Mudah disediakan. Daging Bakar tu pun senang je nak buat. Yang penting kena ada produk Kimball baru lah menjadi.
Antara bahan dari Kimball yang I gunakan untuk hasilkan Spageti Daging Bakar hanya 1 pek Spageti Kimball, Sos BBQ Kimball dan Sos Spageti tradisional Kimball.
Bahan Lain ( Menu untuk 4 orang makan 2 dewasa 2 kanak-kanak kecil) yang diperlukan ialah :
- Daging 400g
- Bawang putih 10 ulas
- Bawang Merah 1 biji
- Lobak Merah 1 batang
- 1 biji lemon
- ( perasa tambahan : serbuk lada hitam kasar, garam merah jambu dan serbuk perasa cendawan)
- Potong daging pada bahagian tengah ala-ala (butterfly cut) jadi seperti 2 lapisan daging.
- Tuangkan sos BBQ Kimball dan ratakan sos ke seluruh bahagian termasuklah bahagian tengah daging yang dipotong.
- Lumurkan serbuk lada hitam ( kasar ) pada keseluruh bahagian daging.
- Perah separuh biji lemon untuk rasa segar pada daging.
- Bakar daging menggunakan mode convetion oven (ikut oven masing-masing) selama 20minit.
- Setelah 10 minit daging dibakar terbalikkan daging untuk masakan sempurna.
- Bakar lagi sekali.
- Daging mengeluarkan jus sos yang enak.
- Asingkan daging dan kuah gravy black pepper ke dalam pinggan lain.
- Didihkan air sehingga menggelegak, lepas tu masukkan 1 pek Spageti Kimball
- Tuang sedikit minyak zaitun
- Masukkan 1 sudu kecil garam
- Dah lembut dan cantik kejadiaannya
- Toskan Spageti Kimball dengan penapis kemudian biarkan sejuk. Elok sangat rendam dalam air sejuk berais tau. ( chef pro ajar I dulu ) eheh.
- Panaskan kuali dan tuangkan minyak zaitun anggaran ( 3-4 sudu besar )
- Tumis bawang putih dan merah yang dipotong kecil
- Masukkan sos spageti Kimball tradisional 5 sudu besar
- Gaul hingga sebati dan masak
- Perah sedikit lemon untuk rasa tambahan
- Kuah gravy lada hitam daging bakar yang diasing tadi dicampur ke dalam kuali sos
- Kacau lagi sekali
- Masukkan rasa tambahan serbuk cendawan
- Dah siap untuk dihidang
Masa untuk menghias pinggan !
- Bila semua dah siap
- Letak dahulu spageti dengan cara memusing supaya spageti nampak terletak
- Tuangkan sos spageti yang disiap masak tadi
- Susun hirisan daging di atas spageti dan sos.
- Hiaskan lobak merah dan dah boleh hidang kat atas meja
Paling penting produk Kimball adalah HALAL dan kita tak payah ragu-ragu lagi dengan tahap kualiti dan kebersihan yang betul-betul dititikberatkan oleh Kimball tau.
Sekarang ni guna produk Kimball ahli keluarga I dah boleh nikmati hidangan seperti di restoran dan kena sangat dengan tekak orang Malaysia.
Amacam suka tak resipi mudah Spageti Daging Bakar dengan Kimball I hasilkan ni ? Kalau suka tinggalkan komen di ruangan ya.
Oh ya nak lagi resipi menarik menggunakan produk Kimball ?
Sila layari http://kimball.com.my/recipe.html atau https://kimball.com.my
Jangan lupa LIKE Facebook Kimball Malaysia untuk update terkini
#KompemGayaMalaysia #GayaMalaysia
Selamat Mencuba !
sedap nampak daging bakar tu.. kimball memang best kan
BalasPadamBetul here memang sedap licin dorang makan
Padamsimple je resepi tapi nampak sedap. menarik untuk dicuba. kena beli kimball dulu hehe
BalasPadamfuhhh sedapnya spagheti daging bakar ni! Perap dengan sos BBQ Kimball memang makan bertambah la cerita dia. I pun guna spaghetti Kimball jugak hihi
BalasPadamseksinya daging bakar tuuuuuuu.. berunyi terus perut akak.. hahahaha~ nanti nak try lah resepi fiera ni.. akak asyik masak benda yang sama je, jemu..
BalasPadamMenariknya daging bakar dia. Boleh cuba resepi dia. Simple je ye guna kimball
BalasPadamBolehlah try resipi you buat ni. Nampak sedap dan menyelerakan. Simple resipi ni dan memang mudah nak cuba
BalasPadamWah first time ni saya dgr spaghetti daging bakar. Selalu kalau spaghetti, asyik2 bolognese, carbonara, aglio olio. Menarik ni.
BalasPadamWah! This looks absolutely delicious! Thanks for sharing the easy recipe and cant wait to make it :)
BalasPadamYour recipe is easy to follow. will have to try this out one day! cant wait to share my reviews.
BalasPadamPasta dan sos pasta Kimball memang sentiasa ada di rumah Rawlins - senang nak prepare jika ada sudden guests. Thanks share recipe daging tu
BalasPadamterbaiklah resipinya.. nampak sangat sedap.. boleh masuk list resipi PKP ni..
BalasPadamnampak mudahlah resepi nie Syafiera.bolehlah nak cuba nanti dekat rumah sementara tengah pkp bosan2 kt rumah nie kan
BalasPadamBestnya Fira dapat produk Kimball banyak camtu. Hehe. Kimball ni memang wajib ada kat dapur. Sebab dari turun temurun kita guna. Kalau masak western or masakan melayu mcm ayam masak merah memang guna sos tomato kimball. Lg satu harga berpatutan.
BalasPadamSerious tak tahu yang Kimball ada banyak lagi produk lain dalam tin until i tengok gambar last ni.. (Y) selalunya pakai sos cili dia jer :P Thanks for sharing ya..
BalasPadamSedapnya nampak pelbagai produk ada kimball ni kan biasa kita beli sos dia je yang lain lain tak pernah try nanti try cari
BalasPadamSyafiera ni pandai makeup dan pandai masak jugak! nyum nyum...
BalasPadam