Syampu dan perapi Zen Garden bebas Paraben boleh didapatkan di Mydin berdekatan anda


Kulit kepala berkelemumur ? Berminyak ? Rambut mudah gugur ? Antara masalah yang paling biasa atau 'common' dialami oleh kita semua. Pemilihan syampu Dan perapi yang sesuai sikit sebanyak dapat mengurangkan masalah yang dialami.. meh sini I nak perkenalkan dekat you all syampu dan perapi dari @zengarden_official antaranya Hairfall Control, Soft & Smooth, Anti-Dandruff dan Lavender Scent yang mengandungi bahan istimewa iaitu minyak argan. Paling best kesemuanya bebas PARABEN ya boleh dapatkan syampu Dan perapi ni di Mydin berdekatan anda.

Syampu dan perapi Zen Garden mempunyai haruman yang wangi, menenangkan dan aroma yang lembut untuk cucian rambut yang menyeronokkan serta menghilangkan kegatalan pada rambut akibat dari keadaan cuaca panas dan lembab yang tidak menentu.

Minyak Argan dari Morocco - Bahan utama dalam syampu dan perapi Zen Garden

Seperti yang kita sedia maklum, minyak argan adalah sumber utama yang mempunyai 1001 khasiat. Ianya telah digunakan dalam kebanyakan produk dan rawatan untuk kecantikan. Kandungan Vitamin E dan kaya dengan anti-oksida dalam minyak argan adalah bahan yang mampu mencegah kerosakan rambut dari radikal bebas berpunca dari pencemaran, rawatan berkimia dan alatan dandanan rambut yang mempunyai suhu yang tinggi.  Antara khasiat minyak argan untuk rambut ialah :

  • Melembab dan melembutkan rambut yang kering
  • Menjadikan rambut sihat dan hitam berkilat dan bersinar
  • Kegatalan dan 'flakes' akibat kelemumur dapat dikurangkan
  • Kulit kepala terasa lebih bersih dan segar
  • Pertumbuhan rambut baru lebih baik 
  • Rambut bercabang dapat diatasi
Kenali 3 jenis syampu dan 1 perapi Zen Garden :



Zen garden Daily Moisture Shampoo Soft & Smooth

Dengan adanya minyak argan di dalam syampu ini menjadikan rambut lebih lembut dan senang untuk diurus disamping meninggalkan aroma bau yang harum dari bunga-bungaan. Kaya dengan vitamin A, B dan E, protin, mineral dan fiber yang bertindak seperti magik.


Zen Garden Daily Moisture Shampoo Anti Dandruff

Rambut gatal dan berkelumumur penuh dengan 'flakes' bolehlah cuba syampu berbotol turqoise ni. Kandungan minyak argan dan vitamin lain sedikit sebanyak menghilangdan membersihkan bahagian kulit kepala serta menggalakkan pertumbuhan rambut baru kerana liang-liang di rambut tidak lagi tersumbat. Aroma yang harum juga kekal sehariaan.


Zen Garden Daily Moisture Shampoo Hairfall Control

Rambut gugur pula sentiasa berlaku pada kaum wanita yang baru lepas bersalin sebab kekurangan nutrisi penting. Selain pengambilan pemakanan yang berkhasiat untuk dalaman.. luaran juga perlulah seimbang. Apa kata cuba sendiri syampu pengawalan rambut gugur dari Zen Garden ni. Ianya memberikan nutrisi pada rambut dengan bahan utama minyak argan dari Morocco untuk menggalakkan pertumbuhan rambut baru, menguat dan mencegah rambut pecah. Ianya juga diformulasi khusus untuk penjagaan rambut dari akar hingga ke hujung rambut.


Zen Garden Extra Smooth Conditioner with a Lavender Scent

Selepas mencuci rambut dengan syampu, perapi adalah produk yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang berambut panjang seperti I. Ianya bertindak untuk menyubur dan mengurangkan kekusutan pada rambut terutamanya dibahagian hujung rambut. Selain itu ianya sedikit sebanyak membantu untuk mencegah rambut-rambut bercabang. Kombinasi minyak argan dari Morocco dan aroma lavender menjadikan perapi dari Zen Garden ini membantu untuk menambah, memulih rambut yang kering dan kusam. Rambut akan nampak bersinar berkilat dan lembut bak sutera malahan lebih mudah untuk diurus.

Cara penggunaan perapi rambut :

Selepas mencuci rambut dengan syampu dari Zen Garden, bersihkan rambut kemudian urut rambut bahagian-bahagian bawah rambut selama beberapa minit. Bilas rambut dengan air seperti biasa. Elakkan perapi terkena pada bahagian kulit kepala ya. :)

Tips dari I yang berambut panjang :
  • Ketahui masalah rambut yang sering dialami supaya dapat memilih produk yang sesuai untuk masalah yang dialami
  • Cari produk rambut yang kurang atau 0% dari bahan kimia berbahaya seperti Paraben.
  • Cari produk rambut yang kaya dengan vitamin yang diperlukan oleh rambut
  • Rambut seeloknya cuci dalam 3-4x seminggu supaya lebihan minyak pada rambut tidak menghalang oksigen masuk ke dalam kulit kepala ( bagi kulit kepala bernafas )
  • Dah guna syampu seeloknya guna perapi untuk elak kekusutan pada hujung rambut.
  • Buat rawatan rambut seminggu sekali, boleh buat kat rumah menggunakan yogurt asli, aloe vera atau rebusan air bunga raya.
  • Makan vitamin seperti zinc, soya yang ditapai atau makan makanan berkhasiat yang bagus untuk rambut dan kulit.
  • Kurangkan mendedahkan diri dari sinaran UV yang berbahaya.
  • Kurangkan penggunaan alatan rambut yang mempunyai suhu yang tinggi.
Apa pun, kalau anda nak cuba sendiri syampu dan perapi dari Zen Garden. Anda boleh dapatkan di Mydin sekarang juga !

Untuk maklumat lanjut, sila layari Zen Garden : Website | Facebook | Instagram. Jangan lupa hashtag #zenarganoil #zenhairshampoo kalau dah beli ya di IG atau Facebook anda !

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com