Red Penguin tawarkan lebih dari 4 kategori hidangan untuk dinikmati


Siapa pernah cuba makanan di Red Penguin? I dah, ini kali pertama I cuba and I'm quite impressed dengan cara penyediaan makanan yang dibungkus dan penghantaran adalah tip top, servis terbaiklah..

Baru-baru ni I ordered 3 menu iaitu :

✔1 KASHMRI BRIYANI - Tiger Prawn Masala
✔1 MAHARAJA BURGERS – Beef Charcoal Bun..
✔1 PASTA - Tom Yam Seafood
✔Mushroom Soup, Salad and Mango Juice & Watermelon Juice

Memang PUAS hati hidangan yang disediakan sebab portion agak besar untuk 1 menu hidangan, I rasa satu menu pun macam cukup untuk dinikmati 2 orang..

MAHARAJA BURGERS – Beef Charcoal Bun
Maharaja Burgers hadir dengan 4 pilihan patty iaitu ayam, kambing, daging dan ikan.. I pilih daging bersama roti arang.. 180 gram patty buatan sendiri, diperap dengan ramuan & rempah terpilih, panggang hingga sempurna, dihiasi dengan telur, selada, keju cheddar Amerika, bawang & tomato. Dihidangkan dengan kerepek berasaskan jagung serta Saus Malagueta.

Sedap, menggiurkan dan enak Maharaja Burgers ni fresh and terasa healthy sebab penuh dengan sayur.

KASHMRI BRIYANI - Tiger Prawn Masala
Terdapat beberapa pilihan lauk dan briyani untuk Kashmri Briyani selain dari Tiger Prawn Masala antaranya : Veggie Avenge, Kampung Fried Chicken, Hyderabadi Curry Chicken, haddi mutton ( dengan tulang ), mutton mutiny, dan sambal tenggiri pedas.

Resipi keluarga berusia 150 tahun ini diselitkan dengan masakan moden untuk mempersembahkan kepada anda daging terbaik yang disatukan dengan campuran ramuan herba dan rempah, dimasak dengan masala segar, disajikan dengan nasi basmati wangi , disajikan dengan dalcha sayur yang dimasak dengan wortel, kentang, brinjal, timun yang dihiris direndam dalam penyejukan yogurt buatan sendiri yang segar agar seimbang rasa.

PASTA - Tom Yam Seafood
Pasta di Red Penguin ada beberapa rasa yang boleh pilih antaranya Marinara beef/lamb meat balls, aglio olio ( vege/grilled chicken/fish ), Tom Yum Seafood dan pesto.

I pilih Pasta perisa tom yam seafood sebab dah boleh agak rasa dia memang pedas menggiurkan, I suka rasanya dan rasa udang yang fresh menjadikan sajian ini bertambah menyelerakan.


Mushroom Soup

Salad Mango and watermelon juices
Bagi yang masih belum tahu, Red Penguin di TTDI adalah restoran yang baru saja diubah suai di Damansara dan sekarang restoran ini telah menjalankan kempen untuk 'delivery' terutamanya waktu musim masih PKPB ni dimana rakyat Malaysia yang perlu mempraktikkan saranan dari kerajaan agar tidak kerap keluar dari rumah untuk mengelakkan jangkitan Covid 19.

Apa lagi kalau you all nak cuba makanan dari Red Penguin, cepat ordered sekarang di : https://redpenguin.my/




4 comments :

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. menu dia semua menarik... buat rasa nak cuba je..

    ReplyDelete
  3. Red penguin menu nampak sedap. Bestnya review ini buat orang nak cuba. Saya suka blog sis. Harap akan ada lebih info tawaran untuk kerja pembaikan seperti panasonic water heater repair. Teruskan update blog sis!

    ReplyDelete
  4. Menu nampak menarik dan makanan semua portion besar....

    ReplyDelete

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com