Yoodo tawarkan data 20GB hanya RM20 untuk hiburan tanpa terhad sepanjang tempoh PKP


PKP tidak menghalang Rakyat Malaysia untuk terus berhubung dan berhibur

Tempoh PKP yang dah masuk hari ke-8 fasa ketiga ni sebenarnya memang menguji tahap mental, kesabaran dan fizikal setiap individu ya. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan ketika berada di dalam rumah ni, selain daripada aktiviti harian seperti tugasan rumah dan lain-lain. kebanyakan Rakyat Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menghilangkan rasa bosan berada di rumah seperti bermain permainan video, online, bermain Tik Tok dan sebagainya. Tapi tanpa internet yang laju semua aktiviti online pasti akan terjejas. Malahan tanpa internet juga mereka yang bekerja dari rumah turut boleh terganggu juga.

Baru-baru ni juga I berpeluang untuk mendengari sendiri bagaimana Yoodo berkhidmat untuk menghilangkan rasa bosan ketika kita sedang menjalani perintah kawalan pergerakan.

Yoodo, pertama kali disesuaikan dalam Malaysia dan 100% perkhidmatan mudah alih digital untuk memastikan rakyat Malaysia tetap berhubung dan berhibur sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang untuk negara ini memerangi pandemik COVID-19.

Yoodo baru-baru ini juga telah mengumumkan barisan inovasi produk terbaru yang menarik sebagai sebahagian produk yang telah menyambut ulang tahun yang kedua. Sejak itu, Yoodo juga mengumumkan pelbagai promosi terbaru dan tawaran dalam tempoh PKP. Produk, promosi dan tawaran baru ini adalah berfungsi untuk membantu rakyat Malaysia melalui masa sukar ini.

Sesi 'blogger meet-up' bersama Ketua Yoodo Encik Chow Tuck Mun yang berlangsung baru-baru
ini di kediaman masing-masing.
Menurut Ketua Yoodo iaitu Encik Chow Tuck Mun memahami rakyat Malaysia mengalami situasi yang sukar dan ingin membantu para pengguna Yoodo menghadapinya dengan memberi promosi dan tawaran terbaik agar dapat berhubung dengan orang tersayang, mengikuti berita terkini atau hanya menikmati berita anda permainan kegemaran, muzik atau video dalam talian agar para pengguna sentiasa selamat di dalam rumah dan pada masa yang sama untuk terus berhubung.

Inovasi Produk

Yoodo mengumumkan 'Renew Anytime,' salah satu ciri baru yang menjadikan Yoodo satu-satunya telco di Malaysia  membolehkan pengguna mengemaskini data sepenuhnya, pelan suara dan SMS telefon bimbit pengguna di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa perlu menghabiskan kitaran bulanan sepenuhnya.

Yoodo juga memperkenalkan Power Pass, penggalak data fleksibel dengan menawarkan 100GB data untuk 60 minit pada harga RM2. Untuk memenuhi permintaan pengguna mereka, Yoodo juga melancarkan data baru 'add-on' untuk TikTok, Viu dan Call of Duty Mobile termasuklah Mobile Legends: Bang Bang dalam masa terdekat. 

Untuk memberi penghargaan yang lebih kepada pengguna Yoodo atas kesetiaan mereka, Yoodo telah melancarkan Yoodo Rewards. Pelanggan yang telah membeli sebanyak 10 'Add-Ons' akan mendapat percuma 10 hari pas seperti 'Roam Like Home' 1 hari tambahan percuma.

Promosi & Tawaran



Yoodo juga ingin menawarkan kembali permintaan yang tinggi iaitu 20GB  dengan harga RM20 sekarang untuk semua pengguna. Promosi ini membolehkan pengguna menggunakan data 20GB yang berkelajuan tinggi mengikut kegunaan pengguna.

Untuk memastikan rakyat Malaysia tetap terus terhubung dan berhibur sepanjang PKP, Yoodo telah menyediakan data Internet 1GB percuma setiap hari untuk semua pengguna. Tawaran data percuma Yoodo bermula pada 30 Mac dan berterusan sehingga 28 April 2020 syaratnya hanyalah anda perlu mempunyai talian Yoodo yang aktif untuk menikmatinya. 

Walaupun Yoodo masih memberikan penghantaran SIM secara percuma melalui mesej biasa, mereka juga mengumumkan potongan harga penghantaran kad SIM ekspres. Kini pengguna baru dapat memiliki kad SIM Yoodo secara terus dengan penghantaran ke depan pintu rumah mereka dalam masa 2 jam melalui penghantaran ekspres berharga RM5 berbanding harga sebelumnya iaitu RM15 di kawasan Klang Valley. Tawaran khas sempena musim PKP ini berkuatkuasa dan dilanjutkan sehingga 30 April 2020. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Yoodo dan pengumuman lain sila layari : www.yoodo.com.my

20 ulasan :

  1. kiranya Yoodo ni utk pengguna celcom la ye...musim PKP ni kalau dpt tawaran mcm ni bagus juga sbb ramai juga yg work from home nk guna data yg byk kn..dpt promo yg lebih jimat lg bagus

    BalasPadam
  2. Bagus juga ada ofer mcm ni. Ramai yang bergantung dgn internet spNjang PKP ni..

    BalasPadam
  3. Murah dan berbaloilah. Nanti boleh tengok balik pada pakej yg ada ditawarkan

    BalasPadam
  4. RM20 untuk 20gb ni berbaloi sangatlah sesuai sangat dengan keadaan pkp sekarang ni

    BalasPadam
  5. tawaran terbaik.
    pkp ni, stay home, ramai perlukan internet.
    terutama utk work from home. anak buat keje skola pun google classroom.
    perlu internet.

    BalasPadam
  6. bagus yodoo buat tawaran camni. lagi2 musim pkp ni kena work from home memang guna data je

    BalasPadam
  7. Memg elok pakai yoodoo ni.. Bgi free, lepas tu boleh sesuaikan ikut data kita. Not badla.. Time duduk rumah memng ngadap tepon jela.. Kalau internet lambat memg stress. Jadi yoodoo ni taknak bhat org stress.. Hehe

    BalasPadam
  8. oh that's a nice promotion by the telco company. Now MCO is extended we need more data at home la

    BalasPadam
  9. murah jugak ya! saya skrg ni pun tengah cari line yg lagi baik drpd yg sedang guna. apa2pun terima kasih share.

    BalasPadam
  10. Alaaa best nya yoodoo bg Internet quota byk.. Tapi syg za tak dpt la nk guna yoodoo sbb xde coverage kt kawasan umah za ni.. Rugi2

    BalasPadam
  11. ohh yoodo ni under celcom rupanya. 1 gb rm 1 la kiranya kan. nak kena check coverage mcm ni

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Baguslkah Yoodo tawarkan data 20 gb macam nih, memudahkan dan menjimatkan patut dicontohi oleh syarikat telco lain juga

    BalasPadam
  14. RM20 untuk 20gb kira berbaloi sangat tau. Boleh layari internet tanpa henti srpanjang PKP ni kan. Time PKP ni memang penggunaan internet sangat tinggi yela masing masing sibuk layari sosail media nak hilangkan bosan. Betul tak.

    BalasPadam
  15. Murahnya 20GB RM20. Musim PKP ni memang kene ada data banyk..kalau dpt yg murah mmg best la..thanks for sharing :)

    BalasPadam
  16. layan... banyak gak tu harga pun murah je berbanding GB yang kita dapat. time2 pkp mmg banyak guna online

    BalasPadam
  17. Besar tu 20gb unlimited plak..berbaloi dengan harga..banyak ke pakej lain ada, nanti boleh tengok-tengok untuk anak..

    BalasPadam
  18. Murah jugak ya. Boleh belikan utl anak ni..dia sibuk sekejap2 habis kredit. Kesian pulak time2 pkp ni tak leh layar internet

    BalasPadam
  19. I also need to buy this. Takut expired pulak~ will consider buying this.

    BalasPadam
  20. Terima kasih dengan info ini. Adakah apa-apa tawaran untuk projek ubah suai pejabat? Saya ingin mengubahsuai pejabat saya selepas MCO sebagai permulaan yang baru. Terima kasih dengan info ini yang memanfaatkan semua orang!

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com