Syiling Emas 24k edisi terhad ukiran karakter Upin dan Ipin seberat 0.2g berharga RM118 di Habib Jewl


#SokongLokal adalah seruan terbaru untuk menggalakkan pengguna menyokong produk dan servis tempatan kerana kita merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara dan secara tidak langsung dapat membantu perkembangan ekonomi negara. Bulan kemerdekaan pada 31 Ogos 2020 menjadikan perasmiaan syiling emas Upin dan Ipin di Habib lebih meriah dan bermakna yang telang berlangsung di IOI City Mall pada 27 Ogos 2020 yang lalu yang telah dihadiri oleh wakil kedua pihak dalam majlis pelancaran iaitu Dato Sri' Meer Habib selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib dan Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Produksi Les' Cospaque Sdn Bhd bersama-sama maskot Upin Ipin di ruang legar.


Sebagai seorang ibu kepada 2 cahaya mata, I sangat bermotivasi untuk menggalakkan anak-anak I menyimpan emas sejak dari kecil lagi dengan membekukan wang ringgit yang mereka dapat sama ada simpanan dari wang perbelanjaan mereka yang berlebihan. Dengan adanya simpanan emas masa depan akan lebih terjamin. Penghasilan syiling emas dengan karakter Upin dan Ipin bukan hanya menarik perhatiaan pembeli malahan ianya juga membantu untuk mendidik generasi muda agar mula bernjinat untuk melabur serta memupuk tabiat bijak berbelanja.

Majlis dimeriahkan lagi dengan tarian goyang oleh Maskot Upin dan Ipin, kakitangan Habib
bersama-sama selebriti dan deejay radio tempatan.
Habib telah memilih kerjasama ini dengan animasi terkenal kerana ianya merupakan hasil karya anak tempatan dan bertepatan dengan tema kempen Habib pada tahun ini iaitu #SokongLokal. Kisah mengenai Habib dan Upin dan Ipin daripada keluarga sederhana hampir sama dimana kehidupan Habib bermula dari sebuah rumah Jawi Peranakan di Pulau Pinang yang kini berusia lebih 100 tahun namun berjaya mencipta kejayaan yang membanggakan manakala Upin dan Ipin pula membesar di sebuah Kampung Durian Runtuh namun Upin dan Ipin telah dikenali hampir ke seluruh dunia dengan mendapat jumlah tontonan 2.5 juta di saluran Youtube Produksi Les' Copaque. Kejayaan dari 2 syarikat ini wajar dijadikan sebagai perangsang semangat anak-anak muda walaupun dari keluarga sederhana tetap boleh menjadi 'Malaysian Sweetheart' gitu.





Tiada pelaburan lain yang menguntungkan seperti pelaburan emas kerana harganya sentiasa meningkat seperti bon dan stok. Harga logam berharga meningkat secara mendadak 30% tahun ini kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia oleh itu ramai yang telah celik mata dan minda bahawasanya emas ini sangat bernilai harganya dari wang ringgit dan ianya merupakan pulihan yang amat bijak.


Syiling emas edisi terhad ini juga merupakan sebahagian daripada kempen #SokongLokal yang dianjurkan untuk membantu merangsang perniagaan tempatan di saat keadaan ekonomi yang mencabar ini.

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Pameran Merdeka Habib dan dapatkan syiling emas 24K edisi terhad dari Koleksi Merdeka dan juga Upin dan Ipin sepanjang pameran berlangsing dari hari ini sehingga 6 September 2020. Syiling emas Upin dan Ipin seberat 0.2 gram dijual pada harga RM118 sekeping. Sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://www.habibjewels.com/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com