Putrajaya Seafood Restaurant - Banyaknya Halal Chinese Food Untuk Di Cuba!

Putrajaya dan Cyberjaya memang sudah terkenal di Malaysia sebagai salah satu tempat tumpuan ketika cuti dan hujung minggu. Lagi-lagi Putrajaya disebabkan oleh pemandangannya yang sangat cantik ditambah dengan bangunan pentadbiran yang tersergam megah. Bila ke Putrajaya tak sah rasanya kalau tak berselfie dan ambil gambar beramai-ramai. 

Satu lagi kelebihan yang ada di Putrajaya adalah makanan. Tempat makan di sini ada pelbagai dan rata-rata mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Sebut nak makan apa dari menu makanan tempatan, makanan barat sehingga ke makanan cina, boleh dikatakan semuanya ada di sini.

Bagi yang sedang mencari tempat makan untuk menu cina muslim dan amat meminati makanan laut yang segar, apa kata jika singgah ke Putrajaya Seafood Restaurant. Putrajaya Seafood Restaurant ini sudah lama sebenarnya dan ramai yang telah memberi review baik mengenainya. 

Di Putrajaya Seafood Restaurant ini menu utama sudah tentulah makanan laut dan rata-rata yang datang makan di sini adalah bersama keluarga dan teman. Yang datangnya pula dari pelbagai kaum termasuk Melayu dan India. Dah nama pun restoran cina muslim jadi senanglah untuk sesiapa saja singgah makan di sini tanpa rasa bimbang. 

Tempat ini terletak dengan lokasi yang baik di kawasan tasik. Suasana di luar dan dekorasi dalamannya memang tampak sangat sempurna. Tempatnya ternyata bagus untuk bersantai dan melepaskan stress akibat tekanan kerja dengan pemandangan dan makanan yang bagus sekaligus. Kakitangan di sini juga ramah-ramah belaka. 

Antara makanan yang sering menjadi pilihan utama di sini adalah seperti Nasi Goreng Nanas, Ayam Lemon, Sayuran Campur, Telur Fu Yong, Sotong Goreng, sup Szechuan, udang mentega, siakap kukus dan lain-lain lagi. Kiranya di sini ada menu makanan laut dan daging untuk dipesan secara serentak. Mudahlah nak makan apa saja yang mengikut citarasa di sini.

Menu berasaskan ketam juga ada tapi awas, makanan di sini agak mahal. Sesuailah dengan lokasi dan standard restorannya itu. Untuk harga ketam sememangnya lebih mahal berbanding harga makanan yang lain. Silap haribulan boleh mencecah hingga ratusan ringgit hanya untuk sekilo! 

Di sini disertakan sekali dengan beberapa gambar menu makanan yang ada berserta dengan harga. Credit untuk blog Rolling Grace dan semoga gambar ini dapat memberi panduan untuk anda yang bakal berkunjung ke sana. 

( Seafood Fried Rice - RM20, RM30, RM40)


( Stir Fried Clam with Black Pepper Sauce - RM35, RM55, RM65 )


(Stir Fried Squid with Salted Egg Yolk - RM35, RM50, RM65)


Suka untuk diulang sekali lagi yang Putrajaya Seafood Restaurant ini hanya menawarkan menu makanan cina. Jadi, jika tiba-tiba terasa agak berbeza dengan makanan biasa yang dinikmati, ini besar kemungkinan disebabkan oleh cara penyediaan makanan yang agak berbeza dengan makanan melayu dan india. 

Secara tidak langsung, ianya turut memberi pengalaman makan yang baru dalam sambil menikmati pemandangan dan udara yang segar. Jika datang pada waktu malam juga boleh untuk menikmati hidangan sambil diterangi oleh cahaya neon lampu. 

Alamat : Taman Botani Presint 1, Putrajaya, Putrajaya, Putrajaya 62000

Walaubagaimanapun, di saat ini adalah lebih baik untuk berada di rumah selalu. Kita sedia maklum, keadaan negara sekarang dalam situasi yang kurang elok akibat virus Covid-19. Sebagai salah seorang warga negara sudah semestinya kita perlu bekerjasama untuk memutuskan rangkaian bagi penularan wabak ini.  

Duduk rumah dan tiba-tiba teringin nak makan menu makanan cina? Apa ada hal, servis penghantaran makanan kan ada! Tak payah keluar rumah dan tak payah juga bersusah payah untuk buang masa dan tenaga kerana makanan yang dihajatkan boleh datang sendiri di depan mata.

Salah satu pihak yang menawarkan servis pesanan dan penghantaran chinese food ini adalah Foodpanda. Bukan setakat di Putrajaya malah lebih dari itu, asalkan lokasi tempat pemilihan makanan itu hendaklah dalam lingkungan yang telah ditetapkan. Barulah mudah untuk team Foodpanda hantar makanan yang di pesan itu. 

Servis penghantaran oleh Foodpanda ini boleh juga digunakan saat ingin meraikan sesuatu perkara yang special bersama keluarga dan yang tersayang. Mungkin sambutan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan. Nak order makanan laut, barat dan sebagainya, semua ada di website Foodpanda tersebut. Pilihlah yang mana suka dan bolehlah nikmatinya secara terus di rumah nanti. 

Nampaknya, tidak ada alasan untuk tidak makan sedap walaupun terpaksa berkurung di dalam rumah sentiasa. Apa jua jenis makanan dan masakan, baik Cina-Muslim atau apa saja, bergembiralah dengan makanan masing-masing kerana team Foodpanda sentiasa bersiap sedia untuk cuba memberikan perkhidmatan mereka yang terbaik. 


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com