Himalaya - Rangkaian Set Semambu ( Neem ) Untuk Kulit berjerawat [REVIEW]


Hi semua, bertemu lagi kita kembali di new entri I kali ni. Sepanjang I menyepi beberapa minggu ni sebenarnya I dalam tempoh mencuba rangkaian Set Semambu ( Neem ) dari Himalaya hampir 2 minggu lebih. Kalau you all dah lama follow Blog I dari awal, I memang ada masalah kulit berminyak dan berjerawat sejak I dari berumur 15 tahun lagi. Jadi sebagai seorang yang suka mencuba dan melihat sendiri hasilnya.. jomlah baca lebih lanjut mengenai produk set rangkaian semambu ( Neem ) dari Himalaya ni.

Himalaya - Rangkaian Set Semambu ( Neem ) Untuk Kulit berjerawat

Ianya diformulasi dengan 100% herba yang mempunyai bahan aktif untuk anti-bakteria, anti-fungal dan anti-viral untuk membantu membersihkan kulit yang berjerawat dan mebantu untuk mencegah kehadiran jerawat baru. Selain itu set ini juga hadir dengan bahan yang membantu untuk meningkatkan kesihatan dan imun kulit dengan melawan jangkitan bakteria.


Purifying Neem Face Wash

Bahan utama dalam pencuci wajah ni ialah semambu dan kunyit. Ianya merupakan pencuci wajah bebas sabun untuk menyingkirkan kotoran dan mencegah jerawat. Ianya juga membantu untuk merawat luka tanpa jangkitan ataupun kondisi berseptik serta mengembalikan tona, menganjal dan menjadikan kulit lebih sihat.

Bagi yang gemar memakai solekan sila bersihkan wajah dari solekan terlebih dahulu barulah guna Purifying Neem Face Wash 2 kali sehari untuk menyingkirkan kotoran dan mencegah kehadiran jerawat.


Purifying Neem Face Pack

Bahan utama dalam ni ialah semambu, Kunyit dan tanah liat ( fuller's earth ) yang bertindak untuk mencegah jerawat, mencerahkan kulit kerana didalamnya terdapat bahan anti-keradangan dan menyejuk untuk menyingkirkan secara lebih mendalam kotoran yang tersumbat dalam kotoran dan pencemaran. Ianya sejenis 'wash-off mask' untuk mengawal lebihan sebum dan membersihkan liang pori yang tersumbat.

I gunakan Purifying Neem Face Pack setiap 2 x seminggu untuk singkirkan kotoran secara lebih mendalam dan ianya menjadikan liang pori I bebas dari dari rasa tidak selesa.


ACNE-n-PIMPLE Cream

Krim ni sangat sesuai untuk disapu pada jerawat yang baru naik. Setiap kali I 'pre-mens' memang I akan sapu secepat mungkin krim ni pada bahagian bermasalah. I perasan jerawat cepat kecut dan sedikit gatal pada bahagian bermasalah tu. Bahan utama dalam krim ni ialah Barbados Aloe, Silk Cotton Tree dan Five-leaved chaste free. Lagi best ianya menjadikan kulit lebih lembut dan licin lepas jerawat kecut. I rekomen untuk you all guna ni supaya dapat cegah kulit berparut akibat jerawat. Sangat sesuai untuk kulit yang aktif dalam penghasilan sebum dan mengurangkan jangkitan dan keradangan.


Nourishing Skin Cream

Bahan utama dalam krim ni ialah Aloe vera dan winter cherry. Ianya memberikan lembapan tahan lama dan menyuburkan kulit lebih mendalam untuk kulit rasa lebih lembab, subur dan diberi perlindungan. Krim ni sangat ringan, tidak berminyak atau rasa belengas dan sesuai digunakan setiap hari serta kekal hidrat !


Himalaya Lip Balm

Balsem bibir dari Himalaya mempunyai ramuan seperti Wheatgerm Oil dan Carrot Seed Oil bertindak untuk melembab, menyubur dan mengurangkan rasa sakit akibat bibir pecah. Sapu pada bibir setiap hari atau hanya gunakan pada waktu diperlukan.


Himalaya Skin Wellness Maintain Healthy Skin (Detox)

Disamping penjagaan kulit untuk luaran, Himalaya juga hadir untuk dalaman. Dalaman juga perlu dijaga dengan baik untuk kulit yang lebih baik. Bahan utama di dalam kapsul sayuran ini ialah Daun semambu. Ianya bertindak sebagai anti-bakterial, anti fungal dan membantu membersihkan darah serta menjadikan kulit lebih berseri dan sihat.

Daun semambu juga sangat bagus untuk merawat kulit yang bermasalah seperti jerawat, cacing gelang, bengkak bernanah, kelemumur, ekzema dan psoriasis. Ianya tidak menganggu buah pinggang jika anda mengambil dalam dos yang betul. Banyakkan minum air. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak, pedas dan bergoreng disamping mengamalkan rejim penjagaan kulit yang teratur.

Produk Himalaya tidak asing lagi dan mudah didapatkan berhampiran anda seperti Butik Himalaya, Watsons, Guardian dan Farmasi.

Untuk pembelian secara Online, sila layari :

www.shophimalaya.my

Tengok video untuk lebih lanjut.

Xoxo,

Syafiera :)




Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com