Tidur Nyenyak dengan Plant Origins Good Night Sleep Holiday Gift Set

 


Tidur yang mencukupi dapat membantu otak berfungsi dengan lebih sihat apabila berfikir, mengingat dan menganalisa dengan lebih baik. Untuk kebaikan emosi dimana anda boleh mengawal dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Paling penting Tidur yang cukup bertindak menguatkan sistem imun supaya dapat melawan bahan bahan yang menjejaskan kesihatan.

Tips untuk tidur yang berkualiti :
  1. Makan pemakanan yang sihat, berkhasiat dan seimbang seperti ikan salmon yang kaya dengan omega 3, sayur-sayuran seperti salad, buah-buahan seperti cherry yang kaya dengan melatonin, teh kamomil yang mempunyai antioksida.
  2. Bersenam
  3. Ikut jadual waktu tidur
  4. Tidak tidur pada waktu petang
  5. Uruskan waktu tekanan
  6. Aroma terapi
  7. Jumpa doktor untuk rawatan
I sememangnya memang seorang yang akan tidur setiap hari sebab I sangat sibuk pada waktu siang hari menguruskan rumah dan anak-anak. Jadi waktu malam memang adalah waktu I tidak akan 'skip' tidur. Bagi I tidur adalah segala-galanya untuk rehatkan minda dan tubuh badan agar kekal aktif, cergas dan lincah pada keesokan harinya.

Dan GOOD NEWS ! Baru-baru ni I ada mencuba sendiri Plant Origins Good Night Holiday Gift Set - surprisingly ! set ni membuatkan I tidur lebih nyenyak dan bangun dengan wajah yang berseri tau. I boleh rasa badan I rasa lebih ringan dan kurang sakit kepala lepas menggunakan beberapa jenis aroma terapi dalam set kali ni.


Dalam set Plant Origins Good Night Sleep Holiday Gift Set ada :

💤 Gift Box
💤 Aromatherapy Room Spray
💤 Aromatherapy Portable Diffuser
💤 Essential Oil Blend
💤 Essential Oil Roller
💤 Silk Eye Mask



Plant Origins Good Night Sleep Aromatherapy Room Spray

Aroma yang lembut dari lavender, sweet orange dan vetiver ni adalah fabric-friendly dan travel-friendly yang menjadikan persekitaran di dalam bilik sangat tenang  sekali gus badan dan minda rasa lebih relax serta mood menjadi lebih baik .  Ianya 100% berasaskan tumbuhan, tiada fragran sintentik dan bebas alkohol.


Plant Origins Essential Oil Roller Good Night Sleep

Yang ni jenis golek-golek sesuai untuk disapu pada kulit terutamanya di leher, bahagian kuil kepala (temple) serta pergelangan tangan. Yang ni pun not bad juga untuk kurangkan stress sehariaan. Memang rasa menenangkan dan membuatkan minda dah bersedia untuk berehat. Bahan dalamOil roller ni ialah simmondsia chinensis (jojoba) sand oil, lavandula angustifolia (lavender) oil, citrus aurantium dulcis (orange) peel oil dan vetiveria zizanoides root oil.


Plant Origins Good Night Sleep Essential Oil Blend

Yang ini kena letak dalam air tidak boleh kena pada kulit, letak dalam 'diffuser' dengan air dalam 50ml 3-4 titis. Bahan seperti lavender, sweet orange dan vetiver memberikan minda yang tenang dan memberikan tidur yang lebih nyenyak dan berkualiti.

Cara menggunakan ' Plant Origins Good Night Sleep Aromatherapy Portable Diffuse,' rujuk video 👇


Plant Origins Good Night Sleep Silk Eye Mask

Penutup mata waktu tidur. Bila pakai Silk Eye Mask ni memang terus tertidur la jawabnya. Hee.

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan Plant Origins Good Night Sleep Holiday Gift Set aroma terapi yang lengkap atau jadikan sebagai hadiah untuk keluarga dan rakan-rakan boleh follow @signaturemarket dengan harga ahli hanya Rm150 per set.

Layari https://www.signaturemarket.co/ untuk maklumat lanjut dan pembeliaan.

Selamat mimpi yang indah-indah 💤💤💤💤

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com