Lebih 3000 produk dari Timur Tengah di Arabian Village, Jalan Gombak

 

Hujung minggu adalah waktu untuk mak-mak macam I keluar cuci mata, survey barang best-best atau membeli-belah. Kali ni I berpeluang untuk mengenali kedai dari Timur Tengah iaitu Arabian Village. Mula-mula ingat nak tengok-tengok je dulu ada apa dalam kedai ni. Sekali dah masuk rambang mata dibuatnya. Mana tak nya ada lebih dari 3000 produk dalam kedai ni sampai rasa nak angkut je stock makanan kacang-kacang buat snek sihat sambil tengok TV di rumah. Apa yang menarik Arabic Village ni jom baca untuk lebih info dan maklumat.

Pengasas dan Sejarah Arabian Village

Dr. Homdi Abo Zeed Ibrahim berusia 33 tahun telah mengasas dan membuka cawangan Arabian Village di Jalan Gombak sejak tahun 2019 bertujuaan untuk mempromosi dan menggalakan Rakyat Malaysia untuk beramal dengan pemakanan sunnah supaya dapat mengimbangi gaya hidup yang sihat bebas penyakit. Selama 10 tahun dalam bidang perniagaan serta berpengalaman luas dalam produk sunnah. Arabian Village kini dipenuhi dengan produk dari Timur Tengah seperti Arab Saudi, Syria, Palestin, Tunisia, Turkey dan Dubai.

Madu produk sunnah yang digemari Rakyat Malaysia


Madu adalah 'super-food' yang I rasa bagus untuk kita semua amalkan. Terdapat 1001 khasiat dalam madu ni. Ianya kaya dengan nutrisi, vitamin dan boleh dijadikan sebagai anti-septik bila jari terluka. Di Arabian Village terdapat beberapa jenis madu seperti Yemeni Honey With Black Seed, Yemeni Sumor Honey, Yemeni Marai Honey dan ada juga VIP honey tau. Madu yang dalam sarang pun ada juga dijual di sini.


Madu untuk 'fertility'

Masa I di Arabian Village ada satu bekas madu 'only for married' ni menjadi tumpuaan masing-masing sebab ianya dikatakan bagus untuk para wanita yang sedang ikthiar untuk dapatkan zuriat. Menurut pengasas ada seorang wanita dah berjaya hamil setelah amalkan madu 'only for married' di situ sebab ianya meningkatkan 'sexual power' dan merawat masalah 'infertility.'

Belum cuba belum tahu kan ?
So bagi yang sedang berikthiar untuk hamil boleh lah cuba madu 'only for married' ni.

Pelbagai jenis haruman dan wangian


Masuk je Arabian Village, bahagian minyak wangi dan haruman adalah port awal yang I terjah, mana tak nya bau semerbak menusuk kalbu. Of course teruja nak check satu-satu bahan yang ada di port ni. Banyak pilihan minyak wangi sampai dah tak tahu bau mana yang kita nak. Siap ada minyak wangi inspired dari Sultan Brunei, Selebriti terkenal, aroma bunga dan coklat. So apa lagi I pun membeli lah haruman pilihan I : Vanilla, forbidden rose dan kasturi.


Selain dari individu used fragrance, ada juga haruman untuk rumah. Kayu yang dibakar akan hasilkan asap seperti dalam gambar, paling popular ialah penggunaan kayu gaharu. Bakar je kayu tu letak atas bekas then biarkan asap tu memenuhi dalam bahagian rumah. Menurut kepercayaan, penggunaan haruman ini boleh halau jin tau sebab benda-benda ni tak suka bau aroma yang segar dan wangi.

Amalan mewangikan ruang kediaman merupakan salah satu cara untuk menyambut kedatangan tetamu. Ia juga adalah sunnah kerana Rasulullah suka berbakhoor.

Rambang Mata nak beli produk apa dalam Arabic Village.

So bagi yang alami masalah seperti I, rasa nak beli macam-macam I suggest you all kena tengok gambar produk dalam Arabic Village I sempat tangkap ni. Antara yang you all boleh beli :

  • Produk makanan jenama sendiri Arabian Village iaitu minyak zaitun, cuka epal, pati kurma, pati buah delima, dan pelbagai barangan lagi (25 jenis produk).
  • Minyak wangi dari negara Timur Tengah yang dibuat dari bahan-bahan alam semulajadi seperti kayu gaharu, bunga-bungaan dan pelbagai lagi. Ianya tiada campuran alkohol, mesra solat dan tahan lama.

Coklat dan snek manisan sihat

Pati buah kurma

Minyak Zaitun Semulajadi


Green Thyme campur dengan Minyak zaitun semulajadi Arabian Village

Cicah dengan roti memang sedap, mengenyangkan dan rasa sangat sihat !

Baklava yang dipenuhi dengan kacang gajus, badam dan pistachio,

Kurma juga adalah buah yang nagus untuk beri tenaga, laku keras waktu bulan Ramadan

Minyak Habattus Sauda dan minyak argan pun ada dijual di sini. Habattus Sauda dikatakan mampu merawat segala penyakit melainkan mati sahaja.

Alahlam Halawa Pistachio pun ada di Arabian Village, serious I memang suka makan ni sebab snek dia enak, lembut ala-ala marshmellow cuma yang ni jauh lebih healthy

Cucumber Pickles you all boleh dapatkan di Arabian Village ye, dah selamat I beli 1 botol dan buat macam-macam jenis masakan dengan jeruk timun ni.

Pelbagai jenis kacang-kacang dijual dengan harga yang berbaloi

Selain tu buah zaitun yang siap dijeruk, dicili juga ada di Arabian Village.

Barbican pelbagai perisa pun ada yang I pegang ni Pomegranate Barbican. Memang kena dengan taste I  minuman karbonat ni.

Menu makanan yang I hasilkan dari barangan I beli di Arabic Village

Roti Arab jadi burger dan wrap cicah green thyme black pepper dari kari ayam

Roti ala-ala burger cicah green thyme olive oil dan kopi.

Jadi bila kita membeli di Arabian Village ni, kita bukan sahaja dapat beli makanan sihat dan berkhasiat tapi jadikan kita especially macam I hasilkan banyak menu berkhasiat, enak dan sedap untuk keluarga I. Lepas ni nak pergi beli lagi nak restock barangan yang perlu ada di rumah I terutamanya minyak zaitun, roti, madu dan kurma.

Cara I buat Burger Roti Arab Daging Batang Pinang :


Selain tu KELEBIHAN MEMBELI BELAH DI ARABIAN VILLAGE yang mempunyai beratus-ratus produk dari pelbagai jenama. Suasana kedai yang bersih dan 'customer friendly' Harga yang sangat berpatutan. Barangan boleh dibeli secara off-line dan on-line Perkhidmatan 'delivery service' turut disediakan bagi kemudahan pelanggan. Khidmat nasihat berkaitan produk turut diberikan. 

ARABIAN VILLAGE 
95-G Block E 289 
Kuala Lumpur Traders Square 
Jalan Gombak, Kuala Lumpur. 

NO. TEL 011-1111 9585 
IG : Arabianvillagemy 
FB:  Arabian Village Malaysia 
WEBSITE : www.arabianvillage.my

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com