Shopping di Baloy, berbaloikah ?


Baloy Jamin Produk Runcit Bermutu dan Berbaloi, cari pelabur baru

Baru-baru ni I sempat turun ke padang untuk singgah ke Baloy dan mendapatkan barangan keperluaan asas dengan harga yang jauh lebih berbaloi dari pasaraya lain di Kota Damansara. Mula-mula ingatkan biasa-biasa je sekali bila sampai wow banyak juga barangan yang ditawarkan untuk stock-up I punya barangan kering. Jadi apa lagi cepat-cepatlah I grabbed barangan yang I perlukan seperti beras, sabun mandi, minuman dan pencuci pakaian. Boleh guna aplikasi atau laman web Baloy untuk tempah barangan dan boleh 'pick up' atau 'delivery' ke rumah.

Baloy telah membina pengikut setia pembeli yang terdiri daripada kebanyakan ahli. Syarikat ini beroperasi berdasarkan langganan, dengan dua jenis keahlian Biasa dan Emas.

Dengan lebih 500 barangan dari jenama ternama seperti Nestle, Yeo’s, Jalen dan Adabi, Baloy mula beroperasi setahun yang lalu dan merancang untuk membuka 100 buah kedai menjelang Disember ini. Baloy Member Mart kini boleh ditemui di serata Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.


Selain dari pembelian terus di kedai, pengguna dan ahli boleh membeli barangan disesawang baloy.com.my dan mengambilnya di Baloy Members Mart berhampiran.

Ahli biasa mempunyai kuota pembelian RM300, sementara ahli Emas menikmati kuota perbelanjaan RM500 seminggu di laman web Baloy atau di mana-mana 46 kedai fizikal mereka.

Mengenai Baloy

Baloy adalah nama platform dalam taliannya dengan model perniagaan O2O (Online to Offline) / C2M (Consumer to Market) yang unik: model perniagaan dari pelanggan ke pengeluar dalam talian ke luar talian. Sebagai sebahagian daripada misi syarikat, Baloy bertujuan untuk membangun ekosistem pembelian yang sihat untuk meningkatkan dan memajukan industri FMCG Malaysia dan seterusnya, ekonomi negara.

Selain memberi kepada masyarakat, Baloy bertujuan untuk mendidik pengguna dengan visinya untuk mengatasi rantaian bekalan FMCG konvensional, dan dengan itu menganjurkan peluang perniagaan dengan meningkatkan kelebihan daya saing.

Baloy Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2019 dan diketuai oleh Dan Lim yang merupakan Pengarah Baloy Sdn Bhd. Dia membawa pengalaman selama lapan tahun sebagai perunding perniagaan, perancang dan strategi pemasaran di sektor runcit FMCG.

Beliau adalah pengasas dua syarikat swasta: Dade Sdn. Bhd, dan Benri Sdn. Bhd. Pengalamannya dalam FMCG merangkumi penyediaan perniagaan dan operasi runcit, perancangan strategi dan pemasaran digital. Oleh itu, syarikat berada di tangan yang stabil dan cekap.

Pelbagai jenama beras dengan harga yang berpatutan ditawarkan untuk para pelanggan di Baloy.


Pencuci pakaian, sabun mandi dan penjagaan diri turut berada di dalam Baloy.


Beli barangan terpilih hanya rm2 Iaitu beras bidara 5kg bernilai rm14.63+ atau Bundle Pack pilihan Baloy bernilai rm25 ke atas dengan pembeliaan minima RM30 di Baloy.


Selain dalam proses kerjasama dengang beberapa syarikat dan badan swasta lain, Baloy turut memberi peluang kepada pelabur baru untuk menjadi sebahagian daripada pertumbuhan mereka yang menarik.

Turut hadir memeriahkan pelancaran Baloy Member Mart di Kota Damansara adalah penyanyi dan DJ popular negara, Dina Nadzir dan rakan media serta blogger.

"Baloy sedang berkembang dan saya percaya bahawa kita mempunyai formula yang tepat bagi memberi pengguna apa yang mereka perlukan - bahan runcit berkualiti dari jenama yang dipercayai, kemudahan dan harga terendah yang dijamin.

Maklum balas dari pelanggan kami adalah bukti terbaik untuk prestasi kami. Dengan formula ini, saya percaya bahawa Baloy akan terus maju dan saya mengajak para pelabur untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan menarik kami,” kata Dan Lim, Pengarah Baloy.

Mudahnya Order secara Online dan boleh pick up barang sekiranya anda berada berdekatan di Baloy Member Mart Kota Damansara tanpa perlu bersesak.

Promosi bermula dari 28hb-30hb Ogos 2020!!

Jomlah beramai-ramai singgah :

Baloy Member Mart Kota Damansara
📍 52, Jln Pekaka 8/3, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
📞 012 693 4178

Instagram : @baloymembermart
Website : https://baloy.com.my/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com