Bufet Selera Kampung di Spices @ Furama Bukit Bintang


Sempena bulan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, Spices @ Furama Bukit Bintang tidak melepaskan peluang untuk meraikan bulan mulia ini dengan menggunakan konsep tradisi kontemporari dengan minuman 'bubble tea' pelbagai rasa serta menganjurkan pertandingan permainan tradisional untuk para tetamu yang akan menikmati bufet di sini.

Untuk menjadikan majlis berbuka puasa lebih meriah bersama rakan-rakan dan keluarga. Furama Bukit Bintang memberi peluang kepada para tetamu yang hadir menjadi peserta pertandingan permainan tradisional dimana para pemenang bakal memenangi hadiah penginapan 3 hari 2 malam di hotel ini. Lampu pelita akan menghiasi majlis pada setiap malam.


Hidangan Melayu yang asli seperti ulam-ulaman, sambal belacan dan juga kerabu serta menu hidangan utama Nasi Hujan Panas, Kambing Tumis Hitam Ala Mamak, Udang Sambal Berpetai dan banyak lagi. Makanan pembangkit selera seperti bubur lambuk, lemang, rendang sertasup berempah ayam & ekor antara menu yang mengingatkan kita musim ramadhan dan syawal.

Kambing Bakar Istimewa juga turut ada dalam Bufet Selera Kampung di Spices @ Furama Bukit Bintang buat mereka yang meggemari makanan berpanggang selain dari kambing terdapat juga ayam, kerang  dan ikan mengikut selera masing-masing termsuklah satay berkuah kacang.


Penyejuk anak tekak seperti ABC turut ada untuk mengimbau kehangatan pada bulan ramadhan. Pelbagai piling kacang, jagung, cendol mengikut citarasa sendiri untuk menikmati kesejukan penghilang dahaga dan memenuhi selera anak tekak.


Pilihan pemanis mulut benda lembut berkuah seperti bubur kacang, pengat durian dan bubur lambuk menjadikan Bufet Selera Kampung di Spices @ Furama Bukit Bintang lebih menyelerakan dan mengimbau kembali aktiviti perayaan dan budaya setiap tahun yang berada dalam komuniti di Malaysia.


Selain itu pemanis mulut seperti kurma, kuih muih tradisi melayu seperti badak berendam, tepung ubi, kuih seri muka, kuih kaswi juga menjadikan ramadhan kali ini lebih meriah dan unik.


Boba atau lebih dikenali sebagai 'bubble tea' yang semakin popular dan 'trendy' dalam masyarakat masa kini turut berada di Bufet Selera Kampung di Spices @ Furama Bukit Bintang tapi ianya disediakan secara segar oleh pasukan kulinari di Furama Bukit Bintang. Pilihan minuman seperti air teh, sirap bandung dan lain-lain boleh dinikmati bersama boba yang disediakan. Rasa kenyal dan enak boba ini boleh diminum selepas menikmati makanan bufet.


Kek cawan juga adalah penghias yang boleh dimakan selepas menikmati makanan 'heavy' di Spices @ Furama Bukit Bintang. Bukan sahaja kanak-kanak teruja dengan hiasan kek cawan ni malahan mereka yang pencinta benda manis pasti akan mengambil kek cawan ini lebih dari satu.


Kambing bakar menu yang pasti akan habis dengan cepat sebab ramai peminat. Lebih-lebih kalau diambil sekali dengan sos 'black pepper.'


Chef sedang memanggang makanan pilihan oleh tetamu seperti ayam, daging lembu dan kambing serta seafood yang telah diperap terlebih dahulu dengan kunyit serta bahan lain-lain sebagai penyedap masakan berpanggang gitu. Huish I punya husband cakap sedap betul makanan berpanggang ni sebab terasa kesegarannya bila dinikmati..


Tadaa.. sampai 2-3 pinggan menu makanan berpanggang yang I dapat makan sampai licin.. memang puas hati makan makanan di sini.. tempat yang luas, suasana yang tenang, berhawa dingin menjadikan pengalaman berbuka puasa Bufet Selera Kampung di Spices @ Furama Bukit Bintang sangat Tip TOP !!

PS : Auntie Lily bagi tips kat I.. malam ni kalau makan sedap sedap enak delicious macam ni dekat @furama_bukit_bintang .. besok baru boleh start makan 2 petang.. ( IF ).. Baik I sahut.. tapi ramai jumpa I harini cakap I dah kurus sikit.. btw makanan di Spices Furama Bukit Bintang memang tak mengecewakan.. bahagian dessert Dan BBQ adalah pilihan yang I tak boleh resist cicah dengan sambal belacan.. budu.. haiyooo enak sungguh.. Bubble tea dia pun enak dari te****e I'm sorry I have to say this.. hahah sebab Fresh gila boba dia.. 😬

You all lidah melayu ? Jangan risau ada je makanan tradisi etc sambal petai.. gulai gulai.. haih.. memang sedap la.. aneka kuih muih pun ada.. You all nak tawaran best tak dari Furama Bukit Bintang ? Jomlah jadi early bird.. Buat pembeliaan sebelum 30 April 2020 hanya RM68 per pax instead of Rm98 untuk dewasa manakala warga emas atas 55 tahun RM 55 Dan kanak kanak RM45 dari 4-12 tahun.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : https://www.furama.com/bukitbintang/
IG : @furama_bukit_bintang

FURAMA BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR
136, Jalan Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel (60) 3 2788 8888
Fax (60) 3 2788 8889
Email bukitbintang@furama.com

1 comment :

  1. Restoran ini nampak cantik dan makanannya rasanya sedap. Saya memerlukan kontraktor ubah suai untuk restoran saya kerana saya ingin menjadikan restoran saya mempunyai gaya yang hampir sama dengan restoran ini. Terima kasih dengan recomendasi ini.

    ReplyDelete

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com