Egg-stra PADU Menu Marrybrown bersama telur masin yang menakjubkan


Rasa TELUR MASIN yang EGGSOME !

Siapa dah cuba menu Marrybrown yang terkini dengan rasa telur masin yang menakjubkan.. ?? 😚 Sis dah ye..

Ingatkan biashe biashe je rupanya tapi Habis ye ku telan sebijik burgernya 😣 ampunkan Daku.. 😅

Sis tanya husband juga sedap ke tak ? Sedap ke tak ? Dia cakap kalau tak sedap tak adalah dia makan.. 🤣 malas lah nak tanya lagi...tahu dah jawapan beliau..

Apa lagi pergilah Cuba besok..
Sis rasa nak pergi Marrybrown lagilah untuk menu berbuka puasa hari yang-5 tomorrow..


Ayam dan Burger sebagai Hidangan Terbaru

Waktu akhirnya berlalu, sekian lama PKP akhirnya oulet Marrybrown dibuka kembali dengan memperkenalkan menu terbaru dengan gabungan Telur Masin yang menyajikan dua pilihan : Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan dengan sos Telur Masin yang padu!

Ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown menyatakan bahawa mereka sedar Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Bertepatan dengan sambutan luar biasa ini, Marrybrown yakin bahawa sos telur masin ini akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan tekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini. Cita rasa ini berjaya diilhamkan oleh Marrybrown sebagai memenuhi rasa tekak rakyat Malaysia dengan menggunakan telur masin sebenar.

Promosi Telur Masin :
  1. Salted Egg Burger dan kentang jejari
  2. Salted Egg Ayam dengan kentang lenyek dan salad
Kedua-dua hidangan ini diperkayakan dengan Sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan cita rasa tempatan.



Salted Egg Burger yang dihidangkan dengan kentang jejari

Salted Egg Ayam yang dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad
Kedua-dua hidangan kombo dihidangkan dengan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang cukup menyegarkan dengan harga bermula dari RM15.00 setiap set kombo.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Marrybrown sentiasa berusaha untuk menyajikan pelbagai hidangan yang berbeza untuk pelanggan dari segi aspek makanan ataupun layanan. Dengan harapan pada masa yang akan datang dapat mencapai kesemua matlamat ini dengan jayanya ,” kata Dato’ Joshua.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari :

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my

3 comments :

  1. burger dia sedap
    2 kali dah makan
    nak repeat kali ketiga :)

    ReplyDelete
  2. ok nanti cuba... terliur dah ni.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Makanan nampak sedap. Bestnya review ini buat orang nak cuba. Saya suka blog sis. Harap akan ada lebih info tawaran untuk kerja pembaikan seperti panasonic water heater repair. Teruskan update blog sis!

    ReplyDelete

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com