Berpuasa dengan pemakanan yang sihat bersama Kentang A.S.



Bersahur dan beriftar dengan Kentang A.S

Waktu bulan berpuasa ni memang diuji dengan penuh kesabaran ye lebih-lebih lagi dalam tempoh PKP ni nak keluar sana sini sangat terhad, nak beli itu ini pun bukan senang jadi bila kita dah kena tinggal di rumah mulalah tiba munculnya pelbagai idea untuk cuba berbagai resepi terutamanya pada waktu sahur dan iftar.

Pengambilan nutrien yang penting amat diperlukan untuk meneruskan aktiviti harian tanpa rasa letih dan lapar. Maka dengan itu perlulah mencari makanan yang mempunyai khasiat dan diet seimbang. Kali ni I boleh suggest anda semua untuk mencuba sendiri menu hidangan menggunakan kentang A.S.

Bagi yang belum tahu, kentang A.S mempunyai sifat serba guna selain mengenyangkan dalam tempoh jangka yang panjang kerana ianya merupakan sumber karbohidrat yang baik dan kaya dengan Vitamin B6, Vitamin C serta berkhasiat tinggi.

Ianya juga mempunyai 110 kalori setiap hidangan tanpa mengandungi lemak, natrium dan kolestrol. Ianya juga diminati ramai kerana bermutu tinggi. Ditanam di suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan diterajui oleh pakar yang mewarisi sejak turun-temurun.


Sebagai seorang yang menggemari kentang pelbagai jenis termasuklah Kentang A.S, I memang suka buat resepi ringkas ketika sahur iaitu kentang goreng bersama ikan bilis dan bawang goreng. Ianya sangat ringkas dan mudah untuk disediakan dengan masa tak lebih dari 30 minit. Rasa yang sedap dan enak serta mengenyangkan dari selepas sahur sehinggalah waktu berbuka. 

Perkongsiaan 2 resepi menggunakan Kentang A.S oleh Cik Nurul Aziah Musa 



Resipi Sahur Pai Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Daging Sihat Ramadhan

4 biji kentang Russet A.S, buang kulit dan potong dadu
1 biji lobak merah
1 sudu makan mentega
4 sudu makan bawang holland cincang
50 gm keju cheddar
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
1 sudu makan minyak sayuran
1 bji bawang cincang
500g daging kisar
2 sudu makan tepung
1 susu makan sos tomato
180 ml stok daging

Cara Penyediaan:
  1. Rebuskan kentang Russet A.S hingga lembut. Tos dan lenyek, campurkan mentega,bawang cincang dan keju chedar. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. Ketepikan
  3. Panaskan minyak, masukkan bawang cincang dan tumis layu. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging menjadi perang. Masukkan tepung dan masak sebentar.
  4. Tuangkan stok daging dan sos tomato. Biarkan mendidih, kawal api dan masak selama 5 minit.
  5. Tuangkan daging dalam Loyang dan ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan, diikuti adunan kentang Russet A.S dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya.
  6. Bakar selama 25 minit dalam ketuhar pada suhu darjah 190 C sehingga ia masak sepenuhnya.
  7. Sedia untuk hidang dan dinikmati.
Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:
  • Kalori 377
  • Protein 34.2
  • Lemak 13.6 g
  • Serat 1.4 g
Resipi ini mudah dah ringkas untuk juadah lengkap ketika bersahur. Ia sesuai untuk semua golongan umur dan rasanya yang enak pasti akan membangkitkan selera ketika bersahur terutamanya untuk anak-anak.


Resipi Berbuka Begedil Kentang A.S. (U.S. Potatoes) dan Oats Air Fryer

Bahan-bahannya :

2 biji kentang Russet A.S (rebus dan lenyek)
2 biji telur
8 sudu besar oats
Cili merah / cili hijau hiris halus
5 sudu besar bawang goreng
1 biji bawang besar
Garam
Lada sulah
Lada hitam

Cara Penyediaan:
  1. Gaul sebati semua bahan2 dan bentukkan bulat
  2. Renjis dengan minyak zaiton
  3. Panaskan air fryer dengan suhu 180c
  4. Masukkan begedil ke dalam bakul air fryer. Masak selama 10 minit
  5. Siap untuk dihidangkan

Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kanduang nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:
  • Kalori 133
  • Protein 5.5g
  • Lemak 3.3 g
  • Serat 0.7 g
Hidangan ini adalah sihat kerana menggunakan air fryer dan kita dapat mengurangkan
penggunaan minyak. Begedil boleh dimakan bersama hidangan lain dan boleh juga dimakan
bersama sup soto ketika berbuka.

Cik Nurul Aziah Musa / Consultant Dietitian’s Article

Setiap kali tirai Ramadhan dibuka, cara pengambilan makanan kita turut berubah. Ada kalanya
bulan mulia yang sepatutnya melatih kita menahan pelbagai nafsu namun bertukar menjadi
medan ujian yang mencabar terhadap selera makan.Pengambilan makanan yang tidak
seimbang sepanjang Ramadhan boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. Kesan
daripadanya boleh menimbulkan komplikasi seperti dehidrasi, sembelit, ketidakhadaman,
kelesuan, tekanan darah rendah, pening kepala dan pelbagai lagi yang dilihat.
Amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa Ramadhan adalah sama seperti
dengan bulan-bulan yang lain. Garis panduan Islam melarang untuk makan secara berlebihan
dan menggalakkan kesederhanaan dalam pengambilan makanan Kita mesti mengambil
makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitu
nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan
kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain itu, kita
juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman.
Karbohidrat kompleks adalah makanan yang akan membantu melepaskan tenaga secara
perlahan semasa tempoh berpuasa yang lama di siang hari. Mungkin ramai yang memikirkan
nasi adalah satu-satunya sumber karbohidrat yang mampu memberi tenaga berpanjangan.
Selain daripada nasi yang merupakan sumber makanan ruji kita, kentang juga merupakan salah
satu pilihan untuk sumber karbohidrat kompleks yang baik kerana ia dapat membekalkan tenaga yang mencukupi dan mengenyangkan. Ramai yang tidak menyedari, kentang juga mempunyai pelbagai khasiat yang lain seperti sumber Vitamin C yang sangat baik, sumber potassium lebih tinggi daripada pisang, sumber vitamin B6 dan serat.
Makanan berkanji dan berserat seperti kentang boleh mengawal ketidakhadaman dan pedih ulu
hati ketika berpuasa. Kentang boleh membantu ada merasa kenyang untuk tempoh masa yang
lebih panjang dan ianya merupakan pilihan yang bagus dan mudah untuk bekalan tenaga
sepanjang berpuasa. Apabila bertenaga, secara langsung kita mampu meningkatkan tumpuan
dan menjadikan kita lebih aktif sepanjang hari.

Kentang juga adalah sumber tumbuhan yang semestinya tiada lemak dan tiada kandungan
kolesterol. Walaubagaimanapun, kita hendaklah memastikan penyedian masakan kita adalah
cara yang sihat. Kurangkanlah menggoreng, dan lebihkan cara masakan yang lebih sihat
seperti membakar dan merebus.

Kebiasaannya pada bulan Ramadhan, kita akan mengunjungi bazar Ramadhan yang
merupakan syurga untuk penggemar makanan. Namun, pada tahun ini mungkin situasi akan
berbeza dengan ketiadaan bazar Ramadhan kerana negara sedang dilanda wabak Covid -19
yang tidak mengizinkan perhimpunan orang ramai secara terbuka. Oleh demikian, keadaan ini
merupakan salah satu peluang untuk kita mencuba pelbagai resipi sihat yang yang boleh
disediakan di rumah untuk terus kekal sihat sepanjang musim wabak pendemik ini
Untuk meningkatkan imuniti diri ketika musim wabak, kentang merupakan sumber makanan
tinggi vitamin C yang boleh disediakan sepanjang Ramadhan ketika iftar dan sahur. Vitamin C
berfungsi sebagai antioksidan di dalam badan yang boeh menghapuskan radikal bebas dan
juga membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam badan.


Berikut adalah diantara tips pemakanan yang boleh diamalkan semasa bulan puasa :

  1. Amalan sewaktu bersahur
     Pastikan anda bersahur kerana ianya merupakan sunnah, dapat mengawal tahap gula darah dan memberikan tenaga sepanjang hari.
     Pastikan pengambilan karbohidrat kompleks seperti Potatoes USA untuk membekalkan tenaga lebih lama
     Kurangkan pengambilan garam untuk mengurangkan rasa haus pada siang hari
     Elakkan pengambilan kafein kerana ianya boleh mempercepatkan dehidrasi kesan
    daripada diuretik
  2. Amalan sewaktu iftar
     Semasa iftar, adalah digalakkan untuk kita mengambil makanan yang ringkas seperti kurma terlebih dahulu untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada ssitem penghadaman kita.
     Utamakan air kosong dalam 6 ke 8 gelas sehari.
     Makan secara perlahan dan tidak gelojoh
     Kawal saiz hidangan makanan
     Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak
     Kurangkan makanan tinggi gula dan garam
Di samping kuantiti, kualiti makanan dari sumber yang baik seperti kentang juga perlu dititik
beratkan dalam merancang diet semasa Ramadhan. Potatoes USA jenis Russet adalah
berkualiti dan segar, dan ianya menjadi pilihan saya dalam merancang menu makanan harian.
Rasanya yang sangat sedap dan disamping berkhasiat dapat membekal keperluan nutrisi untuk
keluarga saya.
Pemilihan makanan dari sumber berkualiti adalah penting dan pastikan cara penyediaan adalah
mengikut panduan makanan sihat. Semoga Ramadhan kali ini merupakan titik permulaan untuk
kita mengubahsuai corak pemakanan kita ke arah pemakanan yang seimbang, sihat dan pada
masa yang sama hemah belanja.


Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila layari laman web : www.uspotatogoodness.com.my

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com